Mama Farhan & Emily
Salam isnin semua.. ok harini aku nak share (ntah2 ramai dah tau, aku je baru tau! ok sila gelak) cara2 nak transfer duit dari CIMBclicks ke Tabung Haji .. sebelum2 ni aku rasa cam tak de masa je nak pi TH nak masukkan duit, maklum la nak parking pun susah, tak de masa pun ye jugak .. ok sebenarnya setiap bulan mmg aku buat potongan gaji masuk TH. so bab tu tak de masalah, cuma baru sekarang aku ada masa nak masukkan duit raya anak2 ke TH. giler lama kan aku pegang? tu pun selepas aku terpikir nak buat CIMBclicks ni.. aku baru je bukak account CIMB.. pastu staff CIMB cakap kalau nak transfer duit ke ASB pun boleh.. so balik rumah aku terpikir, kalau boleh transfer ke ASB, agaknya mesti boleh transfer duit ke TH juga kan? .. so aku google2, aku terjumpa satu blog ni.. terima kasih la kat tutorial Cik NOEN ni.. mmg sangat2 membantu.. ok jom kita tengok cara2 nak transfer.. (opss maybe maybank2u pun boleh kot!)..
STEP 1
| Ok memula cari Pay Bills |
STEP2
| Pastu, pilih account saving korang lah... dah tu click Open Biller dan select Government Agencies.. then cari Lembaga Tabung Haji |
STEP 3
| isi tempat kosong.. hahaha tak de la, isi la maklumat TH korang.. then submit |
STEP 4
| nanti keluar cam ni, pastu korang request TAC.. no TAC akan keluar kan hp korang.. pastu comfirm, then selesaikanlah sampai tamat... |
❤❤ Ok setiap transaction akan dicharge 50 sen ajer.. tak banyakkan? sesetengah bank dia charge RM 1.50 la RM 2.00 la .. ok sangat2 la, korang duduk depan komputer je.. tak yah penat2, berpanas2 berpeluh ketiak nak menapak dan cari parking.. hehehe



























