Friday, October 4, 2019

Umrah Cuti Sekolah Bersama Anak-Anak 2019 - Madinah Day 4

Assalamualaikum
Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Hari ke empat adalah acara bebas, tapi TA kami mengadakan ziarah luar tambahan.. jika nak ikut pun boleh tak nak pun tak de paksaan. Untuk ziarah luar tambahan ni, kami di kehendaki membayar SR 60 seorang.. antara tempat yang dibawa kaki bukit Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Khandaq (Masjid Tujuh), Telaga Bi'r Izik, Masjid Bani Unaif dan Muzium Madinah.

Semalamnya kami memang di bawa ke Jabal Uhud, tp tidak di bawa ke kaki bukit Jabal Uhud. dan harini TA kami bawa kami lebih dekat lagi melihat kaki bukit Jabal Uhud. 

Petikan dari internet iaitu "Jabal Uhud seperti sekelompok gunung yang tidak bersambungan dengan gunung yang lain. Karena itulah penduduk Madinah menyebutnya dengan sebutan Jabal Uhud yang artinya 'bukit menyendiri'."

"Jika kita ingin melihat bukit yang ada di surga, maka ziarahlah ke Bukit Uhud. Nabi SAW bersabda, 'Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di surga'," demikian hadis yang dirawikan HR Bukhari.




di kaki bukit Jabal Uhud

ramai jugak jemaah Emraz Travel yang mengikut ziarah luar tambahan ini




sesi penerangan oleh Ustaz Amir
Setelah itu kami di bawa ke Masjid Qiblatain (ertinya: masjid dua kiblat).. adalah salah satu masjid terkenal di Madinah.


di hadapan Masjid Qiblatain
di dalam ruang solat wanita.. sesudah solat sunat
Di luar Masjid Qiblatain terdapat banyak burung merpati.. jinak-jinak pulak tu.. ada di jual makanan burung .. kalau dekat-dekat pun tak terbang jauh.. tp ingat kalau dalam ihram jangan sergah-sergah burung merpati tau! hehe




 

mak dia memang over sikit .. nasib baik anak dia pose sopan santun. hehe



Kemudian kami dibawa ke Masjid Khandaq. Bangunan masjid itu awalnya lebih dikenal dengan Masjid Tujuh (Sab'ah). Terletak di kaki bukit Sala', Madinah. Berjarak sekitar tiga kilometer dari Masjid Nabawi. Masjid ini kerap dikunjungi jemaah selama musim haji. Latar belakang sejarah dan kisah di balik pendiriannya, kerap menarik kunjungan dari jemaah haji. 





Masjid Khandaq




Lepas tu kami di bawa untuk melihat telaga Al-Ghars di Madinah. Telaga yang pernah diminum oleh Baginda Nabi SAW suatu ketika dulu. Bukan sekadar itu sahaja, Baginda juga pernah mewasiatkan menantunya Ali R.A agar menggunakan air telaga tersebut untuk memandikan jenazah Baginda SAW. Cuma sekarang ni telaga telah kering.. dan seperti tidak terjaga. Sayang kan.




Kemudian kami di bawa menziarah menziarahi tapak rumah Sahabat Nabi Saw iaitu Saidina Kaltsum bin hidmin r.a... Di saat hijrah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم telah bermalam di rumah beliau selama 4 hari ketika sampai ke Madinah dan dalam tempoh inilah Baginda Saw mula membina Masjid Quba' bersama Para Sahabat...tapak rumah ini masih ada hingga ke hari ni berdekatan dgn Masjid Quba di dalam sebuah ladang kurma... (sumber google)

Di ladang ini terdapat telaga bernama Bi'r Izik yang mana airnya masin lalu diludah oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم hinggakan airnya menjadi enak... Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah minum dan berwudhu' dari air telaga ini...dan inilah "antara" telaga yg ada di zaman Nabi Saw yg masih kekal ada hingga ke harini manakala telaga lain hanyalah tinggal kenangan dan hanya tinggal sejarah sahaja dan sudah tiada lg..kami berpeluang berwudhu' di sni..Alhamdulillah..(sumber google)

Ketika Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم duduk berehat di satu tempat, Sayyidina Abu Bakar رضي الله عنه telah menaungi Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dengan rida'....dan di sni dahulunya di zaman Umar Abd aziz rah. di jadikan tapak Masjid..semoga kita semua terus menerus mnjadi pecinta Nabi Saw dan semoga kesan peninggalan sirah Nabi Saw ini menjadi pengubat rindu buat kita semua..amin..
(sumber google)

Ustaz Amir memberi penerangan







Kami di hadapan Telaga Bi'r Izik 








Lepas dah siap di situ, kami terus di bawak ke Masjid Bani Unaif.. kalau nak tau sejarahnya nti google ye.. hehe



Bersama dengan Jemaah Emraz Travel

Lepas tu kami di bawa melawat Muzium Madinah



Di dalam ni terdapat banyak sejarah-sejarah Madinah





Dorang berdua ni pantang nampak kucing.. asal jumpa kat mana mesti nak pegang. ni jumpa kucing dalam muzium pun nak di belai-belai


Meh baca sejarah isteri-isteri Nabi Muhammad SAW


Balik dari ziarah dah nak masuk waktu magrib.. dalam bas semasa dalam perjalanan balik tu dari jauh aku nampak Al Baik. Ya Allah teringinnya nak pergi.. tapi pandang dari jauh je lah.. tp dalam pandang-pandang tu mata aku jeling menjeling jugak, laluan mana nak ikut kalau lah kata nak ke sana.. sambil mata tengok-tengok sekeliling itu.. dia dekat je dengan Masjid Nabawi, tp tu la tak sure ikut laluan mana.


Malam tu sekali lagi aku dan kawan baru ku, Noordi plan sama-sama nak pergi Raudhah tanpa mutawif.. kami pergi berdua je. santai-santai tanpa rushing (tak nyamar jadi mak arab pun. hehe).. memang lama la kami berdua tunggu .. hampir 3 jam. pergi pukul 10 malam balik pukul 1 pagi. Alhamdulillah tak takut pun nak balik hotel sebab hotel tak jauh pun kan. Masa menunggu tu, ramai jemaah Malaysia yang menghampiri kitaorang, bertanya2 mengenai Raudhah. oleh sebab semalam aku dah dpt masuk dan bersolat lama2 di dalam, kalini aku bagi peluang kepada jemaah lain untuk solat dulu, dan aku jaga.. kasi canlah kata orang kan. kesian mereka tak pernah dtg dan nak solat di Raudhah.. dalam hati aku cakap, kalau aku mudahkan urusan orang, insyallah Allah juga mudahkan urusan aku.. alhamdulillah selesai jemaah lain yg dah dapat solat kat situ, giliran aku dan kwn pergi ke depan sedikit mcm semalamnya.. dan seperti semalam, aku dapat berlama-lama juga di dalam Raudhah itu. Syukur sangat.







Sebelum keluar, sempat aku amik gambar karpet Raudhah ni... pergi sebelum sebelum ni tak pernah ada peluang sebab orang terlalu ramai berasak-asak dan hanya duduk sekitar tak sampai 10 minit.. tapi oleh kerana kalini aku dpt lama-lama di dalam Raudhah, aku snap jugak untuk kenang-kenangan aku .. moga ada peluang lagi datang ke sini dan lama-lama di dalam Raudhah lagi..




Muka ceria campur ngantuk nak balik hotel.. hehehe  ok jumpa lagi


No comments: