Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily
Harini last day, plan harini sebelum bertolak ke Airport kami akan ke Wishing Park .. area2 Disneyland jugak. kat situ boleh berkelah, boleh naik basikal.. so best jugaklah meluangkan masa kat situ.. jom kita tengok..
|
sebelum keluar sarapan maggie dulu. abiskan stok yang ada |
Kami naik shuttle bas je ke Wishing Star Park ni.. sejuk sungguh masa ni.. tp aku malas nak pakai sweater bagai.. kebal la konon. pakai jaket jeans je ni.. pastu merasa lah ko beku. hahaha
|
Kat sini kami sewa naik basikal |
|
kami sewa selama 1 jam je.. tu harga rental nya. bersama deposit |
|
kami naik basikal roda 4 ye. bukan roda 2. hahaha |
|
beginilah gamaknya rupa basikal tu.. penat mengayuh.. stamina kurang. anak2 rileks je kat belakang. hahaha |
|
cantikkan 3 basikal bersusun. mintak tolong orang yang lalu lalang kat situ tolong snapkan gambar |
|
sampai je kat situ, kitaorang terus siap2 berpiknik abiskan stok apa yang ada |
Sejam jugak kami berpiknik dan lepas tu terus kami balik semua ke tempat asal untuk pulangkan kunci basikal dan amik balik deposit
Dah puas posing-posing ka sana, kami balik hotel sebab nak check out sudah.. mintak receptionist panggilkan taxi
|
Bye-bye Toy Story Hotel.. ntah bila nak datang lagi.. tapi rasa tak datang lagi sini kot.. baik pergi Disneyland Tokyo pulak. heheh |
Kat Airport Shanghai pun ada Halal Food di atas.. so tak bimbang kalau lapar2 boleh makan di Airport.. semua berjalan lancar kat sini alhamdulillah. kami selamat tiba di KLIA pada waktu malam.. Terima kasih kepada BFF kerana dapat besama-sama berjalan-jalan2 pada kalini. Insyallah lagi 2 minggu kita akan terbang bersama2 lagi.. tamatlah holiday ke Shanghai Disneyland.. legaaaaa
No comments:
Post a Comment