Monday, December 31, 2012

❤ Selamat Tinggal 2012 - Azam & Wishlist 2013 ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini hari terakhir dalam tahun 2012.. rasa sedih dan seakan tak percaya masa begitu cepat berlalu. Rasa baru je Farhan naik darjah 2 awal tahun haritu, tp minggu ni dia sudah naik darjah 3, si adik pula sudah naik darjah 1. Arggghhh sudah nak masuk 7 tahun (erkk yg sebenarnya baru  6thn 2 bulan) si adik ni.. bila mau tambah anak lagi (soalan yang kerap ditanya).. bukan tak mau, tp rezeki belum tiba.. usah pertikaikan kenapa aku tak mengandung2 lagi.. mulut orang sesedap rasa je kan nak perli2 .. itukan kerja Allah s.w.t .. dia tentu tau apa yang terbaik buat aku dan suami aku.. pun begitu aku bersyukur ada anak sepasang.. dari tak de langsung khennn?

Sepanjang tahun ni macam2 benda berlaku dalam keluarga kami.. Alhamdulillah, tahun ni mengajar aku lebih banyak bersabar dan tabah dalam hidup ini.. kejadian tahun 2011 banyak mengubah kehidupan kami sekeluarga.. dengan musibah yang menimpa kami, aku rasa itulah adalah antara hikmah terbesar dalam hidup aku.. aku bagaikan TERSEDAR dr mimpi .. selama ini mungkin aku khilaf dan lalai, tetapi aku yakin, dengan musibah itu, aku berada seperti sekarang .. tak perlu lah aku cerita apa dan kenapa.. ianya dikhuatiri akan menimbulkan riak dan syak wasangka.. cukuplah aku dan suami aku tau .. alhamdulillah aku bersyukur padamu Ya Allah.. 

Aku percaya, setiap hamba-NYA yang di beri musibah dan ujian, pasti Allah akan beri ganjaran yang lain.. dijemput aku dan suamiku menjadi tetamu-NYA menunaikan umrah pada bulan 6 yang lalu.. terima kasih Allah, terima kasih kerana menjemput kami berdua.. satu pengalaman yang tak mungkin kami lupakan, bahkan itulah tempat yang paling cantik dan terindah pernah aku jejaki ..  Ya Allah, doaku jemputlah kami lagi menunaikan haji dalam masa terdekat ini pula .. aku rindu..

Disamping mengerjakan umrah, aku dan suami tidak pernah bermimpi nak menjejakkan kaki ke Istanbul.. itu semua perancangan diluar jangkaan.. melihat pakej umrah ziarah tu, hanya perlu menambah beberapa ratus sahaja, tu yang buatkan kami tertarik dengan pakej umrah ziarah tu.. Agak berbaloi jugak, merasalah jugak pergi ke sempadan Eropah kan? Melihat sejarah islam di sana, peninggalan pedang, janggut rasulullah, jubah cucu baginda, Saidina Husin dan jubah Saidatina Fatima anak baginda amat2 menghibakan hati..

Tahun ni juga rezeki buat suami, dapat sambung belajar - master.. dapat juga biasiswa kerajaan.. syukur sebab tak perlu keluarkan duit sendiri… ianya juga rezeki dan nikmat dari Allah s.w.t bukan?

Bila anak2 sudah besar, makin senang kami sekeluarga hendak bercuti.. maklumla semua dah boleh uruskan diri sendiri.. tahun ni sahaja kami dah bawak anak2 pergi ke 3 tempat yang sememangnya semua kanak2 suka .. bulan februari yang lalu, kami telah ke USS Singapura,.. sememangnya plan awal2 bawak anak2 bercuti sebab nanti cuti sekolah bulan 6 kami akan meninggalkan mereka sementara kami menunaikan umrah.. jadi tu ganjaran untuk mereka sebab kene tinggal… sementara bulan 10 kami telah ke Legoland.. dapat tiket murah semasa di Matta Fair.. berbaloi la juga.. ni pun Farhan request nak pergi lagi.. nanti2 lah ye sayang… baru2 ni kami ke Hello Kitty Town, juga tempat yang sesuai untuk kanak2..

Azam / Wishlist

1.          Kurus 

Tak de, tahun ni tak nak dah azam kurus2 ni.. sebab apa? Sebab …………… mmg tak pernah kurusnya pun kalau berazam.. so tahun ni, biarlah, nak gemuk pun gemuk la. Kikiki tak de la, kalau boleh biar menten jek.. tak gemuk tak kurus.. 

2.          Belajar masak

Ye aku tak pandai masak.. dah kawin 9 thn, mmg tak pandai masak.. tak caya? Tanya en suami.. hahaha tak pe la, insyallah pasni nak belajar masak walaupun simple2. Anak2 aku jenis bukan pemakan.. Farhan sangat2 cerewet pasal makanan, telur tak makan, kicap tak makan, seafood tak suka, banyak lagi la makanan2 yang dia tak suka.. buahan2 apatah lagi.. dia cuma makan pisang sahaja.. buah2 lain tak makan.. yang farhan suka roti canai, ayam dan ikan goreng dan roti. Nasi pun tak berapa suka nak makan, abis tu cemana aku nak bg dia makan? Pening kadang2.. oo tp junk food dia suka.. tu yang tak elok kan?
Kalau si adik ni pun, lebih kurang pe'el abang nya… apa yang abang dia tak suka, compem dia pun tak suka..  seafood juga tak makan.. yang dia suka ayam dan ikan goreng.. kalau buahan2, selain pisang, dia suka gak epal dan rambutan. Lain2 buah dia tak makan.. hahah pelik2 anak aku ni.. ooo tp peberet dia TELUR.. tak kira telur rebus or goreng.. tp putih jer.. kuning tak makan.. tp kalau telur tu didadarkan, dia makan pulak. Hahahahah
So tinggal lah aku dan en papa je yang makan.. kitaorang ni tak kisah makan je apa yang ada.. tak de masalah.. tp pasni kene gak la belajar masak yg simple dan cepat.. suka gak tengok blog orang yang suka masak.. apasal aku masak selalu tak jadi ek? 

3.          Kawal Nafsu

Hahaha amboi korang.. kalau kata kawal nafsu, cepat je terangkat kening kan??? Nafsu apa?? bukan nafsu tuuuuu.... Nafsu membeli dan belah laa … hahahah ye tahun sudah2 aku mmg giler beli tudung fareeda dan handbag coach.. beli macam tak de perasaan je, asal suka beli, asal suka beli .. tp untuk tahun 2013, aku dah insaf.. malas nak beli lagi.. tp en papa kata, kalau nak beli sebiji coach untuk raya tak pe.. dia bg green light..  ok kita kurangkan beli tudung fareeda dan coach, kita beli baju jalan2 or baju kerja plak.. boring kan asyik pakai baju samaaa jek..

4.          Beli kamera baru

Ha tadi baru kata nak kawal nasfu membeli kan.. takde la, aku ni dah lama berangan nak beli kamera dslr.. sebab aku suka gambar2 yang cantik2.. so antara wishlist dan azam tahun 2013 mmg nak beli kamera baru ..  kita korek la buku asb nanti.. dividen kan dah nak keluar tuu.. hehehe


5.          Lasik

Teringin nak buat, tp takut.. actually, bulan 4 (sebelum pergi umrah) aku dah pi dah OPTIMAX.. dah bayar deposit  pun, dah buat test mata bagai dah.. tp masa tu nak pi Umrah, so aku postpone.. but now bila tau Dr. Muhaya ada buat lasik ni, teringin nak buat dengan Dr. Muhaya.. aku sangat2 admire dengan Dr. Muhaya.. aku suka penampilan dia, cara dia bercakap, cara dia bg nasihat dan apa2 jelah tentang dia.. tengoklah, kalau duit cukup, insyallah aku nak buat lasik dengan dia..


Aku rasa tu je la kot, wishlist dan azam aku untuk 2013.. kalau ada lagi nanti aku tambah2 la kendian. hehehe..

Friday, December 28, 2012

❤ Jalan2 hujung Minggu ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Sabtu lepas, bawak emily gi gunting rambut.. ala kat wangsa walk je.. tu pun tak plan sebenarnya.. tetiba dia kata nak potong rambut.. so ok la masuk Redken.. tak potong banyak pun. adalah dalam 3 inci.. kalau tengok dari belakang macam tak potong, tp dari depan mmg nampak pendek rambut dia..

 nampakkan.. panjang rambut dia lepas dari aras ketiak




tu dia.. rambut baru emily.. dari belakang tak nampak sangat beza.. tp dari depan, nampak kan.. baru la nampak macam muka kanak2 kan.. tu pun orang selalu kata muka emily nampak matang.. nampak muka tua sangat ke anak aku ni?? huhuhu
 

upah potong rambut, dapat Upin dan Ipin..
sebenarnya sorang satu.. adik dapat upin, abang dapat ipin
 
ok ni citer cuti krismas haritu.. jalan2 ke Shah Alam sebab nak ke Setia City Mall ... plan nak pi Sunway Piramid, tp orang punya la ramai, sampai parking full.. so kami lunch sini dulu

Serius aku cakap, nasi briyani dia mmg sangat sangat sangat sedapppp.. puas hati makan..

alamat kedai ni.. kalau la rumah aku dekat dengan kedai ni, harus aku suh papa bawak pi makan sini tiap2 hujung minggu, pakkal jek jauh.. heheheh

muka mogok baru bangun tido

Bandung SODA yang marbeles ..  Teh O ais limau adalah air wajib kalau pi makan kat mana2

amik 3 set nasi jek... farhan dan emily share.. sebab dorang mmg takkan abis punya, last2 mak dia ni jugak yang kene tolong abiskan..

En Papa punya.. Nasi Briyani kamben mbek mbek

aku punya .. Nasi Briyani Ayam.. sodap!
mmg terbaekkk la..
tahu bakar dia pun sedap.. ala2 kat JM Briyani.. tp lagi mantopppp.. aku ingat nak oder Rojak Petis, tp perut dah sengkak, tak leh masuk .... so kansel.. next time aku nak rasa Rojak Petis lak.. tu peberet aku tu.. selalu beli kat pasar malam kt kampung2... aku kalau order rojak petis mesti nak lebih sengkuang, nanas tak mo, kacang lebih!. hehehe


 ❤❤ dah hampir ujung tahun .. kami pi tak bercuti2 ke mana2 bulan ni, En Papa sibuk dengan assignment dan nak exam ... tak pe Pa, kami paham, .. tp nanti next month Cuti Sem, bawak kami jalan2 ok?