Wednesday, December 30, 2015

Farhan & Emily Hello Gold Coast Australia - Day 2

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Hari kedua, seawal pagi kami dah bangun untuk siapkan sarapan dan bekalan untuk masuk ke Seaworld.  pagi tu kami just buat sarapan ringan sandwich telur dan sardin je.. 



Sementara tu gerakkan anak-anak suruh derang mandi kolam.. apartment aku view kolam renang.. so papa-papa boleh tengok-tengokkan anak dari balcony aje



Sementara tu aku panaskan nasi goreng kampung Sharifah.. boleh je nak panaskan microwave.. tp aku lg suka rendam dalam air panas.. rasa nasi tu lebih lembut.. aku just boil air dalam rice cooker pastu rendam nasi segera ni beberapa minit.


boleh try nasi goreng Sharifah ni.. sedap juga

2 bekas untuk 2 family.. nampak mcm sikitkan... tp alhamdulillah cukup untuk semua orang.. makan untuk alas perut, bukan makan sampai tersandar kekenyangan..

ni area carpark apartment aku.. bawah bangunan.. siap ada gate bertutup lagi nak masuk parking bawah bangunan. sangat2 secure ...  kene bukak dengan kunci khas..



Harini turn suami aku drive .. gilir2 dengan suami kawan.. set gps dan gerak.. bila dah seminggu kat GC alhamdulillah senang ajer bandar ni.. tak susah pun jalannya.. percayalah kalau betul2 faham jalan mmg tak akan sesat.




 Yeh kami dah sampai 



Kami beli tiket online.. sampai kat sana kene buat pass bagai.. kiranya pass tu kene simpan sebab nnti nak masuk movie world pulak.. harga tiket dan nak beli tiket dimana nanti aku bagitau dlm entry lain ye.





kanak2 ribena 









Ok kat sini ada kejadian yang tak berapa best.. mmg sebelum masuk dlm themepark ni, aku dah nampak asap mcm ada benda terbakar dr arah Seaworld (SW).. tp masa tu tak terfikir apa pun.. tp bila dah masuk dalam setengah jam dan dah duduk kat area nak tengok show dolphin kami diarahkan untuk tinggalkan tempat ni untuk sementara waktu. sebab ada hutan di belakang SW ni terbakar.. masa tu barulah nampak asap berkepul-kepul dan debu-debu berterbangan di atas bag aku.. so kami decide kita keluar terus dari SW ni dari tunggu untuk masuk semula.. kalau sekejap tak pelah. kalau kene tunggu lama, tak ke buang masa.. baik pergi tempat lain. nanti boleh repeat lagi memandangkan tiket yang aku beli tu boleh masuk bnyak kali pun ...


ms ni dah nak keluar dari tempat dolphin.. nampak tak dolphin tu.. mmg jinak



nampak tak asap2 tu.. mmg udara sangat tidak menyenangkan



sempat singgah tempat peguin.. comelkan 




dengan tapak sulaiman
Lepas keluar dari SW kami terus ke Harbour Town.. nak tengok apa yang ada sebab ramai yg review kene datang sini kalau ke GC... then set gps dan akhirnya sampai sini..



kami singgah di Asian Grocers

mcm2 ada kat sini dan ada barang yang halal juga. pendek kata tak susah juga nak cari barang makanan, cuma mahal sikitlah kan


cencalok dengan belacan pun ada.. 

sayur pun murah2


pastu kami berhenti berehat.. bukak bekalan dan makan

rileks je kami bukak bekalan makanan. tak de pun yang pandang serong ke hapa.. santai sungguhlah duduk sini


Kat sini kami mmg banyak makan dari bekalan berbanding makan luar.. mmg sangat menjimatkan.. yelah kalau setiap kali makan aud 20-aud 30 tak lari.. dalam RM60-RM90 sekali makan.. mana boleh tahan... 







pastu kami cari tempat untuk solat jamak zuhur asar







Dah puas ronda2 kat HT, kami terus ke Surfer Paradise, time untuk shopping souvinirs.. kami park lg di tempat kami park semalam.. dapat free parking lagi..  hehehe


tram lalu lalang je belakang tu.. 


tram berselisih


barulah dapat amik gambar kat belakang HRC
mat saleh dan minah saleh ni request nak amik gambar dengan budak2 ni.. 
ok kedai ni aku mmg rekemen lah.. sebab owner dia org malaysia.. baik hati dan pemurah jugak.. aku beli banyak gak barang, dia bg aku bag yang aku pegang tu dengan keychain percuma.. orang lain pun dapat gak percuma. rasanya ramai dah tau pasal kedai ni.. tak susah cari.. 

inilah owner dia.. lupa lak nama dia

malam tu kami makan nasi dan buah-buahan yang beli di Asian Grocer di Harbour Town

Nasi Goreng Ayam Brahims untuk dinner malam ni

dinner kat apartment aje mlm ni.. 

Insyallah nanti aku sambung lagi ye..

1 comment:

Hida Kadiso said...

nasik goreng kampung tu nampak cam best.. senang kalau nak pegi bejalan2 ke luar negara kan..