Wednesday, January 18, 2012

❤ Celebrate Hubby's Birthday❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ahad baru ni besday my dear hubby yang ke 37.. heheh dah tua yek bang.. ala lebih kurang je umur kita.. Selamat Hari Lahir ye Sayang, semoga di murahkan rezeki dan dipanjangkan umur.. insyallah

Ok pagi ahad tu hubby dah janji nak bawak pi makan kat Victoria Station.. ni second time aku pi.. ok la boleh tahan makanan dia mmg sedap.. kat sini paling femes steak dia la..


My Hubby with my lovely doter .. harini kitaorang geng kotak2.. tp tak de sapa plak nak tolong amik gambar kitaorang berempat. huhuhu


me & my hensem boy yang masam mencuka (merajuk dengan adik dia)


ni Farhan yang tolong snap.. jadi lah walaupun senget benget..


ok antara yang kitaorang order.. wantan (tak tau nama sebenar)


Lobster soup.. yang ni mmg terbaik la.. 1st time menyudu terus terlopong2 kesedapan (bukan lucah yek). hehehehe


ni aku punya... kambing mbek mbekk...


hubby punya.. steak apa ntah.. sedap gak (mana tak sedap, tengok ler harga.. fuh kesat peluh!)


tengok la emily makan begitu semangat



penuh tertib aku duk kontrol anggun ..


Happy Besday bang... i love you so much..


Semoga tahun ni lebih bermakna buat kita sekeluarga..  Insyallah Amin..

Tuesday, January 17, 2012

❤ Johor Premium Outlet ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok kalini nak citer pasal gi JPO.. aku pi hari pertama dalam tahun ni tau.. kan Key Ell cuti, so kami balik kampung 30 Dec 2011.. pagi2 1 Januari 2012 dah cargas bangun sebab nak pi JPO ni. Berzikir la kejap kat telingat hubby nak pi JPO ni.. sib baik dia bg green light.. yahoooo.. ok anak2 kamu tinggal rumah yek.. mama dan papa nak pi berjimba ke JPO.. kang kalau bawak korang, alamat mama tak dapat la nak mencuci mata, asyik kerja mengejar korang je kang.. so duduk rumah diam2 yek.. kih kih kih

Act dari rumah MIL (MIL i duduk kat Felda di Kulai tu so tak yah pening2 sewa hotel ke apa ke kan. heheheh) nak gi JPO tu mati2 aku ingat sama jalan nak ke IOI Mall Kulai tu, rupanya jalan lain daaa... sib baik sebelum pergi hubby dah tanya dengan BIL aku ... kalau tak conpem sesat..

Nampak je signboard ni, dah tersenyum simpul dah ni.. dalam paler terpikir nak beli apa ni la kan?? ceh macam la banyak duitnyer.. sib baik dah gaji + bonus... hehehe



Yeh sudah sampai... panas masa ni tu pasal mata pun agak silau je nak amik gambar...


Mari tengok dalam ni ada apa.. besar gak tempat dia.. jenuh gak la nak berjalan..


antara tempat fave hubby aku


yang ni cuci mata sajer..


dalam banyak2 outlet, kat COACH ni mmg ler ramai... beratur ok.. tempat lain takyah beratur pun.. ok la beratur pun beratur la.. semangat nak cuci mata + poket!


sib baik tak lama sangat beratur..


kat dalam ada less antara 20% - 50% .. semua cantik2 dan rambang mata..
harga pun cantik gak huhuhuhu


ok dah jumpa yang berkenan.. jom bayar!


mode:- sangat bergumbira dapat idaman hati .. tengkiu bang, setahun saya tak mintak belikan handbag lagi - eh boleh percaya ke statement di atas?
gambar kat bawah ni feeling2 macam kat oversea plak kan.. (perasan la ko mimi)


ok dah dapat 2-3 benda, jom la pulang wahai cik hubby, kang lagi lama, lagi sakukurata plak kang.. ada rejeki, nak raya nanti kita repeat beli handbag baru lagi (bukan tadi baru insap tak nak beli handbag lagi ke). hehehe


ni ler handbag coach yang di beli. amacam .. cun tak ???? hahah CUN NAKKK (ala2 Mak Neng @ SY)..

Monday, January 9, 2012

❤ Wishlist 2012 ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan dan Emily

Selamat Tahun Baru!!! hahaha dah 9 hb dah pun baru sibuk2 nak ucap ekkk... saba je lah.. dah la tu, baru harini terhegeh2 nak buat entry wishlist.. orang lain dah berzaman2 dah ada wishlist tahun baru.. tak pe la, jom jom kita lihat apa wishlist tahun ni... agak2 menjadi ke tak ek.. ntah la ... kita doalah sama2..

1. Nak kuruskan badan

Yang ni mmg azam tak leh blah la .. azam tetiap tahun.. tp tak pernahnya menjadi .. tak tau ler apasal (TAK TAU KONON, PADAHAL KO MENCEKIK CAM TAK HINGAT DUNIA!!) , so dengan berazamnya, tahun depan INSYALLAH, saya akan cuba berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis kecuali masa yang tidak mengizinkan la .. tp saya nak berpuasa sunat Isnin dan Khamis bukanlah niat nak kuruskan badan, tp mmg dah niat nak menambahkan pahala sunat, INSYALLAH … dan kalau saya turun berat badan juga, ianya adalah satu BONUS.. jom tepek gambar masa kurus mood nak kurus sikit. hehehe

ni tahun 2007.. aku dan hubby mmg struggle nak kurus masa ni.. alhamdulillah mmg tercapai.. tp tu la, tak de keinsafan diri.. 2 tahun lepas tu, berat mencanak2 naik.. huhuhu so kita try usaha lagi tahun ni .. chaiyok2


2. Nak bagi Farhan dan Emily adik. heheheh

Kalau tak dapat kuruskan badan, wistlist aku sejak 2-3 tahun lepas tak pernah pudar.. nak menambah anak.. ntah lah maybe factor umur, factor kesuburan dan factor berat badan kot yang membuatkan aku susah nak mengandung lagi.. tp tak mengapa, akan akan terus mencuba selagi aku mampu, mudah-mudahan Allah memberkati usaha aku .. Amin
gambar ni masa preggykan emily... bila nak merasa preggy lagi yek.. :)


3. Reward diri sendiri

Banyak benda sebenarnya aku nak merewardkan diri sendiri.. antaranya ..

a) aku teringin nak kamera compact or dslr, tp tu la, kadang2 fikir malas plak nak beli dslr (tp bila tengok gambar orang lain cantik, aku jeles.. hehehe) jd aku rasa nak beli kamera compact yang ala2 dslr la kalau macam tu.. act aku sedih sebab kamera canon IXUS aku kan dah lesap… tu yang nak beli kamera compact baru tu.


b) Aku nak jam tangan baru, sebab yang lama dan tak sedap pakai. Teringin nak jam antara Bonia or Guess.. Insyallah kene kumpul duit dulu.. atau maybe aku amik duit dividen asb je lah. hehehe


pic :- googled

c) nak handbag coach yang ni.. tp alhamdulillah dah tercapai hujung tahun haritu.. suka pattern dan kaler coach ni walaupun design ni agak dah lama.. akan tetapi tahun ni TERbeli lagi sebijik coach plak masa singgah ke JPO.. tu entry lepas ni ok. hehehe (tahun ni aku dapat 2 biji ler.. )

4. Nak beri perhatian penuh untuk anak2

Maybe sebelum ni aku leka, jarang amik perhatian kat kerja2 sekolah anak, so tahun ni, aku nak jadi guru besar kat rumah tu. Haha nak pegang rotan, siap la korang kene buat homework .. no Ipad, no TV, no game, no youtube…

5. Bercuti

Tahun ni ada la plan juga 2-3 nak berjalan, tapi semuanya masih dalam perancangan lagi.


a) Insyallah kalau jadi, tak de aral melintang, ada Family Day opis hubby ke Pulau Pangkor. Aku pun mmg teringin nak pi Pulau Pangkor.. tak pernah pergi.. so pergi ikut Family Day pun tak pe la.. mesti seronok jugak kan 


b) Insyallah bulan 2 nanti aku sekeluarga akan repeat ke USS.. bulan 6 yang lepas tak puas ke sana.. banyak tempat aku tak sempat nak cover, maklum la kaki sakit.. so kalini kalau boleh nak cover mana2 yang tak sempat la.. katanya ada benda baru.. Transformers ke apa ntah.. farhan dah kata nak pi tengok..

c) Yang ni masih dalam perancangan lagi .. insyallah akan diberitau kelak

Rasa2nya tu ajer lah buat masa ni.. kang banyak2 sangatkan tak terdaya nak melaksanakan plak kan..