Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily
Hari ketiga.. rasa kejapnya masa.. rasa belum puas nak bersama-sama kawan2 .. esok dah nak balik.. pagi2 mcm biasa kitaorang breakfast di hotel aje.. makanan pun sedap harini. Alhamdulillah..
|
ceria muka masing-masingkan |
|
mee hoon goreng |
|
Singkong Keju.. sumpah sedap.. teringat2 |
|
nasi goreng |
|
Spagetti Olio |
Harini banyak destinasi nak pergi.. sebab hari last nak shoppingkan.. esok dah nak balik nanti tak sempat.. jadi harini kene laju2kan aktiviti.. pagi2 kami tetap pergi sightseeing dulu.. jadi kami ke Floating Market dulu .. cuaca pun ok.. cerah dan panas.. untuk masuk ke FM ni, kene bayar Rp20,000 = RM7.00 .. tp tetap berbaloi sebab nanti boleh tukar dengan air minuman..
Lepas dah pusing2 sekitar FM ni, barulah kami pergi ke tempat makan yang disediakan.. ha kat sini barulah nampak ada orang jual2 atas sampan.. barulah namanya Floating Market.. kat sini harga makanan semua antara Rp5,000 - Rp30,000.. dan kalau nak beli makan, kene guna token..
|
inilah tokennya.. yang kuning Rp5,000, yang biru Rp10,00 dan merah Rp20,000 |
|
kami beli pisang sangkuriang dengan Satey Kelinchi (Satey Arnab) |
|
air minuman ni kami tukarkan dengan voucher yang mula2 masuk tadi.. jimatkan? |
Lepas dah sejam lebih kat dalam ni, kami terus keluar.. plan asal nak makan siang di Rumah Makan Sapu Lidi, tp dah kenyang makan satay kelinchi dan pisang sangkuriang. so kami skip makan dulu.. lalu kami teruskan ke destinasi melontar yang pertama iaitu pi beli perfume .. kat bandung ni banyak gak tempat yang jual perfume, tp aku dah 2 kali ke Kowani Perfume ni.. so far ok puas hati lah. harga pun ok.. sebotol Rp 65,000 = RM22.00 (lbh kurang) murah kan... kalau beli banyak boleh buat mandi. hahaha
|
tak banyak pun kami beli.. ni hasil untuk 4 orang.. ada yg beli lg banyak dari kami .. yang ni belum letak penutup lagi |
|
aku beli 5 botol aje.. banyak lagi benda lain nak beli .. karang tak cukup duit. hehe |
Lepas beli perfume, kami teruskan perjalanan pergi ke Pasar Baru balik.. sebab nak repeat beli telekung kiriman orang.. pastu beli kerepek tempe, pisang salai dan kerepek2 lain.. dah siap, kami pergi ke Kartika Sari..
Benda pemes dan wajib beli di Kartika Sari ialah Bagelen.. sebelum ni ada 3 perisa iaitu Butter, Special Cheese dengan Mocha.. tapi masa aku pergi dah ada Bagelen Almond.. so kalini aku skip beli Bagelen Mocha.. rasa Bagelen ni mcm biskut kering, tp dia tak keras, lembut dan rasa enak.
Lepas tu kami pergi cari lagi baju2 di FO Jalan Riau .. belum sempat singgah ke FO, kami pekene Es Durian dulu.. dah mahal korang.. dulu2 aku pergi baru Rp7,000 je.. now dah naik jadi Rp12,000.. tak tau la dia saja nak ketuk kami kot.. (mana tau tgk pelancong kan)
|
lama tak makan.. |
Sambil2 makan Es Durian, ada yang datang tanya, nak beli pen tak. boleh engrave sekali.. mula2 tak nak. tp pikir2 balik.. ok gak kan .. buat untuk Hari Guru. boleh kasi kat cikgu anak2.. pastu buat sekali pen untuk aam dan emily.
|
kreatif derang ni |
|
tak banyak pun beli.. |
Lepas dah abis shopping semua di FO, aku singgah di Istana Boneka .. nak belikan untuk anak dara aku tu. sian kat rumah tunggu ole2. hehe..
|
ada sale masa ni.. seekor teddy bear ni after less 50% harga dia Rp69,00 .. dapatlah sepasang |
Dah puas satu hari kami berjalan.. perut pun dah lapar. tapi yang nyata kami semua puashati sebab dapat pergi semua tempat yang kami nak pergi.. yang repeat pun dah repeat.. yang teringin pun dah dapat.. baju yg nak dicari pun semua settle.. dan kami pun suruh supir carikan kedai makan .. oleh sebab last day dah ni.. so kami pergi makan sedap sikit di Tjendana Bistro iaitu kedai makan selera Indonesia dan Asia .. Cozy gak tempat dia ni..
|
Manggo Chicken |
|
Tomyam Seafood |
|
Prawn Salted Egg |
|
Kangkung Belacan |
Tamat hari ketiga dengan penuh kelegaan, kesyukuran dan kegembiraan sebab semua berjalan lancar.. balik hotel, tak dan nak SPA sebab ada aktiviti lg best.. iaitu baju yang kami tempah dah siap.. malam tu kami semua posing2 sakan pakai baju kurung sulam baru.. tapi tak leh la letak kat sini sebab masa tu kami snap2 semua free hair dalam bilik .. mmg seronok la melaram sakan malam tu.. pastu packing2 barang semua dan tido.. esok pagi2 nak bangun dah
No comments:
Post a Comment