Monday, September 18, 2017

Anniversary Trip - Hotel Pines Melaka - Pool Side Suite / Dinner @ Hard Rock Cafe

Salam Bismillah 
Mama Farhan & Emily

Lama betul aku menyepikan diri.. mood kadang2 takde. kadang2 pulak sibuk dengan kerja.. ok harini aku nak share sikit mengenai short trip ke Melaka tempohari.. sempena annivesary kami yg ke 14 tahun.. sebenarnya anniversary kami setiap tahun pada 30 Ogos dan selalunya kami akan sambung holiday pada 31 Ogos lah sebab cuti Merdeka kan.. tp oleh sebab cuti tahun ni bersambung dengan hari raya haji maka kami tak boleh la cuti lama2 sebab nak balik kampung.. mula2 plan nak ke PD tp fikir2 balik sure jalan jem dari PD nak ke selatan, so aku cadangkan kat suami kita ke Melaka saje sebab dari tol ayer keroh pun tak jauh ke tol tangkak .. jimat masa dan insyallah tak jem .. so surveylah aku harga2 dan hotel mana yg best.. memang banyak juga hotel best2 kat Melaka ni.. tp oleh sebab nak rasa private sikit kalini, kami pilih Hotel The Pines sebab ada bilik Poolside Suite.. apa tu bilik Poolside Suite.. jom kita tengok ..

sumber google : gambar hotel aku lupa snap

ini juga sumber dari google sebab terlupa nak amik view ni
Bilik dalam hotel the pines ni mmg luas sangat2.. kalau bawak toto mmg boleh bentang tau.. mmg puashati..


farhan dan cop nak tido di sofa ni.. ala2 sofa bed.. sebab lebar juga

kalau bentang toto depan almari tu pun mmg muat.. luas sebenarnya.. tp kami tak bawak lah toto.. emily tido kt tengah2 sebab kami dapat katil king.. muatlah
nampak tak.. depan bilik ada pool.. mmg seronok lah anak dara aku yg kuat main air tu.. dia dulu yg tak sabar2 nak terjun kolam..
depan bilik ada disediakan kerusi malas ni untuk lepak2 tengok anak mandi manda


tak dalam sangat pun kolam ni
Kalau ikutkan takdelah private sgt ada kolam depan bilik ni (tak mcm di Lexis PD).. sebab kita share kolam dengan 1 level tingkat 7 ni.... tp jangan risau sebab kalau tengok anak2 kita/anak orang lain mandi pun takkan pergi merayap mandi sampai ke depan bilik orang lain la.. 

Kolam depan bilik hanya di tingkat 7 sahaja.. kalau kolam untuk guest hotel yg lain ada di tingkat 8.. cumanya yg best kalau depan bilik ada kolam ni, tak perlulah kita keluar bilik untuk ke kolam renang.. dan juga kita bebas mandi sampai pukul berapa pun yg kita suka (mlm) tak de limit masa .. anak2 pun boleh berulang mandi sambil makan kat bilik..  kita pun boleh pantau anak2 sambil santai2 kt depan bilik.. nak tengok tv boleh..  

sepanjang bilik ni..

tengok tu ada budak tak sabar2 nak mandi
Kami dapat bilik second hujung.. kebetulan tak de orang di bilik sebelah. so rasa puashati la sebab mandi2 pun tak de orang nampak..

Malam tu kami plan nak dinner di Hard Rock Cafe.. simple2 dinner je.. untuk kenangan kami berempat. hehe


hadiah untuk aku dan suami..

dari abang untuk aku

hehe ngelat dia dapat hadiah besar



Lepas makan, ronda2 kejap dan kami terus balik hotel.. sebab utamanya ada budak tu dah tak sabar nak berkubang balik dalam kolam. tak larat mama nak layan oi malam2 ni. sejuk.. suruh papa jelah teman ..



Esok kami bangun awal sebab nak pergi breakfast kat luar. Walaupun ada breakfast di hotel, tp aku teringin nak makan mee goreng hassan @ mee goreng bodo kat Tengkera tu. tp tak de rezeki. agaknya cuti hari merdeka kan.. kedai tutup.. terus google apalagi sarapan best kat melaka.. jumpa Roti Canai Kayu Arang. jom kita pergi.. 



Gambar roti canai atas dapur arang sumber dari google.. aku tak snap gambar sebab masa tu aku rekod video tp video aku letak kat IG aku je..



Lepas sarapan, balik hotel kita sambung lagi mandi manda.. anak2 aku tak bangun lagi masa ni.. aku je layan sorang2.. tak lama 10 minit lepas tu baru emily bangun tido..




Lepas check out, kami lunch kat Asam Pedas Hajah Rahmah di Bukit katil.. dan terus balik ke kampung.. ok jumpa lagi nanti.. bye

No comments: