Friday, March 30, 2012

❤ Ketika Cinta Bertasbih ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Kali pertama tengok citer ni, aku terus jatuh cinta .. jatuh cinta dengan jalan citer dia.. indah betul cerita ini berlandaskan agama islam.. tutur kata, jalan ceritanya, wataknya.. semua la.. dan yang paling best, dah tentu lagu nya.. bait2 lagu ni mmg menusuk ke kalebu.. ala2 islamik la.. kalau nak tengok tau liriknya, aku ada letak kat bawah sekali.. boleh dengar youtube sekali..

Ketika Cinta Bertasbih ini (KCB) sebenarnya filem, dan ianya ada 2 filem iaitu  KCB 1 dan KCB2.....KCB 1 di keluarkan pada 19 Jun 2009 dan KCB 2 pula di keluarkan pada 17 September 2009 .. citer ni mmg hot /top di Indonesia la satu ketika dulu.. sebenarnya aku dah tau lama citer ni, tp baru sekarang nak buat review.. hehehe

Bg aku citer ni hebat, mmg menekankan aspek keagaaman.. batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan  memang dijaga .. bayangkan walaupun dalam citer ni pelakon melakonkan watak suami isteri, tp tiada adegan pegang2 tangan, peluk2 jauh sekali  yer.. even di pagi raya pun tak de salam2 cium tangan suami... kalau part sakit pun, tiada sekali pun mereka bukak tudung/aurat.. mereka akan pakai tudung jugak.. betul2 citer ni berlandaskan agama islam .. kagum betul aku.. lg satu, aku banyak belajar tentang hidup dalam citer ni.. nak citer lelebih pun tak reti, korang tengok sendiri baru korang faham..

buku ni aku baru beli kat MPH.. sebab minat, aku beli gak walaupun harganya RM70... 
ada seribu lebih muka surat ..


ok mari kita sama2 tengok youtube citer KCB 1


jom layan.. fahami jalan citer filem ni bebetul.. baru boleh faham jalan citer filem seterusnya


dah abis tengok?? jom sambung tengok KCB 2 plak


baru la tau apa kesudahan filem ni kan..



lepas aku tengok KCB 1 dan KCB 2, aku dapat tau, citer ni disambung ke Sinetron.. iaitu KCB Spesial Ramadhan (ada 56 episod) .. suatu ketika dulu astro tengah promo Channel Astro Pelangi 141/142, so dapat la aku tengok beberapa episod KCB Spesial Ramadhan ni. oleh sebab tak langgan, tak dapat la aku tengok kesudahan citer ni.. kebetulan tahun lalu, hubby ke jakarta dan aku pesan cari dan beli DVD citer ni kalau jumpa..  memang rezeki aku, suami aku jumpa kat salah satu kedai di salah satu Mall di sana.. suami aku yang amat2 faham dengan minat aku lalu dibelikan DVD ini untuk koleksi peribadi aku.. 

ni ler koleksi DVD nyer





Lepas citer KCB Spesial Ramadhan, bersambung plak sinetron KCB Meraih Ridho Ilahi dan sinetron Dari Sujud ke Sujud tetapi DVD citer ni belom ada di pasaran Indonesia. so kene la aku bersabar sikit nak dapatkan DVD ni.. Sinetron Meraih Ridho Ilahi dan Dari Sujud ke Sujud ni dah ditayangkan di Channel Astro Pelangi 142, tp sebab tak langgan aku tak dapat la tengok citer ni.. nak tengok kat youtube plak tak puas. sebab banyak episod .. tak pe, nanti aku tetap akan cari gak DVD nyer. dalam citer Dari Sujud ke Sujud nanti ada watak baru iaitu watak Marsyanda .. sapa tak kenal Marsyanda kan? mmg hebat lakonan beliau..



ok jom kita dengar bait2 lirik lagu KCB ni plak ...

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

Thursday, March 29, 2012

❤ Koleksi Fridge Magnet (FM) ❤


Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini tak mo celoteh pepanjang la.. ni sajer nak share koleksi FM yang aku kumpul.. dah lama gak aku kumpul ni, rasanya sejak aku kawin kot.. ada yang orang bagi, ada yang aku beli sendiri, ada yang tukar2 dengan kawan2 ... pendek kata mmg dah banyak giler la koleksi fridge magnet ni.. tp yang aku letak ni semua yang dari oversea tau.. yang dalam negeri aku tak sempat nak snap.. actually banyak lagi gambar FM ni, tp kalau nak tengok, tengok kat FB aku ajer la yer.. malas nak tepek semua... ada FM dari Singapore tp nanti aku buat kat entry lain okeh ..



















comel2 kan FM.. ada sapa2 nak bg souvenior kat aku?? 

Wednesday, March 28, 2012

Tuesday, March 27, 2012

❤ Dating dengan Kawan-kawan ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan dan Emily

Aktiviti mak-mak di bulan januari yang lalu.. heheh baru nak update yek.. tak pe janji update, supaya tak lupa nanti bila date yang terakhir kita datingkan geng?

Macam biasa anak2 sila duduk rumah... this time mak2 nak bersosial.. lieya jek bawak anak2, tp anak2 dia sporting, tak kacau kitaorang pun..

Tema :- Baju kotak2
Tempat : Chillis OU

bagus semua menepati syarat.. tp yang kelakarnya boleh plak kami ber 3 ni sama pakai kaler biru? kalau aku tau aku pakai kaler purple.. biar la nampak lain sikit kan? tp tak pe.. still mengikut tema


sangat la nampak sedondon kami ni .. sib baik hirda pakai tudung kaler meroon 
(meroon ke merah hirda?)





kami bab makan mmg no 1. hahahaha



eh tetiba ada gedek2 la... meh kat auntie sat.. auntie nak gomol2...


sham bab posing mmg best.. sangat pandai amik angle.. muka nampak kurus yek, lieya mmg tak yah cakap la.. lawa sokmo adik sorang ni..


lepas balik dari Chillis, kami singgah pat lain plak.. lupa lak nama tempat ni.. ni kira minum petang la ni konon .. sajer la kan, nak tambah lelemak di badan.
red velvet


pavlova.... manis leting!


ok gambar last.. gambar perasan lawa ni.. hahah muntah pavlova la korang

Monday, March 26, 2012

❤ Emily & Craft ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan dan Emily

Ni aktiviti dah lama jugak.. aktiviti aku rasa mmg bagus untuk budak.. biar lebih kreatif dan berkembang otak kanak2. kalau sapa2 rajin nak bawak budak2 buat aktiviti macam ni, meh la singgah ke OU.. deret2 dengan Chillis.. dekat jugak dengan MPH.



kalau rasa nak buat sesekali je, hanya RM50 sekali masuk.. tp kalau anak2 suka datang sini, baik amik pakej, murah sikit rasanya


masa masuk tu kene register dulu la.. pastu nanti teacher dia akan pakain baju khas untuk anak2 supaya baju derang tak kotor dan comot. yelah nak main dengan water kaler kan.. kalau kene baju, jenuh nak sental.


Emily dah standby nak mewarna.. kemain dengan spec merah dia tu. kuat melaram anak dara aku ni


untuk kali pertama, teacher akan ajar cemana nak kaler semua la.. step by step, pastu baru anak2 buat sendiri.. mengikut kreativiti dan minat derang..


aktiviti ni akan mengambil masa lebih kurang 1 jam - 2 jam, bergantung pada craft yang depa nak buat, kalau craft yang senang, cepat la siap, kalau susah, lambat la nak siap.. but dun worry, teacher akan bantu... masa ni korang leh tinggalkan anak korang di sini.. depa mmg akan jaga dan pantau.. takkan sewenang2nya orang lain akan amik anak kita.. so masa ni korang nak shopping ke, nak makan ke, nak tengok wayang ke (kalau sempat la) sukati la.. tak de hal punya.


tengok betapa khusyuknya.. aku panggil pun dia bolayan..




biasanya aku perasan anak2 cina suka ke sini.. maybe mak pak derang nak shopping so derang diletakkan di sini.. or mmg anak2 cina ni suka benda2 kreatif kot?? tp bg aku , aktiviti mmg menyeronokkan kanak2 la..



untuk cepat kering bila dah cat warna kat craft tu, depa bagi hair dryer untuk keringkan ..


lepas dah siap semua, boleh cuci tangan.. ada disediakan pantry. masa ni kebetulan bibik ni tengah cuci tangan anak majikan dia.. dia tolong cucikan tangan emily sekali.. terima kasih ye bibik..


yeh dah siap.. saya boleh balik.. sebelum balik, sila bayar RM50.00 ye..


ok ni la hasilnya.. carriage untuk princess


ada macam2 hasil craft yang boleh dilihat kat sini.. anak2 boleh pilih mengikut umur derang.. rasanya cuti sekolah mmg sesuai bawak anak2 ke sini.. tak de la anak2 bosan sangat