Tuesday, September 22, 2015

Pulai Desaru Beach Resort & SPA - Day 1

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Baru2 ni sempena Cuti Hari Merdeka cum Anniversary aku yang ke 12 tahun aku dan suami bawa anak2 bercuti ke Pulai Desaru Beach Resort.. kalini kami pilih bercuti di tepi pantai untuk menenangkan fikiran.. sebenarnya kami dah lama beli voucher pulai desaru ni masa pergi matta fair bulan 3 yang lalu.. alhamdulillah tak de surcharge walaupun kami book tarikh 29-31 Ogos 2015. sebelum kami bertolak ke Desaru, kami tido semalam di rumah ibu mertua.. saje jenguk dia dah alang2 turun ke sana..



anak2 bersama nenek mereka

bersama ibu mertuaku

kami ikut highway desaru senai ni

simpang ke bandar penawar

sebelum sampai ke hotel, kami beli makanan sebe sikit untuk kudap2 di hotel



yeh dah nak sampai dah


sementara suami pergi parking, aku pi settlekan kat lobi/receptionist
kami beli voucher untuk standard room ajer..

dapat harga 50% off untuk hari ke dua.. jimat kan? tu pasal stay kat sini 2 mlm.. alang2 jauh tak la penat sangat
Yang bestnya, aku dan suami mmg plan nak amik extra bed untuk anak2.. so masa di receptionist, aku tanyalah nanti dapat twin bed ke atau dpt double bed, maklumlah book standard room aje kan .. sekali budak tu cakap, dia bg 3 super single bed. wahh jimat aku tak yah amik extra bed.. mmg syukurlah walaupun amik standard room aje.. tp dapat bilik besar mcm ni...mmg muat sangat2 untuk kami berempat.. anak2 plak jenis kecik2 belaka.. hehe





bilik air untuk mandi dan sinki untuk cuci muka ni separate.. baguskan.. tak de la berlecak kat bawah sinki kalau budak2 mandi dalam bilik air.. 

banyak betul dia bg.. esoknya dia bg lagi

siapkan minum petang.. pau dan pisang goreng/kicap cili




Petang-petang sikit bawak anak2 gi mandi kat pool.. apalagi yang budak2 sukakan.. layankan ajelah..






Malam tu kami dinner di bandar penawar. banyak gak kedai kat sini.. so kami pilih kedai ni sebab nampak ramai orang.. sure lah kedai ni sedap masakannya kan.. dan mmg ternyata sedap..


sup gear box

ikan bakar..


budak2 beli chicken chop aje

lepas dinner..  balik hotel, teman farhan buat homework..

bersambung esok..

3 comments:

Ayu Ayunie said...

wau.. bestnya jenjalan je..
dah lama tak bwk anak-anak tido hotel mandi kolam.
ada sedara kat bandar penawar leh plan next trip ke sini pulak.

Chekgu Azrine said...

Blm.penahbsampai lagi area belah sana..nmpk best

Akak Kembang said...

memang berbaloi2 dapat bilik tu