Wednesday, December 20, 2017

Farhan & Emily - Road to Shanghai - Day 2 (22 November 2017)

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Pagi hari ke dua di Shanghai.. pagi2 aku panaskan nasi segera dari Brahims. cepat mudah dan ringkas.. 



Kami janji tunggu di lobi jam 8.30 pagi.. ok untuk hari kedua, kami bertiga family dah decide nak amik tour guide untuk 1 hari.. mula2 memang nak jalan sendiri, tapi mengenangkan ada baby harris dan banyak sangat route train yg nak kene follow, nak heret budak lagi.. nak cari jalan lagi.. alah rasa macam leceh plak .. so aku cari tour guide yg boleh bawak dalam 1 hari.. akhirnya jumpa gak dia dalam WEBSITE ni .. dia boleh cakap omputih jadi tak de masalah nak deal dengan dia.. boleh email dia aje. nanti dia balas.. ok untuk 1 hari ni kami 1 family kene bayar RM600 utk perkhidmatan 8 jam .. so far puashati dengan perkhidmatan dia sebab dia bawak coaster besar yang boleh muatkan kitaorang semua..  dia bawak sambil terangkan kita satu persatu sejarah di sana.. bawak tempat makan halal, bawak pergi shopping souvinir yang murah, bawak kitaorang pergi washroom hotel (haha part ni bagus, takdenya dia bawak kita buang air kat tempat mana2 .. tapi singgah washroom hotel tu).. dan yang paling penting jadi photographer kitaorang.. ye lah kan.. siapa lagi nak tolong ambikkan gambar 3 family ... so mmg part tu yg best jugak


kami dah ready

depan lobby hotel


dalam coaster





nilah tour guide kami Mr. Aron Long
Turun bas.. berdesup angin kuat harini.. harini di jangka hujan. tp renyai2.. tp tak lama kejap aje.. sebab tu angin lalu, masyallah.. sejuk sangat2.. so walaupun aku pergi end autumn, aku dan anak2 still pakai Long John ye.. so dalam kaki dan badan tetap rasa warm.. muka jelah rasa sejuk beku..

besar giler daun ni

lebih besar daun maple ni dari muka aku

Tempat pertama kami ke City God Temple dan Yu Yuan Garden .. pasal sejarah aku malas lah nak citer sebab bukan aku dengar sangat, si Aron sibuk dok citer kat depan, aku sibuk snap gambar kat belakang. hehehe


  
 




Tengah2 jalan tetiba nampak kedai turki jual kebab.. apa lagi, tengah sejuk2 ni kan.. lapo.. berhenti la kejap.. beli kebab buat makan ringan2 sebelum lunch..



ada tanda halal ye kat signboard atas tu.. jangan ragu2


Lepas dah ronda2.. dia tanya kami nak pergi washroom tak..  so dia bawak kami ke sini... ok nampak tak aku singgah hotel Renaissance ni... tak.. kami tak stay pun hotel ni.. tour guide kami yang baik hati, bawak kami pergi washroom kat sini.. betapa dia nak kami selesa.. aku rasa dia kenal la dengan orang keje kat hotel ni. sebab dia begitu yakin bawak kami ke sana.. hahahaha


suka gambar ni.. cantik tau..



Ok bila dah sampai area Nanjing Road, tour guide bawa kami makan di sini.. kalau ikutkan banyak je restoren halal kat sini.. kalau rajin boleh cari sendiri. tp tak pelah kami tak nak buang masa, kami ikut je mana yang dia sajeskan janji halalan toyibban.. nama restoren ni aku tak sure.. sebab tulisan cina.. nasib ada tulis Halal dalam tulisan jawi..




air ni sedap.. aku tak sure nama dia.. rasa dia ala2 air lai chi kang.. sedap minum panas2 dikala sejuk2 tu







Jom sambung jalan-jalan ..




Kami semua jalan lagi ke The Bund.. tempat wajib bila sampai kat Shanghai.. The Bund ni kalau dari jauh ala2 Menara Kuala Lumpur la gitu.. ok kami ke The Bund ni 2 kali tau.. sekali di sebelah siang.. dan sekali lagi disebelah malam.. saje nak rasa view lain2... nasib baik Mr. Aron rajin melayan ..

3 family

My Beloved Family

BFF

My Big Boss
acah2 konon2 nak pegang tu.. tp sibuk aje yg kat bwah tu.. dari tadi2 tak nak blah..

Lepas dah puas berposing kat The Bund, kami terus gerak pergi tempat shopping.. yes ni masa yang ditunggu-tunggu.. kami ke Shanghai Gift Market / A.P. Plaza Xinyang Fashion.. dalam ni segala macam mak nenek barang.. murah2 jugak .. tour guide aku siap bagi guideline cemana nak beli barang. kalau nak beli barang dia siap dah ajar minta sekian2 harga.. kene tawar sampai dapat.. oh ye dia tak boleh ikut dan sajes kedai mana murah atau mahal.. nanti peniaga dalam sana akan marah dia la.. (konon tak support sesama bangsa.) tak pe kami paham.. yang penting dah tau apa yang nak dibeli dan tawar berapa ..



Mr. Aron ajar supaya nanti jumpa dia kat area mana. takut sesat daaa


kat dalam ni panas.. ada heater kot.. cepat2 aku bukak down jacket
Benda pertama yang kami2 pulun cari ialah FM.. tu je souvinir yang paling senang nak bagi kat orang kan.. dah la comel.. ringan nak bawak walaupun beli banyak.. so misi mencari FM di beberapa buah kedai.. mmg kaw2 kitaorang tawar dan dapat harga yang mcm kitaorang nak

sampai bersila ha hirda. hahaha

turn aku plak bersila sambil mengirai FM.. yang pakai rantai tu bukan aku tau.. 

Ok selain dari FM, kami aim baju down jacket/winter jacket ni.. kat sini mmg banyak jual.. rata2 kedai semua letak CYN400 = RM252.00.. ada kedai yang boleh tawar.. ada kedai tak boleh tawar langsung... dan nasib kami baik.. kami try pergi kedai ni.. ok sebelum beli tu, kami dah belek2.. mmg kualiti dia ok.. dah mcm uniglo plak aku tengok.. cop / tag jenama aje yang tak de.. kosong aje kat baju tu .. ok tak kisahlah kan. bukan orang nampak pun. mula2 tawar dia tak bg kurang banyak.. dia tetap nak CNY180.. tapi kami mintak CNY100.. dia tak bagi.. bila kami nak blah je.. hehe dia terus cuit, angguk kepala tanda setuju.. yess kami dapat gak beli baju down jacket ni dengan harga CNY100 = RM63.00 ... mana nak dapat harga ni kat sini oii.. so kami semua belilah kat sana.. dan yang best, aku hirda dan lieya beli kaler sama.. dusty pink.. nanti kami pakai masa pergi Disneyland Day 2 (nanti aku share pic ye)


ha kemain tau kami tawar menawar .. nasib baik dapat

singgah kedai ni .. aku beli table runner untuk mak dan mertua aku..

Banyak lagi yang kami shopping.. dah lepas abis berbelanja kami terus ke The Bund sekali lagi. kalini nak snap pic waktu malam plak.. view malam pun hebat!  





Last sebelum balik kami singgah kat Hard Rock Cafe.. mcm biasa misi mencari T-Shirt, Shot Glass dan FM Guitar.. tp malangnya kat sana FM Guitar tak de.. huhu kuciwa sangat.. tak pelah janji dapat beli shot glass pun aku dah happy..





Selesai berjalan kami balik semula ke hotel.. sebelum tu kami sempat bergambar di depan lobby hotel bersama Mr. Aron Long.. our tour guide of the day.. mmg terbaiklah.. siapa2 nak guna perkhidmatan dia boleh tengok kat website yang aku bagi kat atas tu ye.. 

Balik bilik, aku suruh budak2 mandi dulu.. sementara aku masak nasi, panaskan lauk sambal sardin frozen feberet budak2 ni.. laju je masing2 makan sebab dah lapar kan.. tak lama lepas tu masing2 tido sebab dah kepenatan..


Read :- Farhan & Emily - Road to Shanghai -  Day 1 (21 November 2017)

6 comments:

Farikica said...

Macam2 tempat juga ya di Shanghai.. Pnh transit di sana sehari... tp x sempat jalan2... sejuk brp darjah hari tu?

Cik Puan Mimi said...

Farikica: masa ni 5 darjah.. mmg sejuk, cakap pun berasap2

Unknown said...

Wah seronoknya berjalan-jalan ke Shanghai musim sejuk ni

f.i.e.z.a said...

hye there.

saya pernah ke shanghai tahun 2013 sangat2 lah cantik tempatnya. teringin nak pegi lagi :)

Hirda Ibrahim said...

Ho yeahhhh.... lengkap entry nih. Syabas betey

MummyAydin said...

salam sis.sambungan hari berikutnya tak siap lagi ya.. 😜 saya plan nk ke shanghai jugak end of this year.. and nak tido di toy story hotel jugak.. InshaAllah..masih mencarik2 info.. boleh tak share itinerary sis with me.. appreciated it much. email saya gujilaliamsi@gmail.com tqvm