Thursday, May 27, 2010

Entry Poyo

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Maafkan aku sebab aku dah jarang update blog, cerita banyak, tp kemalasan melanda.. banyak kerja pun iyer jugak.. maaf lama tak ronda blog korang, kalau ronda pun ada yang tak sempat komen.. tp yang pasti aku cuba kejar cerita2 terhangat korang.. laju betul korang ni.. satu hari sampai 20 entry korang update ek, letih mak nak kejar cerita satu2.. hehehehe.. sebab tu ada yang komen ada yang tidak..

Minggu lepas boss belanja aku makan rojak mamak.. ntah tetiba jer baik jer dia hulur kt aku sebungkus rojak mamak.. rezeki jangan ditolak kan.. so apa lagi belasah la

sebelum dibanjiri kuah


selepas banjir




poyo jer kan, bos belanja pun nak cerita.. heheh jadi la kan dari tak de update apa2.. ok sabo2.. aku ada benda lain nak update sebenarnya.. entry ni kalau tak nak komen pun tak pe, entry yang tak menarik sungguh.

Tuesday, May 25, 2010

Sori, lain kali tak hingin aku nak jejak

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Maaf lama tak update.. citer banyak, mood tak de.. tak pela blog kerdil, tak de sapa yang peduli pun.. ni pun hanya catatan peringatan diri sendiri jer..

Semalam petang, macam biasa la my hubby selalu tanya nak makan apa, so a'am cakap nak makan pizza.. ok la kan, dah lama tak makan pizza.. lagipun dah gaji.. boleh la belanja anak2..

Kami malas nak gi Pizza Hut jauh2, so pergi la area dekat2 jer..  dlm hati aku teringin nak makan pizza baru.. sampai kat sana, orang tak ramai.. ada la dalam 3-4 buah meja.. meja kosong pun banyak lgi.. so kami pilih yang betul2 dekat dengan cashier ..

Lepas dah decide menu apa yang nak dimakan, panggil la si tukang order.. aku order set 1 (untuk 2 orang).. budak tu dah catit, pastu dia boleh tanya aku balik, "kak  nak set 1 ke set 2".... aku tengok muka dia balik.. "dik, kami ni berdua jer, buat pe nak order set 2 (untuk 4 orang).. dia ni muka ala2 blur2 tau.. pastu laki aku order chicken wing 4 ketui, set untuk budak spaggeti bolognise.

Kami tunggu 5-10 minit hanya untuk air coke dan mushroom (yang readymade tu).. kat situ aku dah rasa panas hati.. takkan la nak bawak air coke tu pun lambat sangat? nak kata orang ramai, mana ada orang sangat..

Pastu kami makan mushroom sup + garlic breadstick.. pastu budak lain hantar chicken wing... sekali dia hantar 6 ok... punya la banyak, sapa nak hadap sampai 6 ketul.. tu blom makan pizza lagi... aku dah rasa nak marah dah ni.. pastu panggil budak si tukang order tu.. dia mati2 kata my hubby cakap 6 ketul (dah cover sendiri dah salah tu), padahal aku nampak my hubby siap tunjuk nak 4 ketul jer.. so tak nak berbalah sebab dia dah punch kat komputer, so kami pun beralah, terima jer la 6 ketul chicken wing..

Dah abis makan chicken wing, pizza masih blom tiba2 lagi walhal aku tengok meja lain yang datang kendian dah dapat jek pizza masing2.. lagi sekali rasa nak angin.. apa kebenda yang lembab sangat ni... ada la aku tunggu lagi 10 minit baru sampai.. tak syok kan makan sekerat2, kena tunggu..

Lepas makan semua dah settle, time nak bayar pun hazab ok.. dah panggil, tp tak sampai2... si a'am tekan punat untuk BILL adalah 3-4 kali baru la manager nak hantar bill.. (manager pun lembab ok).. oo sangat la rasa nak hempuk jer staff2 kat situ..

Bil aku berjumlah RM63.15.. so aku bayar RM70.20 ... masa nak bayar kan baki tu dia balikkan aku RM7 jer... tp 5 sen tak pulangkan.. so aku cakap dalam hati, takkan dorang ni tak reti kira kan.. so aku gi kaunter tu balik, aku cakap "dik, akak ni bukan nak berkira, tp 5 sennyer mana".. kelam kabut budak tu nak pulangkan duit 5 sen tu, tp aku terus cakap, tak pe la sambil blah..

Ye aku rasa korang akan kata aku ego.. tp aku tak suka la pengurusan yang lembab macam ni.. takkan benda2 kecik2 pun korang tak leh improve..

1. takkan hantar air dan mushrom soup tu sampai 10 minit? kan benda tu dah memang siap sedia?
2. kau sendiri tak repeat order masa amik order tu, so kau nak salahkan aku pulak cakap nak 6 ketul, padahal terang2 aku nampak my hubby tunjuk dan cakap nak 4 ketul chicken wing tu
3. orang dah tekan2 bell for bill berkali2 (termasuk jiran sebelah meja) tp lambat nau nak hantar bill.. bukan ramai pun customer aku tengok
4. takkan tak reti kira balance duit orang, dan takkan sebab baki duit sen2 maka kau tak nak pulang pada customer? tu duit gak tau.. kalau masuk tabung, penuh gak tabung aku..

oo pleeeeease la, this is 2nd time rupanya aku kena di situ, dulu aku kena setahun yang lepas.. aku ingat kalini dah improve .. tp malangnyer nampak sangat tak de improvement langsung.. so mintak maap la yek, takkan ku jejak lagi ke situ gamaknya .. kok ye pun aku teringin nak makan pizza, banyak lagi tempat yang ada.. aku tau mesti dorang boring jer dapat customer macam aku ni.. ye, aku memang cerewet.. tp aku customer kan? so aku ada hak aku jugak..

p/s: masa aku masuk Pizza Hut tu aku berkobar2 nak promote pizza yang baru tu, tp bila dapat layanan yang hampehdotcomdotmy tu, terus aku rasa cam tak de mood nak tolong promote..

Wednesday, May 19, 2010

Aiskrim Goreng

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Aku nak share satu resipi iaitu Aiskrim Goreng.. aku sebenarnya dapat email mengenai aiskrim goreng ni, so aku nak share la kat korang.. tp aku sendiri tak pernah cuba .. LOL

semua hasil resipi gambar, adalah hakcipta http://merpati66.fotopages.com/ . aku copy balik jer dari situ

letak aiskerim atas roti yg dah lembab


tekankan dengan acuan telur kuat2


jeng2 dah jadi bulat kan...


masuk dlm plastik simpan dlm freezer

goreng atas minyak yg betol2 panas




dah goreng




Ok cara buat aiskerim goreng version sempoiii LOL


aiskerim tak kira lee aper jenis or perisa
roti sandwich -tak kira brand aper janji roti lee :-D
basahkan sedikit roti dengan air biasa supaya lembab
supaya masa menekan dengan acuan roti tak pecah
acuan telur (mcm dlm gambar ya ;-) )

caranya : :-

1. scop aiskerim letak atas sekeping roti

2. ambil lagi satu roti kosong tangkup atas aiskerim tadi

3. tekankan acuan telur atas kedua2 roti tadi - kuat2 sampai roti putus jadi bulat

4. masukkan dlm plastis dan simpan dlm petiais bahagian atas semalaman or 3 jam

5. panaskan kuali letak minyak mcm nak goreng pisang tu...

6.minyak kena betol2 panas - baru gorengkan roti tadi

7. balik2kan supaya kuning kedua2 belah

8. angkat dan hidangkan bersama2 dengan susu cair kalau suka -

Note : air kerim yang digunakan diatas adalah ais kerim potong tau (yang ada kayu kat tengah tu..so buangkan kayunya ajee ) biasa lee nak buat experimen kena guna aiskerim yang murah2 ajee (JANGAN RISAU AISKERIM TU AKAN CARI TAPI KENA GORENG CEPAT NGAN API YANG PANAS2 BETOL ) dan lebihan roti tu jgn membazir lak leh wat pudding roti tau letak cheese ya .. Selamat bersantai dihujung minggu sambil makan aiskerim goreng)

Tuesday, May 18, 2010

PEMENANGNYER ADALAH.... JENG JENG JENG

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Heheh ala korang, aku sajer gurau2 pagi tadi... amik mood pagi Selasa la katakan.. ok kalini aku bg jawapan yang betul2.. sian korang kan ...
Ok jawapan untuk teka syiling ini adalah RM 164.00

meh kita tengok, tukang kira duit syiling ni.. yang sebelah kiri tu (mengadap yang pakai baju merah) ialah duit 20 sen = RM 83.00 ..... yang depan baju biru tu, duit kecik2 ialah duit 10sen = RM 71.00 .. yang duit besar2 tu ialah duit 50 sen = RM 10.00 .. tu ada tabung lembu, tp aku letak semua duit2 yang tak laku cam RM1 syiling lama, duit indon, duit australia dan duit singapore (bukan tak laku yer, tp tak laku di Malaysia)

 RM83 + RM 71 + RM10 = RM164.00


pemenang yang bertuah ialah


beliau meneka hampir tepat iaitu RM 162.70 ...  hadiah untuk beliau adalah sebuah Novel bertajuk Inang Sari dari Creative Enterprise Sdn Bhd..


tajuk macam tak best kan.. tp cuba baca sipnosis dia, best tau  ..  ok aku harap beliau sudi terima hadiah yang tak seberapa ini.. kalau dia tak gemar baca novel, terpulang la kan.. boleh la nak bagi kat orang lain ke, atau nak simpan buat khazanah..


aku harap beliau berpuashati dengan hadiah yang tak seberapa ini.. insyallah aku akan buat contest yang simple2 gini lagi..

p/s: kepada PEMENANG, sila bagi nama penuh, alamat dan no. hp ke email saya nazathulhamimi@yahoo.com

Pemenang Teka Syiling ...

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

ok ni senarai yang join contest tu..

Ayang - RM 500.55

Izan- RM 130.65
Asha - RM 81.77
Deela - RM 173.25
Echa - RM 250.00
Aimi - RM 122.75
Gades Ain - RM 150.50
Lieya Latif - RM 130.20
Zana Batrice - RM 128.80
Jila - RM 180.00
ELL -  RM 125.70
RaMa2UnGU - RM 140.00
Puan Iza  - RM 100.00
Atty's - RM 155.55.
Uda - RM 168.70
Kakngah - RM 78.30
Zuera -  RM 399.99
Ultraman_88  - RM 200.20
M!Er4N - RM 178.80
Nashays - RM 77.75
Sham Ummi Echa - RM 89.95
AiDieNa - RM 70.00.
Ellis suriyani - RM 130.00
StrewberiManis - RM 185.00
Ibuayu - RM 110.10
Mamalyna - RM 115.60
Hirda Ibrahim - RM 244.00
Irahehe -RM 248.20
Che Kechik - RM 270.00 
Farysa - RM 200.00
Niera -RM 131.85
ANiss - RM 95.85
Azrai Ahmad Zamri -RM137.75
A D I A - RM87.00
Jieda - RM145.70
S h e e - RM116.40
Anna&anuar- RM 187.65
Azie- RM 272.20..
Nisa - RM120.05
M a W a D D a H - RM 91.30
Love Journal Of HazlizaHusaini'S Family - RM 162.70
Helena's - RM 153.30
Emy/mamasuri - RM 73.50
Hijrad poosart -RM 139.80...
Jasfyra - RM 125.50 
Zai kulim - RM 200.00
Rosilah - RM 300.00
Long Haffiz Long Hassan - RM 165.70
Nazreenhashim - RM 124.40.
IZAN - RM 143.50
Adda - RM73.25
Sarah - RM 130.00
Ayuselalu - RM 255.00
Ogy - RM150.00
Leily Ummi Alya Husna - RM 210.85
¥ α Ŋ α Đ z µ £ - RM 147.55
Ratna - RM111.00
Cybermummy - RM150.00
Azni_1405 - RM 368.60..
Syahrul Iman - RM 172.50

ok ada yang tanya, ada duit syiling RM1 lama kat situ, ye,  ye aku tau, tp dun wori coz yang tu memang tak kira yerk.. bukan takat duit syiling RM1 yang lama je kat situ, duit australia, duit indon dan duit spore pun ada, tp aku tak kira..

ok pemenangnya adalah









































































































































 KITA TUNGGU PUKUL 12.OO TENGAHARI
(wakakakaka... jangan mare, kan aku dah bitau, pemenang akan diumumkan pada jam 12 hari selasa)

Thursday, May 13, 2010

TEKA SYILING

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok harini aku nak buat sedikit contest TEKA SYILING kat korang.. senang jer caranya.. just tinggalkan komen bg jumlah syiling tu.. sorang SEKALI jer teka..

Contest ni tak susah, takyah buat entry, tak yah follow, tak yah up banner segala mala.. just tinggalkan komen kat ENTRY NI sahaja... tarikh dan waktu tutup contest ni adalah pada ISNIN 17 MEI 2010 JAM 12 TENGAHARI... keputusan aku bagi pada hari SELASA 12 TENGAHARI ..

Pemenang akan diberi pada peneka yang TEPAT or peneka PALING TEPAT .. senangkan??? Hadiahnyer akan aku tunjuk bila dah dapat pemenang

 



GOOD LUCK

Wednesday, May 12, 2010

Happy Mother's Day

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Lepas balik dari sukan sekolah farhan, kami terus ke MV.. favourite place aku ler.. my hubby bawak kami gi lunch kat Tony Roma's for Mother's Day.. ada promotion on that day..


aku pilih Grilled Lamb Chops tu.. wah sedap giler.. Lieya, kau harus cuba ni, kau kan hantu kambing

my hubby cuba Rib Combo ni.. ntah yang mana satu dia pilih aku pun tak hingat

budak2 depa bagi kaler pensel dan kertas untuk mewarna





air "Fruity Breeze" ni dapat free khas untuk Mommy ler kan..


farhan makan ceri tu... dan juga roti untuk yang order steak

my hubby amik air pineapple juice

ni anak2 aku punya..

ni aku yang punya

ni my hubby punya.. daging dia alahai lembut giler..

gambar ni farhan yang snap


baca promotion kat bawah ni.. pastu aku dapat Pen free gak, tp lupa nak snap

dah kenyang, kami ronda2 shopping sikit2 dn bila dah penat, budak2 ajak lepak kat BR ni.







ok tu ajer mini celebration aku pada haritu.. thanks abang belanja mimi makan.. and "hadiah" tu.. hehehehhe

Tuesday, May 11, 2010

Jom kita bersukan

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Hari Ahad yang lepas ada hari sukan kat sekolah farhan.. macam biasa la buat kat Dewan Sri Siantan, tepi Kompleks Renang tu.. ok pukul 9.00 pagi semua berkumpul kat sana.. nasib baik dapat parking dan dapat duduk 2 baris dari depan, senang la tak de la tak nampak anak2 kan..

ni cikgu kelas @ daycare @ kesayangan farhan Mrs Suguna..  tahun ni farhan masuk kelas EN NEWTON, last year kelas EN MACMILLAN


farhan & his friends




my girl - Emily Sorfina


Emily sangat excited nak join abang dia.. siap nangis2 bila aku bawak dia pergi.. next year yer sayang, nanti awak masuk q-dees pulak..


ni persembahan budak 3-4 tahun.. comel jer dorang ni
masa ni farhan nak naik stage dah.. korang tengok betapa keciknya dia. ikut mama dia la kan. hahahaha

awat la budak depan dia tu besar sangat LOL






dapat piala.. ala kalah ke menang ke semua pun dapat.. heheheh



Last sekali farhan bagi aku ni.. paper bag dari suratkhabar .. siap cakap kat aku "i love you mummy, happy mother's day".. wah mak terharu gitu..


ok esok aku sambung lagi kemana kami pergi selepas balik dari sukan ni