Tuesday, July 31, 2012

❤ Fridge Magnet (FM) Istanbul, Mesir, London & Cameron Highland ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Kalau ada peminat aku yang tau (pirahhhh peminat konon, ko bajet ko retis ke dek non!! muahahaha) aku mmg minat giler dengan FM.. mmg kalau ke mana2 aku akan cari FM dulu, pastu baru souvenir lain2.. so dah alang2 sampai ke Turki kan, haruslah mencari ...

FM Istanbul jenis getah.. susah giler nak cari jenis getah.. mujur jumpa
FM Bendera Turki - yang 4 segi tu jenis kad, dan yang bentuk peta tu jenis metal .. keras

yang ni jenis batu .. mudah pecah.. tp beli gak sebab nampak unik . nampak tak yang FM tulisan Istanbul tu dah retak
yang ni satu batu satu lagi plastik
Ok yang ni plak, kan lepas aku balik dari Umrah, aku pergi Cameron Highland.. kiranya last aku pergi 2 thn lepas, masa tu FM dia semua jenis batu yang mudah pecah.. tp kalini aku berhasil dapat FM yang jenis getah punya.. mmg suka giler la.. tak hagak2 semua jenis FM getah aku borong..
 
hok ni kenit2 jer... comel kan? actually aku malas beli yang ni, tp direquest plak oleh Emily.. dah menurun rupanya minat aku kat dia
yang ni pun getah.. aku sekarang ni suka betul kumpul FM jenis tulisan or wording macam ni. nak2 tulisan tu nama tempat yang aku dah pergi, so that aku tau la aku dah sampai situ
 
yang ni sham jumpa kat FB .. dia inform kat aku kot2 kalau aku ada jumpa kat CH nanti. so alhamdulillah aku jumpa.. suka sangat!
hok ni pun sama.. besar gak FM ni, puas hati okeh

yang ni plak kawan aku bagi.. kenal kat group forum CARI.. sama2 pergi umrah.. tp dia ziarah CAIRO, aku lawat Istanbul, so kami sama2 buat sistem barter.. tukar2 FM. heheh best kan?
ni plak my adik angkat masa sekolah SIGS dulu yang bagi.. thanks dear Izreene Panis (dia ni rajin jalan, selalu bg aku FM)


 ❤❤  ada sapa2 nak hadiah atau kasi saya FM.. hehehe

Monday, July 30, 2012

❤ Frame Canvas ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Persiapan raya dah siap? rumah dah cat? langsir dah tukar? karpet dah berganti? sofa beli baru tak. hehehehe aku tak de apa2 pun pertukaran buat masa .. semua masih mengekalkan perabot, karpet dan langsir yang sama.. tp untuk menaikkan seri rumah di hari raya.. aku telah menempah frame canvas.. actually dari last year aku dah tempah frame canvas.. dah siap gantung pun kat rumah di rumah pun.. jom tengok frame canvas last year yang aku dah gantung kat rumah

nun di kiri hall, aku letak pic Raya tahun 2009.. sebelahnya pic Farhan sengsorang dengan baju raya .. jap lagi aku snap close up ok..
di sebelah kanan ni plak aku buh atas TV.. gambar tahun tahun 2010 .. sebelahnya pic Emily sengsorang
 
ni ler dia nya.. sorry la gambar semua ala2 kelam malam gitu.. maklum ler snap gambar pakai zoom, tangan lak parkinson sebab tengah puasa.. gambar ni saiz 20 x 30
gambar ni saiz 18 x24
ni plak gambar ni saiz 20 x 30

yang ni sama saiz macam pi emily sengsorang tu



ni plak pic dua badik tu kat hall tingkat atas..
hat ni plak, gambar i dengan en suami i ler kan.. kat dalam bilik gitu


sebelah gambar tadi.. gambar ni saiz 18 x 24

Ok for this year, aku dah tempah lagi sekali pic raya tahun 2011 plak dan beberapa gambar yang lain .. baru jek amik ni minggu lepas... 


heheh ni la gambar yang sama macam kat header atas tu.. kalini photoshoot kat studio, tu yang nampak putih ajer backgroundnya.. saiz 20 x 30

ni gambar dengan en suami, cam biasa lah untuk letak lam bilik cam gambar berdua di atas tadi tu.. saiz 18 x 24

ok tak lupa juga aku ada tempah beberapa lagi frame canvas masa pi Umrah, dan juga aku ada tempah masa promotion dulu 12 x 12 sebanyak 6 keping

sayang gambar kenangan terindah ini
ni bukan gambar aku.. ini mak aku pi umrah 2 tahun lepas.. baru sempat buatkan dia frame canvas ni. nak hadiahkan kat dia sempena raya nanti.. semua ini saiz 12 x 12

gambar pi USS awal tahun haritu.. saiz 12 x 12

saiz 12 x 12
aku pun tak tau apa motif aku framekan gambar ni.. gambar tahun 2007 okeh. adakah sebab masa ni kami laki bini kurus??? ooo sila la berazam nak kurus macam ni balik.. saiz 12 x 12

Aku tempah melalui online jek.. kat The Perfect Canvas.. tp ada banyak lagi tempat yang korang boleh tempah.. kat bawah ni harga sebenar sebelum promosi.. tp skarang ni tengah ada promosi.. sila la cari mereka di FB yek..

saiz 20 x 30 = RM150
saiz 18 x 24 = RM130
saiz 12 x 12 = RM 100 (3 keping)


❤❤ tak sabar nak frame canvas gambar raya tahun 2012 ni pulak... insyallah akan buat photoshoot raya lagi..

Friday, July 27, 2012

❤ De Baron Resort, Langkawi ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok ni bukan cuti2 mesia.. aku ada kursus Pemantapan Setiausaha Pejabat pada 4 Julai hingga 6 Julai 2012 anjuran Kementerian aku ler..oleh sebab kami naik bas ke Langkawi, so kami bergerak malam 3 Julai tu.. dan sampai di Kuala Perlis pada jam 6.30 pagi.. kami naik ferry pada jam 9.00 pagi dan tiba di Langkawi pada jam 10.30 pagi la lebih kurang..  gambar di Kuala Perlis dan dalam ferry nan ado.. tak de mood nak snap sebab semua tak mandi pagi lagi. hehehehe.. moh kita tengok bilik di De Baron Langkawi ni.. hotel ni pelik sikit.. hotelnya depan mengadap laut, dan hotel kami ni terpisah .. kene lintas jalan.. sat lagi mesti korang paham apa aku cakap ni

bilik dia not bad.. besar gak.. katil semua selesa la

tp bab siaran TV agak fail disitu.. siaranya bergegar.. cam semut aku tengok TV
almari dia konsep Open Wardrobe.. tak de pintu..
kupon makan
 
ha ni la dia.. ni pemandangan dari bilik aku..nampak tak signboard hotel tu.. depan tu la lobby hotel.. dan mengadap laut.. hotel kami ni macam terpisah sikit ler.. kene lintas jalan.. kelas kuliah kami pun kat hotel belah sana

Oleh sebab kelas akan bermula malam, so siang tu kami bersantai2 pi tempat jual gamat, idaman suri, HIG dan RAMS (tp aku tak amik gambar pun)..

penuh asap.. abis tudung baju semua bau asap. heheheheh

gamat yang dah dimasak




hasil borongan coklat di Idaman Suri, HIG dan RAMS
breakfast dia terbaik la.. nampak tu.. jemput2 putih tau.. sedap giler, macam mak buat kat kampung.. pastu siap ada sambal nasi lemak.. berketul2 aku bedal sampai berpeluh2 ...
besar giler pool dia. cantik lak tu
 
group aku..

satu2 nya geng dari Arkib.. yang lain dari jabatan/kementerian lain2

posing2 sebelum kami balik ke Kuala Lumpur (heheh citer pasal kursus nan ado, aku malas snap)

geng satu kepala yang macam nak pecah perut aku asyik gelak je.. (apasal mata ko stimmmm ni mimi)

tak puas gi Langkawi, next time nak pi dengan en suami dan anak2 plak..


 ❤❤ Ok sangat hotel ni.. ownernya orang melayu, food bg aku ok .. sedap, pool dia menarik.. lokasi paling best sebab dekat giler dengan RAMS kedai jual coklat tu.. so kalau hari terakhir nak check out pun kalau tak sompek beli coklat kat tempat lain, leh jalan kaki jek beli kat RAMS.. coklatnya pun antara termurah dari kedai lain2.. percayalahhh

Thursday, July 26, 2012

❤ Berkaraoke bersama BFF ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ni cerita 2 minggu sudah, sebelum puasa tau.. cam biasa aku & bff rajin beli kat groupon. so kalini sajer beli groupon karok la plak.. sajer melepaskan tension dan stress. jangan risau kami menyanyi tanpa lelaki okeh. dan paling penting, kami semua pergi dengan keizinan en suami masing2 yer..LIEYA, SHAM, HIRDA dah buat entry mengenai citer ni, aku jer baru terhegeh2 nak buat


ko tengok la BFF aku tarik suara.. gempak sih

siap ada minum.. 2 kali refill

makan pun ada.. tp tak leh refill ler. heehhe
gigih kawan2 aku ni. sorang sibuk cari lagu, sorang lgi sibuk upload kat facebook. heheh
tu dia.. sham tengah feeling2 lagu francisca peter..
tak ingat la kitaorang nyanyi lagu apa time ni


time ni tengah ready nak nyanyi lagu Amelina.. Ah Ah



 
masa ni kitaorang bertiga nyanyi lagu KINI - feminin..(mengimbau kenangan lalu)
pic - dari kamera lieya
 

maklum ler kami kan sekolah menengah tahun 90-an

rehat sat.. isi tangki

 Lieya @ Basanova



 ❤❤  bulan puasa ni tak leh karok la.. kene bertadarus plak