Tuesday, May 31, 2016

Jalan-Jalan Ke Angry Birds Activity Park

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Citer ni dah lama sebenarnya.. masa cuti CNY haritu. Baru perasan tersadai dlm draft je.. so harini ada free sikit, aku updatelah.. untuk kenangan Emily dan Farhan..

Minggu nak CNY tu En Asben dah drive ke JB awal2.. dia mmg outstation kat sana 3 hari minggu CNY tu..  dia bagitau aku dah alang2 dia kat sana, jom la balik kampung dia di kulai .. jadi dia belikan aku dan anak2 tiket flight Firefly pd hari Jumaat .. mmg aku request nak naik dari Subang, sebab dekat.. tak mau naik AA di KLIA2.. jauh pulak aku nak ke sana.. hari Jumaat terbanglah aku 3 beranak ke JB.. 1st time naik FF.. duduk plak tepi kipas.. nampak kipas berpusing.. alahai seram.. hahaha

excited nak jumpa papa
aku duduk dengan Farhan.. Emily duduk sebelah .. 

Kami sampai 45 minit kemudian ... kejap aje kan KL - JB ..  malam tu En Asben bawak kami ke kilang bateri makan-makan dan jalan-jalan .. dan kami bermalam di hotel puteri facific.. Esoknya En Asben bawak kami ke Angry Bird Park..

harga tiket dan pakej
Kalau nak masuk sini, bawak stokin siap2 ye.. kami ni manalah tau.. so tak bawak.. terpaksalah beli kat daiso. mujur sebelah tu jek.. hehe.. kat bawah biarlah gambar berbicara.. aku tak reti nak citer. 





















Kami beli pakej Family Pass dapat percuma ambil gambar saiz 5R ni.. jadiklah buat kenang-kenangan.. rasanya Angry Bird Park ni lebih sesuai untuk kanak2 yg masih kecil.. tempatnya pun tak besar mana.. tp still budak2 enjoylah ... ada game cari telur emas.. nti dapat hadiah dari pihak Angry Bird..

Monday, May 30, 2016

Random Pictures #1

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini kita tengok random pic ajelah.. aku selalu amik gambar tp tak tau nak citer apa.. so kita combine ajelah sekali arung..

Tag roti.. aku sebenarnya tak berniat pun nak kumpul.. tp sebab setiap kali beli roti aku mesti gantung tag tu kat rail pinggan aku tu.. sebab kalau aku buang, aku takut tak tau bile expired kat roti.. sikit2 lama2 jadi banyak pulak.. tp bila dah lama2 kumpul jadi cantik pulak tersusun.. dah hampir setahun lebih aku kumpul rupanya... dari 26 Mac 2015 - 25 Mac 2016.. sampai sekarang masih lg aku gantung tag2 tu lagi. dah mcam hobi pulak..


Bulan lepas renew pasport Emily, gambar belah kiri ms dia umur 5 tahun.. yang gambar hitam putih gambar terbaru umur 10 tahun.. dah lain muka dia. nampak lg matang nak2 pakai tudung kan. tp gambar hitam putih mmg tak secantik gambar berkaler kan.. gambar aku kat passport pun tak cantik sangat.. dah rupa bibik2 je aku tengok pasport aku.. hahaha



Sabtu lepas aku pergi redeem cenderamata dari Tupperware sebab aku jadi Ahli.. dah alang2 redeem, tengok katalog ada tupperware baru untuk edisi raya.. cantiknya kaler purple.. mmg sangat2 menawan kalbu.. Rice Smart pun cantik.. nak2 dapat free 6 biji mangkuk tu.. untung sangat2.. dah la beli dengan harga Ahli.. jimat sangat..


Ni guru kelas Emily.. hehe sorry cikgu saya letak gambar kat blog saya.. Cikgu Wan Faizatul Akmar.. Cikgu Wan hasilkan novel kanak2 terbitan Ana Muslim.. baru je disiapkan.. 


Anak murid cikgu of course la dapat merasa awal buku karya beliau kan.. tajuk buku yang cikgu Wan hasilkan "Princess" Alia Antibakteria. heheh comel je tajuk.. kebetulan plak Emily mmg peminat buku2 Ana Muslim..



ha nak ajak korang beli kasut ni kalau korang rajin pi pantai ke snorkling ke.. act aku pun tak tau bila nak pakai kasut ni.. beli je sebab ada offer.. kot2 ada perancangan nak pi pulau tioman ke, pulau perhentian ke kan senang.. oh ye aku beli ni di Sport Direction.. berbaloi2 dengan harga dia.. 


Gambar last untuk harini.. yehhh aku dah ada kawan main congkak... bila anak dah besar, dah boleh ajar macam2 rasa seronok pulak..  kadang2 kami main dam ular, main scrabble, main saidina... main dam aji je belum ajar lagi.. oklah kan bg dia pendedahan main congkak ni. mana tau ada game indoor kat sekolah nanti boleh la dia join..



Ok jumpa lagi nanti ..

Monday, May 23, 2016

Bersteamboat bersama BFF

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Lama betul aku, Lieya, Sham dan Hirda tak buat makan2.. sejak ada group wasap ni... mcm2 idea kitaorang ni.. so idea paling latest bila Lieya beli set gril steambot ni.. dia ajak kitaorang ni rasmi set grill tu kat rumah dia.. cari tarikh yg sesuai sebab banyak tarikh yang tak free.. akhirnya jadik gak plan makan2 ni semalam 22 Mei 2016.. kiranya sempat la sebelum bulan puasa.. dan kitaorang plan buat makan2 ni juga sempena Mothers Day yang dah lepas dan Fathers Day yang akan datang.. ala suka2 jek kan.. oleh kerana nak merasmikan set grill Lieya, so otomatik rumah dia lah yang kami semua akan serbu.. tuan rumah baik ati sediakan semua food untuk steamboat dan kami cuma datang bawak sikit2 apa2 yg patut.. eh selain tu tuan rumah pun siap bakar ayam bbq tau..

Sampai2 rumah lieya, tu dia separuh meja dah macam2 yang tuan rumah ni sediakan

tu dia hampir penuh meja

sempat tuan rumah buat sandwich.. aku bawak tembikai tu dengan aiskrim choki choki
aiskrim choki-choki air tangan aku


geram2 aku tengok dia punya sayur.. segar2 sangat.. kalah makan kat restoren tau





yang ni Hirda bawak.. katanya daging harimau menangis dengan daging shabu2 

posing sattt


Hirda datang bawak another set grill.. kebetulan dia ada ni dah lama.. so dia bawak spare.. 1 kitaorang letak kuah tomyam dan 1 lg kuah sup untuk budak budak

tu dia... tuan rumah dok bakar ayam

tengah prepare untuk kuah tomyam dan kuah sup


marilah kita start membakar dan mensteam




dah siap masak!!

ayam pun dah siap bakar
kasi papa papa semua makan dulu

Lepas dah setengah jam makan dan tersandar kekenyangan, kitaorang buat suprise kat kaum bapak2.. kitaorang pakat beli kek untuk sambut Fathers Day.. tp mana aci kan untuk sambut hari bapa jek.. so kitaorang pun menyambut juga hari ibu yang dah lepas.. baru aci kan.. hehe




 
tuan blog pun nak selpie gak

posing ramai2



gambar last barulah dapat amik gambar kami berempat
Mak mcm biasalah sibuk bergosip sambil makan2 kek feeling tak bersalah tambah berat badan ni.. anak2 dah bertempiaran main sebab depa semua lama tak jumpa.. seronok depa main sampai baju basah lencun, muka melekit berkilat... adoi lah anak.. pitam tengok muka masing2.. tp bila tengok anak2 ni mcm tak sangka sangat sebab dah hampir 10 tahun kitaorang bersama.. dari anak2 masih kecik sampai la dah besar panjang ni.. nak tengok mereka masih kecil?? tengok kat bawah ni

tahun 2008.. dari kiri.. jaja, mia, emily, hardy, farhan...... ujung tu jannah, dia dah pindah sabah

Semoga persahabatan kami berkekalan.. amin