Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily
Aku nak share satu resipi iaitu Aiskrim Goreng.. aku sebenarnya dapat email mengenai aiskrim goreng ni, so aku nak share la kat korang.. tp aku sendiri tak pernah cuba .. LOL
semua hasil resipi gambar, adalah hakcipta http://merpati66.fotopages.com/ . aku copy balik jer dari situ
letak aiskerim atas roti yg dah lembab
tekankan dengan acuan telur kuat2
jeng2 dah jadi bulat kan...
masuk dlm plastik simpan dlm freezer
goreng atas minyak yg betol2 panas
dah goreng
Ok cara buat aiskerim goreng version sempoiii LOL
aiskerim tak kira lee aper jenis or perisa
roti sandwich -tak kira brand aper janji roti lee :-D
basahkan sedikit roti dengan air biasa supaya lembab
supaya masa menekan dengan acuan roti tak pecah
acuan telur (mcm dlm gambar ya ;-) )
caranya : :-
1. scop aiskerim letak atas sekeping roti
2. ambil lagi satu roti kosong tangkup atas aiskerim tadi
3. tekankan acuan telur atas kedua2 roti tadi - kuat2 sampai roti putus jadi bulat
4. masukkan dlm plastis dan simpan dlm petiais bahagian atas semalaman or 3 jam
5. panaskan kuali letak minyak mcm nak goreng pisang tu...
6.minyak kena betol2 panas - baru gorengkan roti tadi
7. balik2kan supaya kuning kedua2 belah
8. angkat dan hidangkan bersama2 dengan susu cair kalau suka -
Note : air kerim yang digunakan diatas adalah ais kerim potong tau (yang ada kayu kat tengah tu..so buangkan kayunya ajee ) biasa lee nak buat experimen kena guna aiskerim yang murah2 ajee (JANGAN RISAU AISKERIM TU AKAN CARI TAPI KENA GORENG CEPAT NGAN API YANG PANAS2 BETOL ) dan lebihan roti tu jgn membazir lak leh wat pudding roti tau letak cheese ya .. Selamat bersantai dihujung minggu sambil makan aiskerim goreng)





