Thursday, January 27, 2011

❤ Selamat Hari Jadi Mak ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini hari lahir mak aku yang ke 58. Doa aku agar mak diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan diberkati oleh Allah s.w.t..

Insyallah CNY nanti, kami anak2 mak semua balik.. kita pi makan2 yer, beli kek..  tunggu kami balik yer.


ni gambar celebrate tahun lepas.. kejap jer kan. rasa macam baru jer celebrate, alih2 dah setahun rupanya .. walauapa pun, kami semua sayangkan mak.. mana ada orang tak sayangkan mak mereka kan??

Tuesday, January 25, 2011

❤ Aksi rempit ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini tak de bahan nak citer.. kebetulan dalam kamera ada gambar ni.. heheh sebenarnya ni kat kat Carefour Wangsu Maju.. masa ni nak gi amik langsir kat Nagoya.. so sebelum amik, layan budak2 dulu..

Korang tengok la kemain lagi menonggek si emily tu membonceng farhan.. dah macm minah rempit.. ishk mintak selisih la kan.. tak mo la dah beso nanti jadi minah rempit.. beria2 si farhan bawak motorbike tu..


tu dia.. kemain peluk lagi abang dia.. cam peluk boipren jer kan.


ok tu ajer.. sori la tak de modal nak citer ni..heheheh

Monday, January 24, 2011

❤ Ayam Penyet Ria ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ni citer last week.. pergi makan Ayam Penyet Ria kat belakang Wangsa Walk. lama tak makan ayam penyet.. sesekali makan ok la kannnn..



 aku cam biasa la mesti amik Lele Penyet


my hubby pulak Ayam Penyet


sapa suka teh botol sila angkat tangan..


aku punya Soda Gembira / Happy Soda


amik sup ekor.. tak de la kering makan nasi tu kan




extra sambal..

 

Sedap jugak la, tapi tak leh lawan Ayam Penyet Pak Chi Met kat Bandung.. eh tetiba mood nak pi Bandung pulak.. heheheh

Friday, January 21, 2011

❤ Susun-susun Fridge Magnet ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Seperti sedia maklum, aku baru pindah rumah.. kebetulan pada hari jadi my hubby yang lepas, kami susun semula semua fridge2 magnet yang ada.. sebelum pindah aku simpan semuanya dalam bekas biskut dan bekas kopi ni.. sayang woo kalau pecah or hilang..


ni antara FM yang belum dilekatkan esbox


ni farhan tunjuk gambar dia .. dah lama aku beli frame FM ni.. masa aku ke Gold Coast Australia pada
tahun 2005.


masa ni aku layan jer la farhan dan emily lekat FM ni.. depa lekatkan sembarangan jer.. asal boleh




ni ler hasilnyer.. berterabur... tak mengikut kategori langsung.. hehehe .. tapi tak pe, janji korang ada niat nak tolong mama kan...


ok ni hasil yang aku buat sendiri.. terusun la sikitkan..


ok kita mulai dengan bahagian tepi esbok.. aku lekat semua FM dari oversea... kenapa sebelah tepi?? sebabnya kat tepi tak menggangu .. kalau letak bahagian depan nanti takut anak2 aku terlanggar2 FM ni masa bukak esbok.. kang tak pasal2 jatuh.. dan tak pasal2 aku jadi tarzan rimba kang.. aku paling sayang FM dari oversea ni tau..


yang dari jepun tu suami Eija bagi aku... yang London di tengah2 tu, dari Shah suami Cik Puan Lieya Latif yang bagi.. yang London di bawah tu opismate aku bagi..


yang ni 2-2 dari Hong Kong Disneyland.. yang atas, opismate bagi dan yang bawah Cik Puan Hirda yang bagi..


yang ni semua dari Singapore.. aku beli sendiri masa ke sana tahun 2009.


yang ni FM Dublin dari Mekda dan Niagara Fall dari Opismate ..


yang ni dari bandung.. yer my hubby beli dan aku sendiri gak..


yang ni dari Medan.. aku beli la..


semua yang Gold Coast aku beli sendiri kecuali yang dari Sydney tu, As bagi..


yang ni dari Thailand, yang binatang2 tu semua dari Safari dia.. my hubby beli masa ada lawatan opis dia ke sana


yang ni dari negeri Beijing China.. my hubby yang beli masa ikut rombongan opis dia


ok untuk bahagian atas esbox, aku letak FM dalam negara la..


yang ni dari Sarawak.. aku ke sarawak tahun 2005 .. opss yang hujung kiri tu Cik Puan Hirda yang bagi


yang ni dari melaka


yang ni dari Sabah.. aku beli masa ke sana tahun 2006 ... kecuali yang tapak tangan tu Cik Puan Lieya bagi


yang ni dari Langkawi.. aku beli masa tahun 2007


yang ni pulak kat bahagian bawah esbok


yang ni antara favourite aku.. koleksi FM makanan.. ada nasi ayam, asam pedas, char kuey teow, roti canai, satey (ada sompek sikit huhuhuhu) dan kuih pau ... yang typewriter, dan 2 handbag tu kawan aku hadiahkan


yang ni koleksi dari Cameron Highland.. yang jagung tu Cik Puan Sham bagi.. yang lain2 tu aku beli sendiri .. yang kelakar tu, masa beli boleh tak perasan, ada 2 keping tu dia tulis Genting Highland, padahal aku beli kat Cameron Highland, ntah cemana boleh tak perasan masa beli tu .. yang lagi 2 tu aku beli di Gambang Waterpak..


yang terakhir ni, FM peta Johor.. i kan anak jati johor..


sebenarnya banyak lagi FM tp kat opis.. ada dari Vietnam, dari Holland, dari Geneva dan lain2 lagi.. semua opismate bagi.. alhamdulillah murah rezeki aku, dan murah rezeki orang yang sudi bagi kat aku ..

Tuesday, January 18, 2011

❤ Bora Ombak ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Malam lepas celebrate kat rumah, kami plan nak pi makan kat Bora Ombak. area2 Ampang .. kiranya lepas maghrib kami pun pi ke sana..



cuaca agak hujan gerimis jadi kami tak dapat duduk kat area luar (view lebih cantik) so kami terpaksa duduk dalam (keadaan macam dalam hall gitu)


Nasib kami baik sebab ada tempat duduk lagi.. sebab rata2 dah ada orang booking meja..kat situ ada 2 penyanyi yang akan menghiburkan para tetamu yang datang..


ntah apa angin, anak2 aku leh lak tak malu pi joget2 kat depan sana.. si penyanyi pun dok melayan depa menari kat depan tu.. aku snap agak jauh tu pasal gelap jer

last2 farhan lari tinggalkan emily menari sorang2 kat depan

my hubby memang suka teh botol. so dia amik teh peach ..


ni aku punya ..


dah puas menari, duduk diam2 kita nak makan





sotong spicy crispy


my hubby punya.. bab nama2 ni aku mmg fail la nak ingat.. tp dia makan ikan salmon


aku punya - yang pasti ayam ... yang paling sedap ada salad mangga..


budak2 makan mee goreng.. tp sedapppppppppppp walaupun nampak biasa2 jer



haha sabotaj anak sendiri.. tengok muka farhan


tengok muka emily pulak.. slurppppppppp


VERY IMPORTANT PERSON in my life...


i love this pic so much.. cool huh?


last but not least.. gambar kat skuter antik kat luar Bora Ombak.. cun gak kan


my hubby kata besday dia pergi BORAK OMBAK, so nanti besday aku kita pergi BORA ASMARA pulak.. boleh???? hahahahahahah <--- gelak jahat sebab dalam otak nak pi makan pat lain .. (ampun bang)