Thursday, August 30, 2012

❤ Happy 9th Anniversarry ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Fuh fuh, baru jek tinggalkan blog 2 minggu, dah hampir berabuk yer.. ishk ishk dah pukul 4.30 ptg ni, cemana la boleh terlupa harini adalah hari yang sangat2 bermakna lagi bersejarah dalam hidup aku?? actually tak lupa.. sebab dah wish kat FB, tp lupa plak nak tulis dalam blog.. aisemenggg.. oklah .. oleh sebab tak de idea nak merempan petang2 harini aku copy paste la ayat2 jiwang aku khas ku tujukan buat en suami tercinta.. 

Suamiku Hairudin Daud

Alhamdulillah harini genap 9 tahun, saya menjadi isteri awak,
Terima kasih menjadi suami yang bertanggungjawab buat saya
Terima kasih menjadi teman setia di kala susah dan senang saya
Terima kasih menjadi bapa yang penyayang kepada anak2 saya
Terima kasih Allah kerana mengurniakan awak sebagai suami saya
Saya sayang awak buat selama-lamanya..
Semoga awak pun sayang saya selamanya2..
 
 
 
Aku sangat2 terharu sambil lap airmata sebab suami aku menjadi orang pertama membalas komen di FB sebab selama ini dia jarang komen kat status aku yang suka merapu2 tu.. i ❤❤ you la bang
 
 
 ❤❤ citer raya minggu depan ajer lah yer.. nak amik mood mengarang ayat..

Friday, August 17, 2012

❤ Selamat Hari Raya Aildilfitri ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Sedar tak sedar, diam tak diam, lagi 1 hari bulan Ramadhan yang mulia akan berlalu pergi meninggalkan kita semua. Sekejap betul rasa masa berlalu.. rasa macam baru berpuasa, tp rupanya dah sampai ke penghujungnya.. Di kesempatan ini aku dan family juga ingin memohon ampun dan maaf seandainya pembaca2 blog aku tak kira yang aku kenal maupun silent reader, jika ada yang terasa hati dengan kata2 aku, atau juga yang kurang senang dengan gambar2 aku .. aku hanya manusia biasa, yang kadang2 aku lupa jika gambar2 itu menimbulkan fitnah atau riak takbur. aku mohon ampun banyak2.. dan juga maaflah jika komen-komen anda tak sempat aku balas ..

Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Berhati2 pulang ke kampung halaman. Pada yang tak balik ke kampung, jangan bersedih yer, masak la sendiri ketupat, lemang dan rendang, kalau malas, yang dah readymade pun banyak dijual .. yang suka main mercun tu, hati2 tau, jangan main mercun buluh bubuh belerang sendiri.. pepandai jek korangkan nak jadi Macgyver, kang meletup jari, sapa susah?? doktor dan nurse kat spital jugak yang susah sebab nak pantau ko di pagi raya.. pada yang suka makan ketupat, rendang dan kuih muih, jangan ler gelojoh makan banyak2.. kang elok2 dah turun 5kg, naik kerja, ada yang naik balik 8 kg.. sapa susah?? baju kurung korang gak yang susah sebab nak sarung badan yang macam sarung nangka tu. kih kih kih.. Pada yang dah kawin tu, hulur2 la duit raya.. kalau tak dapat bg banyak, bagi RM1 pun jadi la kan.. walaupun kompem bebudak sekarang dah pandai demand akan cakap "Singgit jek?? kedekut".. sila la pekakkan telinga.. yang penting ikhlas kan kan kan... .. yang bujang tu, jangan asyik merendeek dengan boipren/gelpren jek kat shopping complex.. cer tolong2 mak kat dapur tu/abah cat rumah. dapat gak ko pahala kan, .. yang suka2 merempit/mendrift lelaju kat highway.. jangan ingat jalan tu ko sorang ajer yang bayau roadtax, orang lain pun bayau tau.. so kita guna la jalan raya tu sesama dengan sopan santun... tak yah la nak mendrift lelaju, kang sapa yang susah?? polis traffic gak yang tak de kerja lain, asyik nak "nyaman" korang jek.. sayangilah duit poket anda.. daripada bayar saman, baik bg kat mak bapak ko.. lg banyak pekdah/pahala .... haha jangan marah! (aku gurau2 jek tau, tak de kene mengene antara yang hidup mahupun yang dah meninggal dunia)




❤❤ aku balik kampung insyallah after opis hour petang ni.. doakan keselamatan aku sefamily yer readers... berjumpa kita lagi selepas hari raya nanti.. tuan tanah kedaung nak balik beraya di Johor tahun ni (macam la ko ada negeri lain nak balik selain johor ??? lempang kang) .. kalini turn raya segamat... raya ke 4 baru balik kulai.. yahooo! terbaeekkk la ..

Thursday, August 16, 2012

❤ Cara bawak tudung Fareeda balik kampung ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Sebelum-sebelum ni, setiap kali aku nak pergi bercuti or balik kampung, selalu aku terpikir cemana la nak bawak tudung2 fareeda ni.. kalau tudung2 biasa senang sikit, aku campak je masuk dalam bag. ni tak leh la, kang kemek awning, compem aku nangis .. so selalunya aku akan gantung tudung2 tu kat seat tempat duduk belakang kat pemegang tu, bergayut2 la 3-4 hanger kat situ .. tapi minggu lepas aku masuk page Fareeda di FB, ada beberapa orang jual box ni.. aku pun pm sorang2, semua jual agak mahal .. tp ada la sorang hamba Allah ni jual murah.. alhamdulillah. aku grab 2 box sekali gus.. satu nak letak tudung Fareeda, satu lagi nak letak lain-lain barang persendirian.

ni ler box tu.. comel.. rasanya dia beli kat ROMANTIKA ni. kata penjual tu, box ni ada beberapa jenis saiz.. tp aku amik kecik sudah la.. kang beso2 berat lak. pastu aku mmg mintak lain2 corak, so boleh la beza nanti mana satu bekas tudung, mana satu bekas barang persendirian

comel kan . hehhe

aku akan bawak balik 6 helai tudung aku.. so 3 helai pertama, aku gulung macam ni
yang baki lagi 3 helai aku gulung dan tindih atas yang tadi .. tak yah tindih mampat2 tudung kat bawah tu..
letak sesedap rasa je

nampak tak awning yang atas tu nampak terkeluar dari box kan.. dun wori, dia mmg tak akan kemek.. aku dah try

sebabnya penutup tu tinggi. so mmg selamat awning tudung tu ... opsss bekas cincin HABIB tu lama punya dan  x de cincin pun .. aku letak brooch kecik2 ajer. hehehe

ni box lagi satu.. aku letak barang2 persendirian setempat.. senang nanti nak cari, tak yah punggah2 bag beso.. tp tu tak penuh lagi tu . ada beberapa benda lagi nak kene sumbat kendian

❤❤ makin tak sabar nak balik kampung.. malam ni baru nak packing baju2 dan kuih2 raya .. mak dah pesan beli bunga kekwa (ada jual kat kedai india yang jual bunga malai tu).. mmg tetiap tahun aku beli bunga kekwa pelbagai warna untuk ditabur atas pusara arwah abah di pagi raya nanti

Wednesday, August 15, 2012

❤ Tudung Fareeda Raya ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Berkisar entry khamis lepas, pasal Tudung FAREEDA kan. heheheh sebenarnya sebelum aku pi umrah haritu, aku dah stop dari membeli Tudung FAREEDA sebab nak tumpukan persiapan nak ke umrah .. balik dari umrah, tak lama dah nak puasa, so sekarang gigih kumpul balik stok Tudung FAREEDA untuk raya.. kebetulan kalini FAREEDA ada keluarkan beberapa broooch yang gorjes untuk peminat yang suka kumpul macam aku.. ada brooch telur ikan, sampan, ulat, jambatan, mata kucing, bunga dan beberapa lagi.. oleh sebab mmg minat dan giler, aku beli gak beberapa helai Tudung FAREEDA ni buat koleksi... ada yang nak di pakai masa raya, ada gak yang tak de baju lagi, tp beli tudung dulu (tp nak pakai ntah bila). heheheh bengong! (haritu kata 6 helai, tp last minute terbeli lagi selai.. parah!)

brooch Ulat


brooch Padi / Arrow


brooch Telur Ikan


ni brooch Riben Ramping




ni brooch Bunga



 ni brooch Mata Kucing


brooch Jambatan




❤❤ aku masih tak dapat lagi brooch  Sampan .... huhuhu .. ok next entry aku share cemana cara aku bawak  tudung2 ni balik kampung..

Tuesday, August 14, 2012

❤ Iftar di Rumah Cik Puan Lieya Latif ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan Emily

Sabtu lepas plan nak berbuka puasa rumah Lieya Latif.. so kami set time, date dan apa nak bawak time berbuka nanti ...

Tarikh - 11 Ogos 2012
Masa - 6.00 pm - 11.00 pm
Menu - Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Daging Kurma,
Hirda - Bawak Blotok
Sham - Bawak Aiskrim
Aku - Bawak  Air Katira, Tepung Pelita dan Tembikai
Share - beli kek secret recipe..

Dayyan yang baik amat2.. nak berkepit dengan aku jek.. dia conpius ingat  aku ni mak dia agaknya sebab pakai spec jugak..

suh bibik potong tembikai..
Ayamg masak merah
 

Kurma daging

Blotok

Tepung Pelita

Kek Lapis



AJK Air..

mia dan mija dah siap bersila

tengah prepare nak masuk waktu dah ni

Lepas abis berbuka.. kami lepak2 dalam sejam, sebab semua nak solat maghrib kan.. lepas tu, acara potong kek plak

pelik tak tengok banyak nau nama kat kek tu.. kebetulan lieya dan shah lahir 2/8 dan 5/8.. dan juga anak2 kami farhan, emily dan hardy lahir bulan ramadhan.. echa,mia, mija dan hazry lahir bulan syawal. so celebrate sekali harung

bebudak tak sabar tunggu pasang lilin .. lg happy sebab memasing tau dah ada nama masing2 atas kek

mak2 standby jap lagi bapak2 nak amik video

happy sungguh memasing celebrate besday awal

gasak berebut nak potong kek
anak baru i.. hahahah anak angkat tak rasmi gitu.. cayang dayyan.. aku tepuk2 dia, terus lena

❤❤ acara tahunan berbuka puasa di rumah salah sorang dari kami... seronok sangat2.. semoga persahabatan kami berkekalan

Thursday, August 9, 2012

❤ Persiapan raya untuk anak dan omak ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Amacam orang gomen??? dah cucuk duit Bonus?? syok ler kan minggu ni pi boleh shopping lagi ngabiskan duit bonus plak.. amacam persiapan raya korang? so far aku biasa2 je.. untuk aku sendiri tak banyak baju kurung .. ada lah 5-6 lai baju (pangggg tak banyak konon) .. hehehee.. ok, untuk kasut plak cukuplah ada sepasang kasut raya baru dan juga tak lupa handbag baru.. (hahaha nak jugak tu.. actually handbag hadiah harijadi, tp aku peram simpan buat pakai raya .. (bijak tak kekdahnya?) ..

Ok kita citer pasal a'am.. so far untuk baju T-shirt dia banyak dah papa dia beli sebelum raya.. bulan berapa ritu ntah tak ingat, dia ada pergi Medan.. kat sana ada butik Oshkosh . so papanya borong sakan la baju Oshkosh kat dia.. ada lah 5-6 lai.. so dah settle kat situ.. cuma kami tambah 2 helai lagi Tshirt GUESS beli kat Guesskid di OU haritu.. juga beli sehelai jeans Guess dan juga kami tambah jeans Polohaus 2 helai.. cukup dah kot.. kasut kami beli di Treehouse.. baju melayu cam biasa wajib sama dengan papa dia... samping dan songkok pun dah siap beli.. 

Untuk si anak dara nan seorang tu sama dengan abang dia gak.. 2 helai lagi Tshirt GUESS dan sehelai jeans Guess.. pastu tambah 2 helai jeans Polohaus ... aku mmg jarang belikan baju/seluar anak2 di online bukan sebab ngader2 or perasan kaya.. oh tidak ..... tp sebab aku tak reti pilih saiz kat online.. aku pernah beli dulu.. asyik salah saiz jer.. last2 aku naik fed up.. so aku tak pernah beli lagi.. kalau aku pi Mall sekali pun mmg aku takkan beli baju anak2 sendiri tanpa anak2.. aku tak reti bajet badan anak okeh. hahah teruk kan jadi mak?? kalau korang nak tau, farhan walaupun dah umur 8 thn, dia pakai baju saiz 5 or 6 thun okeh.. tu yang aku pening kepala selalu nak beli baju dia..

Ok sebagai tambahan, anak dara aku tu mesti la ada aksessori kan.. maklum la dah beso, dah pandai memilih.. nak tu la nak ni la.. la ni dah pandai.. haha ko bajet dah remaja la kan.. semua nak pilih sendiri.. jom sekodeng persamaan mak dengan si anak dara.. untuk bujang tak yah ler.. sebab orang bujang simple2 jek. hehehe

Dokoh Raya - sajer gatal2 beli ntah bila nak pakai ntah.. tak pakai tahun ni, leh recycle tahun depan

Emily punya.. comel jek kecik
Aku punya.. beli dah lama tp tak pernah pakai

Handbag raya-  jangan tak tau, anak dara aku pun ada handbag ok.. Papa dia beli kat ROXY

kaler pink fushia.. lembut kulit bag ni
ni bag mama emily (hehe sambil tersipu2 malu)


Kasut - lebih kurang jek kasut omak dan anak.. omaknya kaler coklat gelap.. anak kaler hitam.. senang nak matching baju kurung dengan dress emily nanti

kasut emily.. ha amik ko setambuk batu2 kat depan .. beli kat Party Princess di OU . ni gara2 ikut selera mama dia
ni kasut mama dia.. hehehehe tetap nak sama macam kasut anak

Perfume - anak dara aku ni mmg kalau lepas mandi wajib perfume bagai.. sabo jek la


perfume emily aku beli kat dia di Singapura..

perfume aku - en suami belikan.. dah lama dah, aku sayang nak pakai. hehehe

Cekak - untuk anak dara jer.. takkan aku nak pakai cekak kottttt.. 

amacam SYOMELLLL tak... beli di Qaisara Headband di FB..


❤❤ AKAN TETAPI... untuk omaknya dah sediakan 6 lai Tudung FAREEDA.. tunggu next week, kita tengok lak tudung omaknya plak okeh.