Tuesday, December 4, 2018

Autumn in Osaka 2018 - Mukadimah, Itinerary & Cost

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Alhamdulillah kami sekeluarga telah selamat balik dari bercuti .. ke mana tahun ni? syukur sebab tahun ni kami telah selamat bercuti ke Osaka Jepun pada 21 November 2018 hingga 28 November 2018 yang lalu.. memang salah satu impian nak ke Jepun.. sebab apa? tak tau lah nak cakap, tp memang teringin sangat nak ke Jepun.. orang kata nak ke Jepun ni mahal.. yess memang mahal lah kalau kita tak buat preparation awal.. dan mahal kalau guna travel agent...  kalini kami masih mengekalkan konsep holiday redah sendiri untuk lebih jimat.. kalini kami tetap pergi dengan BFF & Family.. iaitu Hirda Ibrahim dan Lieya Latiff.. ok untuk kalini kami hanya cover Osaka sahaja dan tak pergi ke Tokyo.. kenapa tak ke sana sekali.. sebab yang pertama tentulah cost kan.. kalau nak cover tokyo jugak tentu costnya lebih..  (tepuk dada tanya poket) ... sebab yang kedua kami tak mahu pergi satu2 tempat tu kejap je.. contoh osaka 3 hari tokyo 3 hari.. rasa tak puas sebab sebenarnya banyak tempat yang boleh dilawati di satu2 tempat tu.. so baik kami settlekan dulu ke Osaka.. dan ada rezeki nanti kami akan ke Tokyo pulak (insyallah 3-4 tahun lagi.. nak pergi musim sakura pulakk)..

Jom sebelum aku story pasal percutian aku, meh nak share sikit mengenai itinerary dan jugak cost2 yang kami spend kat sana..

Osaka Budget (untuk lebih details tentang budget boleh tengok di blog HIRDA IBRAHIM) .. harga di bawah ni tak fix tau.. semua bergantung pada kadar currency semasa dan juga korang beli/book awal atau last minute.. kalau bernasib baik boleh dapat lebih murah lagi..

1) Airport transfer from KIX - Doton Plaza - RM300 (4 orang RETURN) (kalau nak jimat boleh naik train aje lebih murah, kami naik bas sebab nak selesa dengan anak2, malas nak heret bag)
2) Apartment - RM 2000 - untuk 5 malam (boleh dapat murah lagi tp jauh dari Station lah)
5) Nikko Kansai Hotel (1 malam) - RM400 (last day, nanti aku citer kenapa tido airport)
6) 2 keping Sim Card (7 gb) - RM155 (aku / hubby)
7) Kansai Thru Pass (KTP) untuk 2 hari. Beli dari Klook website - RM450 (untuk 4 orang)
8) Osaka Amazing Pass (OAP) untuk 1 hari. Beli dari KKday website - RM380 (untuk 4 orang)
9) USJ Tix (2 adults + 2 children). Beli dari Klook website - RM1020 (untuk 4 orang)
11) Mount Rokko - 1000 yen (per pax) untuk bus dan cable car - RM150 (untuk 4 orang)
12) Mount Rokko Snow Park Entrance - RM230 (untuk 4 orang)
13) Additional train expenses for hari2 yg x guna KTP, OAP - RM600 (untuk 4 orang)
14) Tiket Flight MAS RM1198 per pax - dapat murah masa Matta Fair 


Osaka Itinerary:
Day 1 - Check In/drop luggage. Jalan2 area Dotonbori  + Shinsaibashi + Kuromon Market
Day 2 - Mount Rokko + Kobe Harborland + BIC Camera - using KTP
Day 3 - Arashiyama Bamboo Forest + Kyoto + Gion + 
Hard Rock Cafe Osaka using KTP
Day 4 - Osaka Castle + Tempozan Ferris Wheel + Legoland + Santa Maria Cruise using OAP
Day 5 - USJ + Hard Rock Cafe luar USJ (HRC ada 2 di Osaka)
Day 6 - Nara Park + Dotonbori Street Hotel Kansai Nikko Airport
Day 7 - Balik Malaysia (Flight 9.55 am)

Kalau dikira-kira kos keseluruhan untuk family aku dalam RM12k (kalau bahagi 4 orang, 1 kepala cuma RM3k aje) aku rasa macam berbaloi sangat sebab dapat menjimatkan perbelanjaan di negara yang mahal seperti di Jepun apatah lagi kami dapat menaiki penerbangan MAS A350 (flight baru tuuu hehehe) dan duduk di apartment yang boleh kata selesa sangat-sangat ...  kalau ikut agent memang tak dapat harga tu.. mau-mau RM4K-5K  jugak tu untuk 1 kepala.. tu pun banyak tempat jugak yang tak cover .. biasanya lah..

Terima kasih kepada En hubby sebab bagi peluang kepada aku dan anak2 berjalan menikmati keindahan alam … kepada Shah & family terima kasih sebab selalu jadi kepala guide (hehe tour guide tak berbayar) dan juga Hirda & Family sebab banyak membantu dalam menjayakan misi OSAKA trip kalini ..

Berbalik pada Itinerary yang kami buat, sebenarnya ada je tak sempat kami cover, contohnya Fushi Inari Taisha, Tsutenkaku tower, Umeda Sky Building, Tombori Cruise tapi sikit pun tak mencacatkan mode holiday kami.. kene faham, tak semua yang kita nak kita akan dapat.. antara sebab yang kami tak sempat cover adalah masalah waktu di sana siangnya pendek.. cepat gelap... jadi mcm tak cukup masa.. bila dah gelap nak pergi satu2 tempat pun dah tak seronok sebab nak amik gambar pun dah gelap dan ada tempat yang dah tutup kan.. tu yang terpaksa skip tu.. tp tak pe.. kami tetap enjoy.. alhamdulillah hasil perah otak hampir setahun berjaya jugak aku buat itinerary tu.. 

Sebenarnya kalau nak jimat cost lagi pun boleh.. contoh boleh berjimat dari segi makan, boleh bawak sendiri.. eh TAPI orang kata kalau dah pergi tempat orang (oversea), kenapa nak sibuk-sibuk bawak makan sendiri kan .. makan lah kat sana (oversea) barulah boleh rasa makanan tempat orang ..  YEEEE betul la tu..  tapi kan aku cakap.. kalau NAK JIMAT.. kalau korang tak kisah duit banyak bawak je lah duit lebih, makan je kat sana hari2.. tak de masalah... tak de yang marah pun khenn.. hehehe

Dari segi shopping pun sama.. kat sana serba serbi kalau beli barang kene tax.. ada certain-certain aje yang dikecualikan tax.. mcm beli Gshock kami beli di BIC Camera.. memang murah banyak dari Malaysia.. nanti aku citer kemudian ye.. kat sana souvenir adalah sangat2 mahal.. 1 benda harga berbelas2 ringgit.. so kalau korang jenis hati kering, xde nak bg kawan2 ke sedara mara souvenir ke, dah  jimat la kat situ. hehehe

Dan lagi 1 kalau nak Jimat.. korang pergi je kawasan yang tak perlu berbayar.. contohnya perkarangan Osaka Castle, Nara Park, Bamboo Forest tu.. ha kat situ kalau nak sight seeing mmg jimat lah sebab tak perlu bayar fees entrance.. boleh bersiar-siar dan amik gambar sepuasnya... tapi kalau ada duit lebih boleh la pergi Universal Studio Japan .. Kaiyukan Aquarium Osaka tu... kalau bukan musim sejuk pun korang boleh skip pergi Mt Rokko Snow Park.. so korang sebenarnya boleh je berjimat sebenarnya..

Apartment atau hotel pun bergantung pada korang jugak. if nak cari yang murah lagi pun boleh, ikut kocek koranglah.. dan kene faham kalau hotel/apartment yang dekat dengan station selalunya mahal, dan yang jauh sikit dari station tentulah murah.. dan nak murah lagi boleh duduk hostel .. tp biasanya sharing toilet..

Kalau tiket flight plak, kalau AA murah pun boleh je grab.. tp kebetulan MAS pun dpt harga ok.. if not before tu, hari2 aku cek, 1 kepala RM 1800 (pitam).. bila dia bagi harga diskaun RM1198 terus aku grab .. tak tunggu dah..

Oklah nanti aku citer lagi ye.. banyak sangat dah merepek harini.. aku bg sikit teaser gambar kat sana okeh..

Kuromon Market


Mt Rokko Snowpark - Kobe


Port of Kobe - Kobe Harborland


Kyoto


Arashiyama Bamboo Forest
Osaka Castle
Mini Legoland Osaka Japan



Tempozan Ferris Wheel & Santa Maria Cruise
Universal Studio Japan





Nara Park
Ok jumpa lagi.. babai

1 comment:

butterfly said...

wahh bestnya sis bercuti di osaka, saya pon plan nak bercuti kat osaka, kalau x keberatan boleh x sis share intenery & penginapan sis kat sana