Friday, February 24, 2012

❤ Sushi Zanmai ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Aku suka makan sushi tp tak de la fanatik sangat.. selalu makan Sushi King, so kalini nak try Sushi Zanmai.. wah lagi sedap okeh..  tak sangka makk. hehehe tk harga dia aku rasa mahal sikit, tp tak pe, janji sodapp

aku makan ni kat OU..


antara sushi yang kitaorang bedal ialah..




paling aku suka yang ni.. Soft Shell Crab.. mak aiii lembut bonar kulit ketam ni.. makan gitu jekk.. terasa kesedapannya.. sepinggan ada 2 ketul.. anak ketam je.. tp RM6.80


ok boleh gi makan kat sini lagi next time.. kot2 mengidam ke .. haahahahaha

Thursday, February 23, 2012

❤ Tudung Fareeda ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok kita sambung entry pasal tudung Fareeda.. sebelum ni, aku pernah cerita pasal tudung Fareeda kat SINI kan... ni aku nak share lagi tudung2 yang lain yang aku beli dan pakai ...

ni tudung Rozanna Pink Bubbles.


yang ni plak Rozanna Red Floral


yang ni Soffiya Black + Grey


Rozzana Soft Pink + Lime Green


hok ni plak... Selendang Mawar Purple + Blue


yang ni pun Selendang Mawar Purple Pink + Hijau Lumut


sekarang ni ada pattern baru desing RANIA plak.. baru tak baru la.. dah 2 bulan gitu keluarannya.. nanti aku try yang RANIA plak yekk

Wednesday, February 22, 2012

❤ Mee Udang Kuala Sepetang ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Masih entry bulan 12, hahahaha betul ni, korang tak silap.. citer bulan 12 ni, bukan citer bulan ni.. kitaorang jalan2 ke Wangsa Maju, untuk cari port nak minum petang.. so hubby kata kawan dia kata ada Rest. baru Mee Udang kat situ, jom kita pi cari kedai tu.. ronda punya ronda, akhirnya jumpa... laaaa sederet dengan butik Ariani rupanya... tp kedainya di hujung jalan...

Pada yang suka makan Mee Udang Kuala Sepetang.. moh le gi restoren Mak Jah ni.. senang je nak cari... kalau tak conpiden, cer google map yekkkk


harga dia boleh tahan la.. kalau nak puas ratah udang, amik la Mee Udang Spesial RM12.00 tu.. udangnya besau besau.. baru puas ratah2 gitu



tu dia... Mee udang Spesial dah sampai.... jemput tengokkkkk sambil telan air liur..


haaa besau tak Udangnyer....... mmg puas makan ler..


dahhhh jangan lupa gi sana yek.. penat dah promot ni

Tuesday, February 21, 2012

❤ Jalan-Jalan Ke Penang - Hari Kedua & Ketiga❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Pagi2 semangat ni bangun awal.. sebab hubby & friends cakap kita nak pi Padang Besar.. ambil masa lebih kurang 2 jam lebih kot.. ok tak pe, jalan punya pasal, mak sanggup... heheheh

ni 1st time pakai tudung Fareeda jenis Rozzana, so kita pose kejap sebelum bergerak..


Aku rasa aku tak pernah pi Padang Besar ni kot.. kot2 la (mana tau lupa ingatan)... so sepanjang jalan mmg suka la tengok pemandangan sawah padi, ladang tebu gitu.. akhirnya setelah 2 jam lebih.. yehhhh dah nak sampai


bila nampak tulisan besaq ni terus tersenyum lebaqqqq

kat sini macam2 ada, biasalah kan .. dekat dengan siammm.. barang2 serius murah.. seronok je tengok, yang tak seronok, duit ler kan.. heheheh


dah shopping serba sedikit.. perut pun rasa lapar... oo patut la.. dah kul 3.. belum soru lagi.. so gi ler kedai tomyam dan lunch kat situ.. lepas makan, merangkap sekali minum petang, belasah lagi pulut mangga.. sedapnyaa


tak banyak kan shoppingnyer.. tak penuh bonet pun


ok ni hari ke 3. heheh terus "jump" sampai hari last ni. hahah tak de idea la nak bercerita.. dah lama tak berblogging, jadi tak pandai lak nak bermadah, berpuisi..

ni la hotel yang kami menginap tu.. Hotel Gurney, Penang... hotel ni bebetul mengadap laut.. aku pun dapat bilik view bebetul mengadap laut.. memang cantik pemandangan esp waktu malam.. rasa nyaman tenang dan tak nak balik ler..


sebelum balik moh posing dulu.. hahah korang abaikan la muka farhan yang tak semenggah tu


amik gambar ngadap laut.. ishk x de plak orang lalu lalang nak mintak snap pic 4 orang ni.. so amik ber 3 ajerla.. emily tolong snap, pastu tukar plak, farhan snap, emily dengan kitaorang plak


dah check out, kitaorang pi lunch kat sini.. LINE CLEAR..  ramai giler orang, dengan panas dan tempat dia lak sempit.. adoiiii


makan dia sedap jugak la.. mmg nasi kandar ni kan femes kat penang.. tak leh celen kat tempat lain


dah makan, sebelum balik singgah pasar chowrasta.. beli jeruk la, buah tangan sebelum balik


ok hari dah petang.. dah kul 4 kan.. so mari pulang sebelum kita terlewat.. masa pergi ikut Jambatan Pulau Pinang, so balik kita naik Ferry plak...


gambar last dalam ferry.. ada masa, ada rezeki panjang umur kita pi Penang lagi.. insyallah


Monday, February 20, 2012

❤ Jalan-Jalan Ke Penang - Hari Pertama ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok banyak nak cerita sebenarnya.. semua citer mengenai bulan 12 haritu.. terlambat nak cerita.. maklum ler nak cari mood nak bercerita kan.. tp gambar2 semua aku dah letak kat FB.. so sapa2 yang mmg dah friend dengan aku kat fb dah lama tengok la kan.. tu pun kalau bukak la album2 aku tu, kalau tak bukak pun, tak tau cerita gak..

Last disember plan ke Penang.. dah lama tak pi penang.. so kami bercuti kat sana selama 3 hari 2 malam la.. kebiasaanya kalau aku pergi jalan2 kemana2 aku mmg tak berapa suka/jarang snap pic pada hari pertama.. ntah la, maybe penat dalam perjalanan dan maybe sebab hari pertama biasanya tak de aktiviti yang best2 kot.. 

Masa pergi kami lalu Jambatan Pulau Pinang.. time balik baru naik Ferry


sampai hotel, posing2 sat kat depan cermin.. tu pasal gambar tak berapa clear..


gambar bilik hotel, semua blur2.. ntah la tangan ni parkinson jap kot masa snap gambar.. so tak yah letak la.. dah hilang penat, cakap kat hubby nak pi buat spa jap.. so aku dan kawan aku pi turun ke tingkat 2 cari SPA.. sementara hubby bawak anak2 pi mandi manda kat pool


ni antara pakej2 yang ada..


boleh pilih minyak apa yang kita nak untuk dimassagekan.


aku pilih  minyak De Stress.. konon2 nak hilangkan stress la gitu. heeheheh


Sementara badan aku dikerjain, anak2 sibuk mandi kat pool..  cantik pool dia.. besar giler.. ada slide, ada pasir2 dan ada macam2 game kat sini, ada congkak, futsal, dam ular, chess, pingpong, snooker.. pendek kata tak bosan la kalau mmg nak merehatkan diri di hotel semata2.. kot2 malas nak merayap kat luar kan.. kata pun gi holiday nak merehatkan badan kannnn


farhan mmg suka main pasir dari mandi pool.. adik dia je yang tergedik2 mandi pool


Malam pulak kami makan di Padang Kota... tp serius la kalau pergi penang ni, mcm tak mau singgah makan kat sini.. baik makan tempat lain..  mahal giler.. mmg derang tekan abis2 untuk orang yang bukan orang penang ni..


kami makan macam2 gak malam tu, tp tak semua pic aku letak kat sini..  sotong bakar ni boleh la tahan.. tp mahal .. sepinggan RM20. huhuhu, sotongnya berapa kerat je


sotong kangkung.. ok la boleh la tahan harga dia


ok ni kue tiew udang.. serius TAK SEDAP.. harga je mahal RM8.00, so aku makan udang je.. kue tiew tak makan.. tawar hebeh, mmg tak IN la dengan tekak aku.. eh jangan saman aku tau, aku tak mention  pun aku beli kat gerai yang mana kan????


ok lepas makan, kitaorang pi Batu Feringgi.. apa lagi, ronda2 pasar malam ler.. tp tak beli apa2 pun, just beli FM dan sehelai dua baju budak2.. pastu balik tidoooo