Wednesday, November 28, 2012

❤ Wordless Wednesday - Tidolah sayang ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Pernahkah anda melihat anak anda tido? muka yang paling tenang dan rasa sayang sangat2 bila tengok anak2 sedang tido.. orang kata muka yang paling ikhlas masa time ni la.. kalau rasa nak marah pun tak jadi..







 


❤❤ suka cium pipi anak2 masa tido ... bau masam2 sikit air liur basi. hehehe

Tuesday, November 27, 2012

❤ Kasut comelku ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Entry kasut lagi? haritu citer pasal kasut kerja, ni pasal kasut crocs plak... hehehehe.. eh ada ke yang tertungu2 entry Bandung ??? cuba angkat tangan.. 

In Shaa Allah minggu depan aku upload entry Bandung yek .. mak bz ler sekarang ni .. baru balik kan ... mana nak buat kerja opis lagi, mana nak sort gambar lagi .. mana nak story telling lagi kan  .... kasi mak masa okeh!

Ni nak citer pasal kasut comel aku ler ni.. ala2 minnie mouse kata Emily.. yelah mementang nak pi HKDL tahun depan kan .. hehe amik mood ni... tak de lah, sebenarnya ni kasut free... haritu masa aku pi kursus kat Cherating, hubby aku bawak anak2 pi beli kasut crocs yang baru.. so bila time bayar, budak tu kata, beli 2 kasut crocs harga normal, boleh dapat kasut wanita ni free.. ada dua kaler, satu biru dan satu lagi merah.. so pandai ler cik abang aku pilih merah... sib baik saiz muat tau.. kalau tak muat, tak leh tukar, tak ke rugi..

selalu kasut crocs aku getah, tp yang ni ala2 kain gitu..tp kain tebal la

kalau tengok dari jalur belakang, dah macam design Coach plak kan?

comelkan?

hehehe sib baik amik kaler merah..  jauh sebatu dah nampak!

❤❤  ni ler ai makin sayang, dah 9 tahun kawin, dah tau taste dan saiz kaki ai .. lenkali boleh beli lagi yek bang ..

Monday, November 26, 2012

❤ Istanbul Aku Datang ! ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Khamis Awal Muharram haritu, kami pi tengok "Istanbul Aku Datang" ...  masa dapat tau tentang citer ni mmg aku excited giler .... terus kepala mengimbau kenangan aku masa gi Istanbul bulan 6 haritu.. teringat Blue Mosque, Haya Sofya, Topkapi Palace, Selat Bhosporus... tp dalam citer ni, tak banyak sceene yang dia tunjuk tempat2 menarik tu .. tak kisah la, janji leh tengok kan? citer ni mmg best la.. walaupun citer cinta, tp mmg lain dari yang lain.. asyik gelak memanjang .... tomok pun best walaupun kaku sikit, tp watak dia menjadi la.. pastu aku suka tengok BETO, mmg dia ni kalau berlakon mmg bersahaja ..kalau jadi jahat, jahat betul, kalau jadi romantik plak, romantik betul. hehehe



ni Lisa naik Ferry merentasi Selat Bhosporus..

dan kami pun pernah merentasi Selat Bhosporus juga...

Meh nak citer sikit apa citer dia sebenarnya ..

Dian iaitu Lisa ni orangnya happy go lucky tau.. dia punya impian, iaitu nak kawin dengan boipren dia iaitu si Azad (Tomok) .. si Azad ni belajar kedoktoran kat istanbul, dan lambat lagi nak abis study.. so si lisa ni konon2 datang Istanbul sebab nak belajar Bahasa Turki selama 3 bulan, dan selama 3 bulan tu dia nak pastikan yang Azad ni melamar dia ... kira gatal tak sabar nak kawin la ni... Si Lisa ni plak, dia suka update blog.. sikit2 update blog, sikit2 update blog.. hihi comel betul

Bila dia sampai di Istanbul, Azad tu macam suka tak suka jek dia datang (rupanya ada udang di sebalik mee siam) .. Pd mulanya mereka duduk serumah, tp ada 2 kawan lain la iaitu Aizat dan sapa ntah sorang lagi .. pastu Azad tu suh Lisa cari rumah lain.. sebab tak manis la kan duduk serumah dengan laki2 lain, belum kahwin lak tu..

Si Lisa pun keluar la rumah cari rumah lain.. masalahnya dia kene tipu dengan sorang lelaki turki ni. Lelaki turki ni pi sewakan rumah tu tp sebenarnya rumah tu dah ada penyewa lelaki (Beto) .. Oleh sebab si Lisa ni dah tak de duit nak cari rumah lain (sebab dah bayar deposit pada si penipu tu) lalu dia kene la duduk serumah dengan si Harris (Beto) ni  .. korang tengok la nanti.. aku nak citer semua kang, dah tak best la plak kan.. tp jalan citer dia mmg tak boring .. ada bab gaduh2 sikit, lawak, dan mcam2 la .. nak2 tengok Lisa yang semakin comel lotte semenjak dah kawin ni, geram tau .. dah la dressing dia ala2 cam budak remaja je hehehe


❤❤  lepas ni nak tengok wayang citer apa plak ye?

Friday, November 23, 2012

❤ Tribute Teater Tun Dr Siti Hasmah - Dari Hati Seorang Perempuan ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Sabtu lepas hubby bawak kami anak beranak pi tonton teater Tun Dr. Siti Hasmah.. kalini bawak anak2.. selalunya kalau masuk IB tak leh bawak anak2 (kecuali teater kanak2 la kan) tp kalini boleh. so kami bawak la.. derang pun excited sebab kami kata ala2 tengok wayang.. alhamdulillah mereka mmg baik je dalam tu. risau gak mulut riuh kan










Emily kan, mesti nak duduk kat papa dia

farhan tak mau amik gambar..

cam biasa la sepanjang show, tak leh amik gambar kan. tp dah last2 ni boleh la... yang tengah2 tu Lisa Surihani (pakai kebaya labuh putih dengan kain hitam - watak Tun Dr. Siti Hasmah masa muda)

yang tengah2 tu Eja (pakai baju kurung putih - watak Tun Dr. Siti Hasmah masa dah tua)

Ayat kat bawah ni aku copy dari Oh bulan.. aku tak reti nak karang ayat yer..

Pembukaan teater ini mengisahkan rentetan perjalanan hidup Tun Dr siti Hasmah bersama Tun Dr Mahathir menjalani usia remaja di Universiti Malaya serta berputiknya percintaan mereka yang sungguh romantik sehinggalah menamatkan ijazah kedoktorannya dan berkahwin dengan Tun Dr Mahathir.

Karier beliau bermula apabila bertugas sebagai doktor selepas negara mencapai kemerdekaan. Cabaran getir yang dilalui apabila dihantar bertugas di kawasan kampung yang ketika itu cukup kuat dengan kepercayaan serta amalan perubatan tradisonal.

Lantaran itu, Tun berdepan dengan pelbagai kerenah orang-orang kampung yang tidak yakin pada perubatan moden serta pelbagai rintangan yang dilalui oleh Tun Dr Mahathir sepanjang menjadi Perdana Menteri Ke 4.


❤❤  Pada aku best la teater ni.. sebab kita dapat tengok semangat perjuangan mereka dari dulu sampai sekarang.. ada juga gambar2 Cik Mah masa muda belia, dan yang kelakar masa Che Det tackel Cik Mah, malu2 gitu.... dan juga part masa kat spital dilakonkan oleh Lisa mmg lawak abis ... hehehe

Thursday, November 22, 2012

❤ Cuti-cuti Cinta Bandung ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini kami sekeluarga akan terbang ke Bandung.. tak lama 4 hari jek..  cam biasalah kan naik AA... booking setahun yang lalu, la ni baru dapat pergi.. Cuti kalini bawak anak2 jalan2 ke Bandung.. last mereka ke bandung 2008 .. dah lama tu .. kiranya merasa la 2 kali mereka ke Bandung.. lepas2 tu omak dia jek yang rajin gi bandung. hehehe

2007 - 1st time kami menjejakkan kaki ke Bandung, ikut travel agent.. Farhan nak masuk 3 tahun, Emily 10 bulan (masa ni blom boleh jalan rasa nak patah tangan asyik dukung dia time shopping ) papa, you kurus betul time ni tau...

2008 - second time pi bandung.. masa ni dah stat guna supir sendiri.. Farhan nak masuk 4 tahun, Emily nak masuk 2 tahun .. kalini bawak stoller.. lege sikit

ni kat Tangkuban Perahu.. this time kami dah tak pi dah tangkuban perahu sebab dah pernah 2 kali pi.. cukup la tu kan

tahun 2009 aku tak pi Bandung.. aku pi Pekan Baru.. tapi tahun 2010 aku pi Bandung dengan BFF .. best giler masa ni.. (Sham aku cilok gambar ko.) hahahaha .. masa ni kami lepak kat Kampung Daun..

❤❤ pergi kalini syok.. duit rupiah tengah murah! RM 322 = 1 juta.. murah giler

Wednesday, November 21, 2012

❤ Wordless Wednesday - Hadiah Anniversary ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Thanks abang / papa for the lovely gift .. walaupun anniversary kita dah lepas dua bulan yang lalu, tp ada juga hadiah tanda ingatan dah 9 tahun kita berkawin .. i love you so much ..



❤❤ hubby buat saprise tetiba belikan jam untuk hadiah anniversary.. sedondon lak tu dengan dia.. rezeki la kan .. akan ku jaga ia seperti ku jaga nyawaku.. terima kasih abang .. (yang ada gambar LV kat jam tu yelah casing handphone aku. hehehe)

Tuesday, November 20, 2012

❤ Kursus di Impiana Cherating Resort ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

9 - 11 November haritu aku ada kursus di Cherating.. anjuran kementerian aku ler kan.. jarang PA2 ni dapat kursus di luar pejabat atau erti kata lain, luar dari KL la senang citer.. tp rezeki tahun ni lebih, aku berpeluang pi kursus PA dua kali tahun ni.. sekali kat De Baron Langkawi  haritu, dan kalini di Cherating.. dan haruslah kalau pi kursus ni, ada geng2 sekepala kan.. kalau aku sorang2, mau sangap dalam dewan kursus tu nanti

dengan partner wajib ni.. dari Jabatan Warisan, dia ni ex UiTM aku.. dah 12 tahun kenal.. rumah kami pun dekat2 jek.. senang dengan dia.. sporting abis.... kami naik bas KPKK.

welcome drink.. teh herba.. erkkk tak lalu la plak.. eksyen sudah!

sementara tunggu bilik aku siap, kita pose kat sebelah kolam ni

bilik kami.. cantik u'olls, mengadap laut.. dengar kata dari staff sini, harga untuk satu malam RM400++, tapi yang ni dapat gomen rate la kan.. murah sikit la


katil aku sebelah bilik air.. ada tingkap kecik. hehehe
TV dia flat screen, tp kecik je, saiz komputer tu ha... kat bawah tu dia bg ubat nyamuk letrik

ada astro.. walaupun tak banyak siaran, tp ok la kan?

 
tempat golek2

view dari balkoni.. nyaman jek rasa

lepas solat jamak, malas nak mekap... jom turun pantai

masa santai sebelum kelas mula malam nanti

comel chess pakai kon..

di tepian pantai


Day 2 - harini aku pakai tema pepel oren.. sekali rupanya sama tema dengan company yang handle course aku daaaa..

Ok ni gambar cafe tempat kitaorang bfast, lunch dan dinner

bfast - tekak ala2 omputis gitu

bismillahirahmanirahim

ni la tajuk kursus aku kalini.. Kursus Transformasi Kesetiausahaan

ce tengok folder atas meja tu? sama kan tema aku .. hehehe

comel tak signage toilet kat sini.. terasa kertu plak bila masuk sini..

sungguh tak de kerja.. dalam toilet pun nak amik gambar..

harini kelas abis cepat .. sajer kasi can kami pi beli kopok lekor dan makan sata kat kemaman.. aku tukar seluar la, senang dan ringkas..  opss gambar makan sata, tak sempat amik, sebab hujan2 perut cepat lapo.. tak dan nak snap, laju masuk mulut

Day3 - pagi ni mak tema pink hijau plak tau .. hehe ada2 jek kan? kursus kalini tak bawak baju kurung.. urusetia kata pakai kasual ajer.. boleh la ni.. aku mana ada seluar slack, pakai kain sudah


semalam tekak omputis, harini tekak melayu.. nasi lemak

dengan lempeng .. nyummy

tiba2 mata ai terpandang seseorang.. Chef Zubir!! nampak tak? yang pakai baju harley davidson tu.. dia datang anak beranak tau.. ramah gak dia ni ..

ha baca ni.. aku kasi motivasi sikit

salah sorang penceramah aku Puan Rohani Saad .. baik dan best!

dengan geng2 PA dari Jabatan yang lain tp masih di bawah kementerian yang sama! ada rezeki kita jumpa lagi.. dengarnya nak buat kat Sabah plak.. i likeeeee


❤❤ bila dah selalu jumpa dengan PA2 ni, rasa rapat dan serasi.. semua satu kepala walaupun ada yang mak2, ada yang anak dara.. yang penting semua sporting belaka ...