Friday, September 28, 2012

❤ Matta Fair 2012 ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Dah settle semua urusan kat UTM tu, kitaorang gerak ke PWTC.. hahah ada matta fair la you... haruslah cargas kan.. kot2 la ada tempat idaman nak pi.. Jepun ke, Korea ke, Hong Kong ke. kan kan kan kan.. tak de lah, kitaorang gi cuci2 mata jekk

cam biasa lah kan, kene beratur beli tiket dulu.. nanti dapat bag pink

ada 3 hall. dalam dan luar negeri

terjumpa member plak kat sini .. nampak tak bag pink dia pegang tu.. ha bag tu la kitaorang dapat

ada maskot BERJAYA plak. comel

kitaorang beli tiket Pusat Sains Negara nak tengok Dinosour.. harga tiket murah dari biasa.. sajer beli untuk bawak budak2 hujung minggu kalau tak de plan nak kemana2.. dah alang2 murah, belasah je lah


singgah booth ni .. kita nak beli .........................

yeh! beli tiket Legoland ni ler.. dapat harga murah dari biasa.. haruslah belikan.. jimat sorang RM 40 kalau 4 orang dah jimat RM160 kan? sajer malas buat pass tahunan.. nak buat hapa? bukan kita duduk JB, hari2 or hujung2 minggu leh pi, tp kita duduk KL, turun JB pun ada lah 2-3 kali setahun.. tu pun tak sempat nak pi mana2. so tak yah la beli pass tahunan.. rugi jek.. (pendapat seposen aku jek)

valid sampai Feb2013.. banyak masa lagi aku boleh pikir bila nak pergi ni

sambil2 tu tengok gak pakej2 kat sini..


amik quotation pi HK.. tp tak tau la jadi ke tak perginya

macam best jek pakej Korea tu kan.. jom pergi musim luruh, sure cantik

ni kat booth Poto Travel.. bagus staff dia, siap berbaju melayu bagai.. maklum ler mood hari raya lagi

jangan tak tau, setiap meja di hidangkan dengan kuih muih lagi. hahaha pandai yek amik hati pelanggan

menggeletisnya nak pi Hong Kong Disneyland .. tunggu budak2 besar sikit ler

Universal Studio Japan ni LAGIKKK TERINGIN... tapi compem mahal, "tak mampu ahkak dek non" .. ada spiderman tu hehehehe

ooo i miss Turkey so much ..

jom jom ada sapa2 nak ikut Abang Aaron Aziz??? haha tak dapek ler.. kang harus laki mak jelinggg jek

❤❤ takkan dah penat2 pi tu tak beli apa2 pakej pun? hehehe syyyhhhhh adalahhh

Thursday, September 27, 2012

❤ Sambung Study ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

8 Sept yang lepas, temankan hubby pi daftar kat UTM, Jalan Semarak.. sambung master plak tp part time ler .. rajin bebenau cik abang aku tu nak sambung belajar.. kalau aku, mintak hampun ler.. otak mak dah tepu.. tak pe la bang, i support you la .. opss bukan support duit ler, duit ai tarak, tp ai support you nak belajar, you draf je assignment tu, nanti i tolong type2 kan assignment you ok, ai kan type laju.... so tak de la you terkial2kan .. dan syukur gak, alhamdulillah, hubby dapat biasiswa nak sambung belajar ni. so tak de la rasa perit nak bayar yuran dia yang boleh tahan mahal gak tu..

biasalahkan kalau sambung study mesti bawak x-ray tu kan

i kan isteri mithali, kene la temankan pi daftar.. hehehe





kene isi borang apa ntah..




buat kad matrik..

ok siap register ..... jom bang, kita pi makan ai dah lapar.. lepas ni kita nak kemana plak yer sementara nak tunggu pukul 3 petang ada taklimat kat sini..

❤❤ nak tau kita ke mana lepas ni??? jommm follow

Wednesday, September 26, 2012

❤ Wordless Wednesday .. Fareeda ooo Fareeda ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily


mendobi sebahagian dari tutup kepala ku.. kita dobi week by week la ye.. ** malas nak tayang semua tudung.. heheheh

koleksi terbaru selepas hari raya haritu.. shantekk tak?? yang kiri brooch sampan sweetlove.. yang kanan hot kaler, paddle pop brooch lembing or jin mata satu kot. haahahaha


❤❤ maybe tudung fareeda yang terakhir setakat bulan or tahun ni.. sebab kebanyakkan kaler dah ada.. nak simpan duit pulak, banyak projek lain yang menanti..

Tuesday, September 25, 2012

❤ Herbalife - Insyallah ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok sebenarnya aku dah 2-3 bulan gak amalkan herbalife ni.. ok dah alang2 awal tahun haritu nak diet kan, so kene la cari alternatifnya.. jangan duk pukul canang BERAZAM nak kurus, tp tak buat apa2.. tau2 dah kurus, mana la bolehkan.. ok kat sini aku just nak citer je aku sekarang consume Herbalife.. aku bukan nak promote giler2 or pong pang pong pang kat semorang, sebab kalau aku tak bitau pun aku rasa ramai dah tau kelebihan Herbalife ni.. dah tentu banyak testimoni2 yang semua orang pernah lihat.. maybe ramai yang takut nak mencuba, terpulang pada masing2.. ada yang kata tak nak cuba, sebab mahal, apa kata tepuk dada tanya poket... sebenarnya tak la mahal mana, kalau korang tau nak ekjas cemana kewangan korang.. kalau dicampur, dibahagi didarab harga HL ini, sama macam duit yang korang guna time beli breakfast atau dinner untuk sebulan tau... kat sini aku sajer nak share dengan korang, kalau nak beli boleh je melalui aku, tak de hal dan tiada paksaan.. aku tak untung atau rugi apa2. hehehe

tiap2 hari kene minum teamix ni.. kalau larat aku minum la dalam 1 liter teamix.. nak lg bagus coach aku cakap minum ler lebih..

ni ler bancuhan shake yang aku buat..  (F1 + F2 Strawberry + pisang + 200 ml air sejuk + 200 ml susu rendah lemak HL = Banana Strawberry Shake.

** abaikan kakiku yang buruk... gambar timbang tak leh besar2. malu.. hehehe ni adalah berat aku pada sebelum puasa .. alhamdulillah angka tu dah turun 2-3 kg  .. happy sangat2 walaupun turun tak la mendadak atau banyak macam orang lain, almaklum ler lemak tepu dah bertahun2 bermaharaja lela dalam badan ni .. masa raya haritu aku stop lama jugak dan berat aku menten tak naik.. minggu ni aku start balik berHL dan alhamdulillah aku dah turun lg sekilo..



❤ ❤ aku target dalam masa 2 bulan lagi berat aku turun atleast 5 kg lagi.. dan lepas tu kalau boleh turun sampai la 50kg.. insyallah kalau dah turun sikit lagi aku share kat sini lagi ok..

Monday, September 24, 2012

❤ Open House di Office ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ada jamuan raya minggu last raya tu.. meriah gak la kalini.. tiap2 department kene buat gerai dan ada pertandingan gerai tercantik.. tp koser la aku nak snap semua pic kan. so snap apa yang ada je la.. alhamdulillah food banyak gak, sampai tak tau nak makan apa.. mujur masih dalam kesedaran dan kewarasan.. rasa nak membedal semua jer.. tp otak kata, stop stop stop, kang bercabut kancing kang, nahas jek.. hehehe


tu dia.. menarik gak gerai nampak ni

masing2 cuba menarik perhatian pengujung menuju ke gerai derang

our KP & TKP tengah buat lawatan dari gerai ke gerai

MC haritu.. kemain matching kasut dengan samping..

gerai ni semua kuih muih tradisional

penjual nasi lemak sesat.. hehehe

kemain dia bg flying kiss yek.. hahaha lelaki ni!


cokctail

roti jala.. sebelah kiri kuah durian, sebelah kanan kuah kari .. dua2 aku pulun



nampak tak apa tu... KAMBEN GOLEK..

tu dia chef jemputan tengah potong kamben, terpercik2 air kamben ni keluar.. Juicy gitew

terliur tak...

kan aku dah cakap, 2-2 aku pulun

dengan PA KP

cocktail yang lemak2 manis gitu

satay pulak.. adoiii hilang ingatan ni makan banyak2

awat la aku makin hitam legam ni


❤❤ berakhir sudah kisah raya 2012.. kita nantikan raya tahun depan pulak .. insyallah jika panjang umur..