Showing posts with label ikea. Show all posts
Showing posts with label ikea. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

❤ Jalan2 gi IKEA ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Aktiviti 2 minggu lepas sebenarnya.. pagi2 lepas subuh sepi'ee, en suami ajak breakfast kat tanglin.. dulu, sebelum pindah rumah sekarang, kami rajin ke sini, maklum ler dekattt.. tp sejak pindah, dah nak dekat setahun setengah tak breakfast kat sini.. rindu plak (padahal food dia biasa2 ajer) .. oleh sebab anak2 tak bangun tido lagi, so korang tinggal ajer lah ye.. mama papa dating pagi2 pergi menyantap.. kang tenghari kita pi jalan2 yek.

kalau gi Tanglin, biasanya kitaorang suka makan mee kari kerang.. sedap boleh tahan..
mee kicap dia pun femes, tp aku benda2 yang berkicap2 ni kureeng sikit


selain kedai Mee Goreng Tanglin ni, ada satu kedai nasi lemak yang femes jugak, mmg beratur panjang la orang.. tp aku tak pernah terai..


ok ni la dia mee kari kerang aku.. kemain selambak kerang dia.. yang nampak tu baru kerang belah atas, cuba selak2 mee kat bawah tu.. berlambak lagi tau. hehehe suka, suka.. 


selain mee kerang, aku suka makan roti bakar kat satu kedai cina ni.. roti bakar dia sedapppp, ala2 roti makan OTWC gitu..


hehehe jemput2, sila tengok saya makan..


Tengahari seperti yang dijanjikan anak2, kami bawak derang pi IKEA.. dah lama gak tak pergi sini..  nak kasi derang diam tak lari2 dalam IKEA ni, kami bg pensil dan kertas sorang satu, pandai2 la korang menulis konon2 tulis order ler nak beli barang apa kan. 


eceh2 macam ye ye je ko tulis nak beli barang apa..


ada hati nak beli ni.. tak yah ler..


dah puas ronda2 dalam tu, kami gi lunch plak kat sini


walaupun amik food tak banyak, tp mengah nak abiskan.. tu la tamak beli meatball sampai 20 biji, budak2 belasah chicken wing je, semput aku dengan en suami ngabiskan meatball, aku pass kat dia, dia pass kat aku.. sampai kembang2 tekak aku nak ngunyah meatball, tu belom lagi masuk kek 2 ketul tu. kih kih kih


ok kita sambung shopping, kali ni baru ler boleh amik trolley..


kat sini pun ko sempat nak pose yek emily


tujuan utama nak beli kusi rotan ni jek pun.. beli kusi 2 dewasa dan 2 kusi anak-anak.. tak mahal pun.. ok lah harga dia .. pastu beli la sikit2 barang lain .. 


 ok dah abis... esok citer lain plak .. ta ta

Tuesday, February 8, 2011

❤ Fullen from IKEA ❤

Salam Bsimillah
Mama Farhan & Emily

Dah lama aku cari fullen ni..  asyik abis stok jer kat IKEA tu. so kebetulan 2 minggu sudah aku jalan2 dengan sham ke IKEA, baru la jumpa fullen ni.. fullen ni apa??? okeh nanti korang tengok gambar last la ye


agak2 boleh cam tak apa kebenda ni.. 


ni barang2 yang ada dalam kotak tu


sebelum pasang, kena bukak buku dulu.. kalau tak mmg tak siap la fullen aku ni 


gigih suami aku balik2 kerja terus pasang.. baju kerja pun tak bukak lagi. hehehe



yang si emily tu asyik nak berkepit ajer


si abang pulak sibuk nak tolong menukul



taraaaaaaaaaaaa.. sebenarnya fullen ni ialah kabinet tempat nak isi barang2 personal dalam bilik air la.. macam nak letak bekas / air contact lense ke, cermin mata ke, pisau cukur ke..


ok esok aku letak plak gambar OMAR SHELF from IKEA lagi.. apa tu OMAR SHELF.. tungguuuuu