Friday, August 30, 2013

Happy 10th Anniversary

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily


10 tahun hidup bersamamu melalui pelabagai dugaan pahit dan manis menjadikan kita lebih tabah dan kuat. Saat yang paling manis apabila Allah mengurniakan kita sepasang cahayamata yang comel dan dugaan yang paling sakit dan perit apabila kita difitnah dan ditomah.. Alhamdulillah kita masih mampu tersenyum dan bersabar.. kerana bersabar itu buahnya manis.

Selamat Ulangtahun yang ke 10 abang..

Thursday, August 29, 2013

Open House lagi

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Hari Sabtu lepas, aku pergi rumah Hirda.. ada makan2 sikit.. petang tu ada majlis bertunang adik kawan asben aku. so nak pi kenduri tunangkan, kenelah pakai sopan2 kan. takkan nak pakai seluar jeans pulak. hehehhe so aku pakai la baju kurung batik sutera rama-rama beli kat Kelantan bulan 2 haritu. pastu masa beli batik sutera tu kebetulan beli tudung bawal sulam atas kepala.. dah lama betul tak pakai tudung bawal.. kekok gak rasanya..

masa ni aku tunggu anak2 balik dari sekolah.. sabtu tu ada sekolah ganti sempena nak raya haritu.. pastu sekolah ada buat jamuan hari raya..
berdedai-dedai budak2 balik sekolah pakai baju raya..

masa ni emily turun dulu.. baru tunggu farhan

malu nak pakai baju melayu tema tahun ni.. kaler pink kan.. so haruslah tak mo pakai si farhan. so aku pakaikan dia baju melayu kaler hijau pucuk pisang ..
Dah amik budak2 terus gerak ke rumah hirda.. lalu federal highway, tak sangka jem la pulak.. 2 jam baru sampai rumah hirda.. stress giler2 aku.. mesti orang ramai nak pi beropen house jugak ni.. sampai2 je rumah, lieya dan sham dah ada.. dah siap makan pun.. so kami pun makan je lauk yg dihidangkan tuan rumah..

rajin hirda masak pulut kuning sempena besday hazry 31 ogos ni.. tahun ni tak potong kek, potong pulut kuning.. pandai hirda masak

hardy standby pegang pisau potong pulut sebab adik dia tak reti lagi.. kira dia sambut sekali la tu..

omak2 yang cun sebelum balik.. hehehe


Ni citer hari ahad plak.... gigih 2-2 hari aku pi beraya pakai baju kurungkan. hahahaha. tahun ni tak sempat nak beli blouse cecantik, banyak blouse lama2 yang besar2 tu .. so pakai la baju kurung jelah.. pastu terasa2 nak pakai shawl plak.. aku suka plak shawl ni.. kain dia lembut memeri.. senang nak pakai.. walaupun pakai shawl ni muka agak membulat, tp mmg selesa la.. rasa nak beralih arah plak pakai shawl gini.. oh ye, aku rasa aku dah naik la 2-3 kilo.. gara2 open house la ni (haha nak salahkan open house la plak, padahal ko yang makan tak hingat dunia) so insyallah start 1 September ni aku akan puasa 2 minggu..nak reinduction sekali lagi .. nak tengok berapa kilo aku boleh turun kalini.. harap2 dpt turun lg 5 kilo.. nanti aku update ye..

pakai kamera cabuk, gambar pun blur2 je




Ok jumpa lagi..

Wednesday, August 28, 2013

Wordless Wednesday - Jubah yang sama, Orang yang sama

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

                          2012                                                                       2013


Tuesday, August 27, 2013

Raya ke 6 tengok wayang The Smurfs 2

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Hehehe tak abis lagi citer pasal raya ek.. dah nama hari raya kan.. belasah je lah, janji ada mood nak citer.. oklah oleh kerana tahun ni raya di Kulai dulu, mak aku plan nak masak nasi jagung pada hari raya ke 6 ni untuk anak2 yang tak pulang dipagi raya haritu .. aku memang teringin nak makan. selalu kalau raya pertama kat rumah mak, mesti aku dapat makan nasi wajib ni. hehehe so kalini walaupun dah raya ke 6 pun, tetap mak masak nasi jagung ni.. barulah feeling2 raya kan...

nasi jagung

ayam masak merah

acar jelatah

air cendol satu jug .. heheheh

Udah kenyang makan, kami adik beradik pi mengait buah rambutan.. untuk dimakan dan dibawa pulang ke KL nanti.. banyak gak adik aku kait.. lgpun tak tinggi pokok ni. rendah giler.. boleh petik dengan tangan.. tak caya? moh tengok

adik aku kait yang tinggi... yang rendah2 petik dengan tangan je


penuh satu kete sorong

haa tengok?? betapa rendahnya pokok buah rambutan ni...emily pun leh petik dengan jari tau.. tak yah jinjit kaki..


aku pun nak eksyen gak petik dengan jari. hehehe
Petang2 aku bawak budak2 pi tengok Smurfs 2.. tp tengok versi alih suara... sebab nak dengar suara Pak Nil, Lisa Surihani dan Elfira Loy.. 3 orang ni mmg aku minat sangat. comel je dengar suara derang






tak ramai harini.. orang sibuk beraya, aku sibuk tengok wayang.. punyalah lapang kat depan tu. hehehehe

Monday, August 26, 2013

Raya ke 5 .. ambil gambar studio

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Hari Raya ke 5, kami satu family besar -kakak dan adik2 aku plan nak amik gambar raya kat studio.. untuk letak kat rumah mak.. so kami pakai semula baju raya pertama la..

Ni kat ruangan menunggu.. sementara tu ada family lain buat photoshoot gak.. kitaorang tengok dulu





sabar ye anak2..

this time aku saje je pakai tudung biru. nak nampak lain. hehehe belasah je lah



aku - adik ipar, kakak, mak, dan adik ipar


adik, abang ipar, asben aku dan adik

anak2 kakak dan yang hujung anak adik



mak dan cucu-cucunya

Pastu kitaorang pi beraya sebuah rumah je.. rumah bapak sedara..





itu ajer .. raya di segamat.. mmg kami tak kemana2 pun..

Friday, August 23, 2013

Raya ke 4 kita balik berhari raya di Segamat

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Kejap je dah raya ke 4.. turn balik kampung segamat.. raya tahun ni mcm tak de apa2 sangat.. tak beraya pun beria2 mcm orang lain. ntah la tak tau kenapa.. ok harini nak balik kampung aku, kene la pakai baju raya jugakkan.. lgpun nak singgah rumah Zana, blogger dari Kluang juga..

ala2 gyiyomi la ni


kami berdua pun kuning jugak. hehehe


ibu dan anak.. ni aku copy gambar dari fb aku.. tu pasal gambar tak clear sangat




kat luar rumah sebelum balik
Dalam tengahari juga kami gerak ke kluang juga sebab nak singgah rumah Zana. nak tengok baby Aryan.. comel sangat.. gebu dan suka sengeh..


ni la Zana Nordin.. kenal tak... dia pun dah makin kurus..
Lepas dah gerak dari kluang, kami terus pulang ke segamat.. malam tu dah janji dengan blogger Zarina pula.. tp dia ni dah lama tak update blog.. dia duduk muar, tp balik beraya kat rumah mak dia di Bt Anam.. alang2 dia sampai sini.. lama tak jumpa dia.. rindu gak..

muka pun dah berkilat.. dah malam, tak dan nak solek2 lagi

Thursday, August 22, 2013

Raya ke 3 kita ke Kluang

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok harini nak citer pasal hari raya ke 3.. kita skip raya kedua sebab tak pi mana2 pun.. duduk rumah menunggu kunjungan orang datang beraya.. hari raya ke 3 kami gerak ke Kluang.. pergi rumah mak dan bapa saudara sebelah asben.. kitaorang gerak dalam kul 12 tengahari.. dan sampai sana lebih kurang kul 1 petang.. mmg mak saudara dah pesan, dia nak jamu makan tengahari..




ni semua anak2 saudara asben.. dah besar dah.. yang sebelah aku tu nak kawin 30 ogos ni.. sama pulak tu dengan anniversary kami..   yang pompuan tu adik dia

ni anak sedara punya isteri.. kakak ipar kepada yang nak kawin tu. hahah mesti korang pening




raya ni asyik makan, pipi pun mcm nak tembam






yang tengah2 tu bapa saudara dan yang hujung berdiri tu mak saudara



pasangan kekasih selamanya. heheheh