Wednesday, May 22, 2013

Wordless Wednesday - Kenangan Terindah Umrah 2012

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini 12 Rejab 1434H .. Genap setahun aku dan suami mengerjakan Umrah.. sungguh cepat masa berlalu..

Kenangan Terindah
Umrah kali pertama bersama suami tersayang .. 
Insyallah ada rezeki kami akan jejak lagi ke tanah haram Mu Ya Allah.. Amin

Entry Autopublished


Masjid Quba
Ladang Unta


Jabal Rahmah

Masjid Nabawi

Tuesday, May 21, 2013

Harini hari yang ditunggu-tunggu.. Hong Kong aku datang!

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

In Sha Allah, petang ni kami sekeluarga akan ke Hong Kong dan dijangka tiba di sana 8.20 malam .. doakan kami keluarga selamat pergi dan balik.. amin.. sapa2 nak FM Disneyland dan beberapa souvenir dari Hong Kong? nanti aku buat giveaway yek! muahhss



courtesy dari www.blog.malaysia-asia.my

Monday, May 20, 2013

Preparation ke Hong Kong ..

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Insyallah, kami sekeluarga akan ke Hong Kong.. mudahan2 semua berjalan lancar dan tiada apa2 halangan. semoga dipermudahkan Allah s.w.t.

Just nak share apa yang aku dah siapkan untuk ke Hong Kong nanti.. peringatan untuk diri sendiri.. kot2 nanti nak travel tempat lain, harus juga siap2 kan perkara2 berikut :-

1. Surat mohon cuti pada pihak sekolah kebangsaan dan agama -  tak mau la ponteng senyap2 kan, kira kalau ada surat tu, tidak hadir ke sekolah dengan senang hati lah. hehehe, lagi satu kot2 la kalau ada peksa ke kan, at least dengan adanya surat, cikgu mungkin boleh consider sikit.

2. Senarai apa barang keperluan yang nak dibawa ke sana - pakaian & makanan .. penting ni, kang tak cukup baju dan makanan melopong plak kat sana .. ye tak .. untuk food mcm biasalah kan, benda2 harus ada, maggie, serunding, makanan2 dalam tin, jajan2, roti, air kotak.. ada budak, mmg kene siapkan macam2..untuk pakaian kene ikut la musim apa, aku pi musim panas, so tak yah ber kot/sweater bagai.. cukup tee shirt nipis2 je untuk budak2 ni ..

3. Print voucher Hotel Silvermine Beach Resort (online Booking.com) Hollywood Disney Hotel (online Pyotravel.com), Tiket Theme Park Disneyland (online Asiatravel.com), plan asal nak beli tiket Park ni masa check in di Hotel Hollywood... tapi ntah cemana, haritu gatal2 tangan pi bukak website Disneyland, harga untuk 2day passes sudah naik harga..  (sebelum ni HKD 499, sekarang naik kepada HKD 585, banyak giler beza tu) oleh sebab tengok harga tiket dah naik, cepat2 aku ke Asiatravel.com dan harga yg ditawarkan masih harga lama (KHD499).. terus aku beli tanpa pikir panjang ... kalau tak mmg rugi banyak sangat sebab nak beli 4 tiket kan (aku jimat kira2 dalam RM125 gitu.. so sapa2 nak pi Disneyland dalam masa terdekat ni, beli dengan online tau.. valid sampai 30 Jun 2013. lepas dari tu harga tiket 2 day pass mmg akan naik ke HKD585..

4. Web Check In Air Asia - aku buat 2 minggu awal .. senang, takut last2 minit terlupa.. aku beli seat untuk trip ni sebab takut terpisah dengan anak2.. 4 jam tu ko, kalau duduk asing2, mau aku yang tak senang duduk nanti. so better aku beli siap2 seat .. amik 2 seat depan (aku dan Emily) dan 2 seat belakang (Papa dan A'am) tapi tak beli la hot seat, beli belakang row hot seat ajer (cepat sikit dapat makanan dalam flight)!  hahahaha, pastu aku beli luggage 25kg pergi dan 40kg balik. amboi banyak nya, macam nak borong sakan je.. tak de la, just prepare awal2 dari kerugian di kemudian hari.. pastu amik gak pre meal (return) untuk kami anak beranak.. makan kenyang2 dalam flight senang nanti..

5. Senarai apa2 yang patut - print MTR HK, apa2 info mengenai HK (nak beli simkad, octopus kad dll) dan apa ada dalam Disneyland.. so kat sana nanti tak de la tercongok2 kan..jangan lupa juga itenary supaya kita tau bajet timing kita kat sana.. kang horey2 berenjoy-enjoyan  lupa plak time nak makan, nak solat segala..

6. Tukar Duit - oleh sebab aku dah bayar duit hotel dan theme park melalui online, aku tak tukar banyak la.. just tukar duit untuk shopping dan transport/teksi .. opps dengan makan juga.. rate aku dapat HKD100 = RM39.60 .. murah la kan. biasa RM41.80..

7. Visa - mujur gi Hong Kong tak perlu visa.. kalau tak menggelupur gak nak pi buat. hahaha

8. Ubat - aku bawak cool fever, minyak kapak dan juga panadol kot2 nanti demam ke apa ke kan.. 


Ok itu sajer.. Harap2 semua dipermudahkan amin...

Thursday, May 16, 2013

Diet sebelum dan selepas.. Diet Atkins

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Alhamdulillah, setelah 2 bulan lebih berdiet.. berat aku mmg dah lost almost 10kg.. syukur padamu Ya Allah.. tak pernah aku termimpi akan kurus balik walaupun dah berbagai cara aku buat.. dan kini walaupun ada 5 kilo lg yang aku nak turunkan, tp aku tak mo turun secara drastik.. biarlah perlahan2 janji turun dan tak naik2 lagi. Daripada turun dengan drastik tp nanti naik pun secara drastik jugak. 

Alhamdulllah, aku dah boleh amik karbo seperti biasa tp masih dalam kuantiti terkawal.. dan walaupun aku dah amik karbo sedikit demi sedikit, berat aku tak naik2 yer.. tu part yang aku paling suka.. pinggang pun alhamdulillah dari saiz 32 sudah ke 29.. In Sha Allah lepas aku balik dari HK nanti, aku akan puasa rejab, syaaban and of course bulan ramadhan.. disamping dapat pahala berpuasa, dapat juga aku menjaga kesihatan. In Sha Allah..

Untuk yang tidak tau, aku mengamalkan diet atkins.. bukan diet dengan mengambil apa2 produk.. bukan nak kata produk tidak bagus, tp maybe aku jenis yang tak suka bergantung pd sesuatu produk sebab aku cepat jemu..

Yang gambar sebelum tu gambar aku masa kat Istanbul.. giler tembun ... pipi macam kuih pau.. perut aku terpaksa cover dengan bag (mujur bag beso) sebab perut aku serius mcm preggy 5 bulan.. peha ajer toksah cakap, maluuuu hahahaha (gambar ni aku buat bulan April yang lepas.. tp baru harini aku letak kat sini)



Wednesday, May 15, 2013

Wordless Wednesday - Puding Triffle Versi Puan Mimi

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Masa buat makan2 kat rumah sham haritu, jenuh aku pikir nak masak apa la yang best kan. so akhirnya aku pilih nak buat asam pedas dan puding triffle.. asam pedas dah biasa kan, so ni aku nak share resepi hentam keromo puding triffleku.. tp menjadi ok.. ramai kata not bad rasa dia, kira sedap la tu. hahaha kembang kempis hidung aku. hahaha.. ok shadaaap you.. kata wordless tp kenapa merapu2.. lempang kang..

bahan2 wajib ada

tukang susun

potong kek dan masukkan dalam mangkuk

penyek2kan kek tu sampai padat.. bubuh sikit air dari fruit cocktail tu supaya lembap2 sikit kek tu

1 tin susu cair + 1 tin air kosong (guna tin susu cair tadi)

3 sudu besar membumbung tepung kastard + 3 sudu gula pasir

kacau sampai mendidih dan hampir pekat

bila dah meletup2 pekat, matikan api dan curah ke dalam mangkuk plastik tu

susun buah dalam mangkuk tu

yang tang kristal jelly atas tu aku guna brand Nona. mmg paling sedap .. dan biasanya orang guna kaler merah rasbery baru cun, sebab nampak layer dia tp sebab dah abis, aku beli perisa manggo... sumpah sedap.. cara nak masak kristal jelly ni korang follow jek sebijik sebijon kat belakang kotak Nona Jelly Kristal tu yer.. compem menjadi


SELAMAT MENCUBA


Tuesday, May 14, 2013

Mother's Day @ Sham's Home



Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ahad lepas, Sham buat house warming sempena masuk rumah baru. kebetulan Ahad tu Hari Ibu so kitaorang celebrate sekali.. food meriah gak haritu.. walaupun Sham masak macam2, tp kami as BFF ni mmg selalu akan bawak makanan @ potluck.. Aku bawak puding triffle dan Asam Pedas Ikan Pari, Lieya bawak Ayamas dan Hirda bawak Kek Secret Recipi.. Sham masak macam2 gak, ada sayur campur, ikan kerapu 3 rasa, masak lemak ayam ciliapi, ikan bulu ayam masak sambal, sambal udang dan lain2 lagi.. mmg penuh perut haritu.. aku dan lieya cheat day gak la haritu. tp still lebihkan protien dan less karbo ..


hidangan untuk suami2 di atas meja

ikan bulu ayam sambal

sup sayur campur

sambal udang

tu dia, Lieya tengah memotong ayamas
 
Asam Pedas Ikan Pariku
Kerapu 3 rasa
Ayamas
 
Ayam masak Lemak Cili Api

puding triffle ku
 
tukang senduk nasi

bapak2 makan kat atas

ibu dan anak2 kat bawah jek

mia mija jek bagus nak makan, yang lain, main lebih penting. hehehe
bapak mithali tengah suap anak makan tu. hehehe

aam jek nak duduk dengan geng bapak2

jemput makan
lama kitaorang tak jumpa tau.. pasni projek berbuka puasa plak.. tunggu
 
budak paling baik.. duduk diam2 main ipad jek..
emily di apit mia dan echa.. awak bila nak berisi cam derang ni emily??
mia memula malu2 nak main, lama2 terus rapat

acara di tunggu2 .. potong kek mother's day


terharu.. ada nama kitaorang


cari posisi lain sebab nak amik gambar ..
hirda tengah bagi arahan kat budak2..
gambar ni kelakar, semua mata tengok tempat lain.. aku tengok kamera aku, sham tgk kamera dia. hahaha
 

budak2 nyanyi lagu untuk kami


last but not least.. kami semua dah hampir slim kan?? sham pun sikit lagi tu nak slim.. hirda, cepat diet!


psst:- Happy Mother's Day U'ollsss