Mama Farhan & Emily
Alhamdulillah .. aku dan family telah selamat balik dari bercuti.. maklumlah cuti sekolah dah kan.. hehe .. tapi sebenarnya kami pergi bercuti bulan lepas .. tapi malasnya nak update blog ni ya ampun .... so harini dan kalau boleh dlm masa terdekat ni aku akan update kisah percutian pendek aku selama 5 hari 4 malam sebelum aku bercuti panjang sikit awal tahun 2018 .. kenapa cuti awal tahun?? hehe ada projek sikitlah.. nanti aku share kemudian ok?
Ok kalini kemana?? kalini aku dan my BFF iaitu Hirda dan Lieya plan nak bawak anak2 bercuti ke Disneyland .. ok plan punya plan akhirnya kami decide nak ke Shanghai Disneyland.. walaupun kami google rata2 bagi bad review, tapi kami tetap buat keputusan nak ke sana .. Shanghai Disneyland ditubuhkan pada bulan Jun 2016.. kiranya ni Disneyland yang paling barulah. ramai rupanya yang tak tau lagi bahawa Shanghai ada Disneyland.. ok bila keputusan dah dibuat, maka aku selaku Mak Kutu lah yang kutip duit tiap2 bulan.. tapi tak yah risau, bukan kutip macam ceti tu nak kene remind tiap2 bulan ... anak2 kutu aku semua bagus2 .. aku tak yah hint pun.. asal gaji je... terus depa transfer duit secara online.. sharp2 di hari gaji .. bagus kan.. senang keje aku.. komitmen mcm ni aku nak.. ok kami start simpan duit dari bulan Julai 2016 ye .. lama kan? memang lama kami menyimpan demi mencapai satu2 tujuan .. cewah gitu mukadimah aku panjang lebar..
Untuk ke China ni kami buat Visa sendiri tau.. tanpa menggunakan agent.. mmg kami bertiga isi borang sendiri dan pergi sendiri ke Pejabat untuk hantar permohonan visa.. alhamdulillah dalam masa 4 hari Visa lulus.. 1 visa RM104.40 kalau tak silap aku.. untuk hantar permohonan visa, kene pergi sini :-
157, Jalan Mayang Sari, Hampshire Park,
50450 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Ok kalini kami decide nak naik MAS.. alhamdulillah kali ni aku anak beranak tumpang rezeki encik asben .. tahun ni kan MB Selangor bagi bonus 2 bulan gaji .. so en asben spare sikit duit untuk trip kalini..
Untuk hotel plak kami bertiga plan nak duduk di Hotel Toy Story.. nanti aku citer pasal hotel ni kat bawah ye..
Sebelum kami bertolak ke sana.. kami dah beli siap2 Simkad ni untuk digunakan di Shanghai.. seperti yang ramai tau.. kat negara China kan block semua FB, IG, Whatapps kan.. jadi kami google2 dan terjumpa blog yang bgtau boleh beli Simkad ni (line Hong Kong) dan gunakan di China .. mmg laju sangat2 guna simkad ni kat sana.. so dapatlah kami update facebook.. ig stories semua.. harga simkad ni sekeping dlm RM70 ++ .. boleh beli di WEBSITE ni.. mmg berbaloi2 sangat.. kalau nak info boleh baca kat website tu ye ..
Masa ni kami lepak sekejap sementara nak tunggu pergi breakfast
Kami breakfast ringan2 di KFC aje sebab budak2 nak makan sambil main indoor playground. cer tengok mana ada budak2 kat meja makan. semua sibuk nak main.
Dah breakfast dan lepas imigresen kami semua terus ke aerotrain.. ceria muka masing2 kan..
Dalam aerotrain.. kemain ceria muka kan .. duduk plak kat muntot train.. lagi seronok la budak2 ni
pose sikit.. hehe |
flight penuh hari tu.. rezeki dapat duduk tepi tingkap.. |
suka snap gambar sayap flight ni. hehe |
sepanjang perjalanan asyik tengok kartun aje dia.. |
Alhamdulillah selamat tiba dengan lancar.. untuk ke hotel kami naik teksi .. charge untuk 1 taxi adalah CNY80 = RM50 (4 org)
dari dalam teksi meninggalkan airport shanghai |
di depan hotel kami.. |
Kami menginap di Hotel Toy Story selama 4 malam.. ok hotel ni agak mahal sikit berbanding hotel Shanghai di bandar.. mmg plan nak stay sini sebab malas nak fikir berangkut2 bag nak tukar2 hotel.. jadinya kami stay aje sini.. senang.. total untuk 4 malam RM 2700++ .. kami book melalui WEBSITE ni.
Untuk urusan check in hotel biar mommies yang settlekan.. daddies sila jaga anak2 ye.. kalau ramai2 sure serabut kat kaunter.. ha tengok kami nak check in hotel pun ceria aje . haha
memang kami book bilik ni bersebelahan dan dekat2.. senang nak apa2 boleh ketuk pintu aje..
Jom ikut emily.. nak tunjuk bilik Toy Story Hotel ni cemana .. kami stay ni level yang sama dengan kaunter lobi.. so tak payah sibuk2 nak naik lif.. senang nak keluar masuk dan cepat sampai ke bilik ..
no bilik kami |
kad access ke bilik .. ok yang ni tak perlu pulang di kaunter lobi masa check out.. boleh amik terus.. sama seperti kad di hotel Hollywood Hong Kong Disneyland |
Masuk je bilik.. wah kat TV dah tertera nama aku kat screen TV.. tiap2 hari mmg dia paparkan ..
2 katil double bed.. puashati sebab perabot bilik ni semua serba baru |
ada ruang meja untuk makan.. |
bilik air ada bathtub.. hari2 mandi air panas sbb nak hilangkan penat berjalan sehari suntuk |
dlm bekas tin ni ada berus gigi dewasa dan kanak2.. hari2 dia bg set yang baru.. bermakna aku ada 4 bekas tin ni.. |
botol putih tu sabun laundry.. tp aku tak guna pun, bukan nak cuci baju pun kan |
selipar dalam bilik dan jugak complimentary bag yang warna biru.. ni pun hari2 housekeeping ganti.. so banyak dapat .. |
lampu ni comel kan.. ada gambar Slinky Dog .. |
Bawak stok air kotak jugak.. ada 12 kotak.. dan jugak stok lauk frozen.. alhamdulillah tak rosak.. malah masa sampai kat bilik lauk frozen aku masih sejuk beku .. cara nak bawak senang aje.. korang kene pastikan lauk tu betul2 beku .. pastu balut dengan sokabar tebal-tebal, masukkan dalam plastik dan ikat la dengan getah.. supaya bila sokabar tu basah.. masih ada lagi plastik cover dia.. paham kan.
Ok stok makanan lain pun jangan dilupa.. lauk2 dalam tin.. magie cup pun perlu .. ok ada yang tanya kenapa sibuk2 nak bawak bekal ye pergi oversea.. sepatutnya dah jalan ke oversea kenelah makan makanan negara orang .. kalau nak makan makanan Malaysia, baik tak payah pergi holiday.. ok baiklah.. kita kene tengok jugaklah negara mana kita nak pergi.. kalau indonesia, thailand, singapura, brunei, arab boleh la kita makan tanpa ragu2 (pendek kata mudah cari makanan halal dan harga masih dlm kemampuan kan), tapi kalau negara tu susah nak cari makanan halal (walaupun ada dan harga pun mahal) kenalah kita berjimat cermat jugak kan.. lagipun larat ke nak makan luar hari2.. lalu ke tekak nak makan makanan yang kita tak biasa.. kalau tekak kita aje mungkin boleh lah. kalau dah anak2 tak lalu nak makan.. takkan nak biarkan aje... so pendek kata, kita tak yah susah2 kan diri.. ada hari kita makan luar, ada hari kita makan makanan sendiri.. tak payah nak sibuk2 hal orang..
dalam pack ikea tu aku masukkan stok2 lauk dan nasi segera dari bang Brahims .. |
siap bawak rice cooker mini lagi.. 1 masak nasi.. 1 lg untuk panaskan lauk.. jimat masa .. |
Ok hari pertama ni dah sampai pun gelap .. walaupun baru pukul 5 petang.. tapi kat sana dah gelap.. musim sejuk mmg gelap cepat.. so lepas kami dah siap2 mandi di hotel, kami gerak ke Disneytown.. malam tu sejuk sangat2 .. ni kali ke 2 aku merasa suasana musim sejuk.. tp sebenarnya kami pergi ni hujung autumn .. oleh sebab dah hujung musim, suhu dan cuaca kat sana akan beralih.. masa kami pergi ni suhu dah bawah 10oc .. dari hotel nak ke Disneytown kami naik shuttle bas dari hotel je.. misi ke sini sebab nak makan makanan halal.. satu satunya kedai makan halal yang ada di sini ..
ni nama kedai makan halal tu |
nampak tanda halal tu kan |
yang ni terpaling sedap.. Lamb stick ni.. tp kene makan panas2.. barulah meletop2 dlm mulut |
tanda halal dalam buku menu |
lamb stick ni harga dia CNY20 (RM12.60) = 4 cucuk..
muka dah kenyang mari balik hotel.. |
Sebelum balik, singgah World of Disney.. cuci mata dulu.. tak beli apa2 .. ada 3-4 hari lagi boleh membeli..
Ok sampai sini dulu.. nanti aku update lagi hari ke dua ye.. babai
5 comments:
fuhhhhhhhhhhhhh....terus rindu disneyland kak oii bace entry ko nieh...... terimbau terus semua kenangan kat sane.....
nora bagi 5 bintangggggggggggggggggggg.......
Caiyok2. Details explanstion
saya bace penuh kusyuk nie ;)
saya baca penuh kusyuk nie
Puan. Maaf nak tanya. Kastam airport pudong tegas dak. Depa chck dak mknan2 yg kita bwak. Puan declare datj
Post a Comment