Mama Farhan & Emily
Citer ni dah lama sebenarnya.. masa cuti CNY haritu. Baru perasan tersadai dlm draft je.. so harini ada free sikit, aku updatelah.. untuk kenangan Emily dan Farhan..
Minggu nak CNY tu En Asben dah drive ke JB awal2.. dia mmg outstation kat sana 3 hari minggu CNY tu.. dia bagitau aku dah alang2 dia kat sana, jom la balik kampung dia di kulai .. jadi dia belikan aku dan anak2 tiket flight Firefly pd hari Jumaat .. mmg aku request nak naik dari Subang, sebab dekat.. tak mau naik AA di KLIA2.. jauh pulak aku nak ke sana.. hari Jumaat terbanglah aku 3 beranak ke JB.. 1st time naik FF.. duduk plak tepi kipas.. nampak kipas berpusing.. alahai seram.. hahaha
excited nak jumpa papa |
aku duduk dengan Farhan.. Emily duduk sebelah .. |
Kami sampai 45 minit kemudian ... kejap aje kan KL - JB .. malam tu En Asben bawak kami ke kilang bateri makan-makan dan jalan-jalan .. dan kami bermalam di hotel puteri facific.. Esoknya En Asben bawak kami ke Angry Bird Park..
harga tiket dan pakej |
Kalau nak masuk sini, bawak stokin siap2 ye.. kami ni manalah tau.. so tak bawak.. terpaksalah beli kat daiso. mujur sebelah tu jek.. hehe.. kat bawah biarlah gambar berbicara.. aku tak reti nak citer.
Kami beli pakej Family Pass dapat percuma ambil gambar saiz 5R ni.. jadiklah buat kenang-kenangan.. rasanya Angry Bird Park ni lebih sesuai untuk kanak2 yg masih kecil.. tempatnya pun tak besar mana.. tp still budak2 enjoylah ... ada game cari telur emas.. nti dapat hadiah dari pihak Angry Bird..
1 comment:
trmpat baru lagi..org pun tak berapa tahu kan tempat nie.
Post a Comment