Mama Farhan & Emily
Dah lama aku dan suami plan nak buat lasik.. kebetulan tengok kat FB ada pemeriksaan mata percuma kat Pusat Mata dan Lasik Prof Muhaya.. so aku call dan dia bg tarikh untuk pemeriksaan mata percuma tu.
register dulu dan diberi mee hoon goreng untuk buat alas perut |
kene isi borang ni dulu |
di dalam pusat mata itu.. kat sini mmg tak boleh ambil gambar sembarangan.. |
Mula2 kita akan dibawa ke satu bilik khas untuk diperiksa mata samada mata kita sihat atau tak untuk layak buat lasik ni.. kat sini ada dua jenis lasik.. 1 lasik yg biasa kita dengar tu, dan 1 lg relex smile.. dan relex smile adalah teknik terkini dan lebih cepat prosesnya. aku nak explain pun tak berapa reti. tp mmg sangat2 cepat . ok lepas buat pemeriksaan mata tu, ternyata mata aku tidak sihat untuk buat lasik sebab kornea mata aku nipis. huhu sedih sangatlah sebab sebelum ni pada tahun 2012 aku pernah chek mata di Optimax TTDI dan katanya kornea mata aku sihat dan kornea mata suami plak nipis.. tp di sini terbalik pulak, kornea mata aku nipis, dan kornea mata suami sihat.. Allahu Akhbar... tapi tak pelah, aku terima dengan hati yang terbuka.. mungkin ada hikmah yang aku tak tau.. apapun aku tetap bersyukur, tak dapat buat lasik pun tak pe, sebab aku masih mampu melihat keindahan ciptaanNYA.
Suami memang nak buat sebab power dia memang tinggi.. dah 1000 pun powernya.. sian dia dah lama pakai cermin mata.. since darjah 4 lg.. so biarlah dia buat.. appointment untuk buat relex smile dilakukan pada esok harinya iaitu 10 Ogos 2015. aku amik half day untuk teman suami buat relex smile ni.. oh ye, mata suami aku lebih sesuai buat relex smile ni berbanding lasik biasa.. kalau korang nak tau apa bezanya korang boleh ikuti fanpage Dr Muhaya di FB, kat situ ada berbagai keterangan.
Ok esoknya pagi2 lagi kami dah sampai.. sebelum relex smile dilakukan, kene settlekan pembayaran dan akan diberi ubat-ubat utk kegunaan sejurus selepas pembedahan tu.. untuk family yang hadir akan diberi 1 bilik khas untuk melihat operation tu dijalankan... mmg orang lain tak boleh masuk dan tengok. hanya kita yg family je boleh masuk dalam bilik cermin tu. dan petugas tu suruh kita amik video semasa pembedahan tu. videonya ada dalam hp aku buat kenang-kenangan.. yang aku bersyukur sebab suami aku tak pernah pun tengok youtube relex smile ni.. so dia lebih rilek la dan tak memikir apa2.. berbanding kalau sapa2 dah pernah tengok youtube tu, pasti ramai yang berdebar2 kan..
mesin yang akan digunakan |
masa ni nurse tu tengah cuci area mata dan bagi ubat titis untuk kebaskan mata |
tengah set up sementara Prof Muhaya datang |
Prof Muhaya dah sampai. aku plak yang berdebar2 kat luar bilik ni |
sebelum operation tu, mereke teliti dulu apa yang harus dibuat |
Dalam setengah jam kemudian, Prof Muhaya panggil balik untuk test mata sebelum balik.. alhamdulillah semuanya lancar.. suami kata mata pedih mcm masa potong bawang je. hehehe
Prof Muhaya mmg sangat2 baik.. sebelum balik dia panggil aku ajak bergambar sekali.. "terima kasih Prof Muhaya kerana merealisasikan impian suami saya". walaupun aku tak dapat buat, tp tak pelah.. tentu ada hikmahnya..
Alhamdulillah dah sebulan lebih suami aku buat relex smile.. penglihatan dah nampak jelas, bangun pagi tak yah capai spek, nak ketip kuku tak payah pakai spek, nak potong rambut tak yah cabut spek. hehehe pendek kata itulah impian dia dari dulu lg.. drive malam pun dah semakin ok..
Terima Kasih Allah..
10 comments:
Mesti lebih seronok suami kak Mimi tak perlu pakai spek lagi sekarang ni kan...buat kak Mimi,tak pe kak..pasti ada hikmahnya tu.Akak pakai spek pun comel je saya tengok
assalam... salam perkenalan....
alhamdulillah...
bestnyer dah buat lasik... antara impian saya jugak yang dah pakai spec dari tingktan 2...
insya allah
-------------------------------------------------------------------
SETIAP WANITA MESTI NAK CANTIK KAN??? CANTIK DI MATA ORANG TERSAYANG : TIPS : Nak kelihatan Anggun, Cantik Di mata Orang kesayangan???
Salam, kwn sy power dekat 1000 buat relex smile dgn prof muhaya tp dah sebulan tgk muka org masih kabur? Suami puan lps sebulan mcm tu jgk ke? Kena tunggu lama sikit ke baru jelas?
Nur Syahida maaf lambat balas.. alhamdulillah suami saya dalam sebulan dah boleh nampak dengan jelas. tak de masalah pun. cuba minta kawan nur syahida rujuk semula dengan Dr. Muhaya ye.
Hi puan, power sy belah kiri 1000 belah kanan 800 ..boleh ke buat smile ? Suami puan dua2 belah mata 1000 atau sebelah kanan/kiri sje..
Salam puan, power sy belah kiri 1000 dan kanan 800 ..boleh ke sy buat smile ? Power suami puan dulu dua2 1000 atau kiri atau kanan lain ? Ub
Berapa bacaan kornea puan mimi?
Sis Ummu Amir.. kornea saya 500 sis.. tp baru2 ni saya pun telah buat lasik Trans PRK di Advance Vision.. nanti saya akan review mengenai lasik yang saya buat sedikit masa lagi.. insyallah
sis aulia.. suami saya kiri dan kanan 1000.. insyalla boleh tu buat disana.. tp baru2 ni saya buat juga di Advance Vision. ada teknologi baru untuk kornea nipis mcm saya. nanti saya akan share pengalaman saya pula.
Dah 4 tahun kan? Macam mana sekarang?
Post a Comment