Mama Farhan & Emily
Baru2 ni sempena Cuti Hari Merdeka cum Anniversary aku yang ke 12 tahun aku dan suami bawa anak2 bercuti ke Pulai Desaru Beach Resort.. kalini kami pilih bercuti di tepi pantai untuk menenangkan fikiran.. sebenarnya kami dah lama beli voucher pulai desaru ni masa pergi matta fair bulan 3 yang lalu.. alhamdulillah tak de surcharge walaupun kami book tarikh 29-31 Ogos 2015. sebelum kami bertolak ke Desaru, kami tido semalam di rumah ibu mertua.. saje jenguk dia dah alang2 turun ke sana..
anak2 bersama nenek mereka |
bersama ibu mertuaku |
kami ikut highway desaru senai ni |
simpang ke bandar penawar |
sebelum sampai ke hotel, kami beli makanan sebe sikit untuk kudap2 di hotel |
yeh dah nak sampai dah |
sementara suami pergi parking, aku pi settlekan kat lobi/receptionist |
kami beli voucher untuk standard room ajer.. |
dapat harga 50% off untuk hari ke dua.. jimat kan? tu pasal stay kat sini 2 mlm.. alang2 jauh tak la penat sangat |
Yang bestnya, aku dan suami mmg plan nak amik extra bed untuk anak2.. so masa di receptionist, aku tanyalah nanti dapat twin bed ke atau dpt double bed, maklumlah book standard room aje kan .. sekali budak tu cakap, dia bg 3 super single bed. wahh jimat aku tak yah amik extra bed.. mmg syukurlah walaupun amik standard room aje.. tp dapat bilik besar mcm ni...mmg muat sangat2 untuk kami berempat.. anak2 plak jenis kecik2 belaka.. hehe
bilik air untuk mandi dan sinki untuk cuci muka ni separate.. baguskan.. tak de la berlecak kat bawah sinki kalau budak2 mandi dalam bilik air.. |
banyak betul dia bg.. esoknya dia bg lagi |
siapkan minum petang.. pau dan pisang goreng/kicap cili |
Petang-petang sikit bawak anak2 gi mandi kat pool.. apalagi yang budak2 sukakan.. layankan ajelah..
Malam tu kami dinner di bandar penawar. banyak gak kedai kat sini.. so kami pilih kedai ni sebab nampak ramai orang.. sure lah kedai ni sedap masakannya kan.. dan mmg ternyata sedap..
sup gear box |
ikan bakar.. |
budak2 beli chicken chop aje |
lepas dinner.. balik hotel, teman farhan buat homework.. |
bersambung esok..
3 comments:
wau.. bestnya jenjalan je..
dah lama tak bwk anak-anak tido hotel mandi kolam.
ada sedara kat bandar penawar leh plan next trip ke sini pulak.
Blm.penahbsampai lagi area belah sana..nmpk best
memang berbaloi2 dapat bilik tu
Post a Comment