Monday, January 9, 2012

❤ Wishlist 2012 ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan dan Emily

Selamat Tahun Baru!!! hahaha dah 9 hb dah pun baru sibuk2 nak ucap ekkk... saba je lah.. dah la tu, baru harini terhegeh2 nak buat entry wishlist.. orang lain dah berzaman2 dah ada wishlist tahun baru.. tak pe la, jom jom kita lihat apa wishlist tahun ni... agak2 menjadi ke tak ek.. ntah la ... kita doalah sama2..

1. Nak kuruskan badan

Yang ni mmg azam tak leh blah la .. azam tetiap tahun.. tp tak pernahnya menjadi .. tak tau ler apasal (TAK TAU KONON, PADAHAL KO MENCEKIK CAM TAK HINGAT DUNIA!!) , so dengan berazamnya, tahun depan INSYALLAH, saya akan cuba berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis kecuali masa yang tidak mengizinkan la .. tp saya nak berpuasa sunat Isnin dan Khamis bukanlah niat nak kuruskan badan, tp mmg dah niat nak menambahkan pahala sunat, INSYALLAH … dan kalau saya turun berat badan juga, ianya adalah satu BONUS.. jom tepek gambar masa kurus mood nak kurus sikit. hehehe

ni tahun 2007.. aku dan hubby mmg struggle nak kurus masa ni.. alhamdulillah mmg tercapai.. tp tu la, tak de keinsafan diri.. 2 tahun lepas tu, berat mencanak2 naik.. huhuhu so kita try usaha lagi tahun ni .. chaiyok2


2. Nak bagi Farhan dan Emily adik. heheheh

Kalau tak dapat kuruskan badan, wistlist aku sejak 2-3 tahun lepas tak pernah pudar.. nak menambah anak.. ntah lah maybe factor umur, factor kesuburan dan factor berat badan kot yang membuatkan aku susah nak mengandung lagi.. tp tak mengapa, akan akan terus mencuba selagi aku mampu, mudah-mudahan Allah memberkati usaha aku .. Amin
gambar ni masa preggykan emily... bila nak merasa preggy lagi yek.. :)


3. Reward diri sendiri

Banyak benda sebenarnya aku nak merewardkan diri sendiri.. antaranya ..

a) aku teringin nak kamera compact or dslr, tp tu la, kadang2 fikir malas plak nak beli dslr (tp bila tengok gambar orang lain cantik, aku jeles.. hehehe) jd aku rasa nak beli kamera compact yang ala2 dslr la kalau macam tu.. act aku sedih sebab kamera canon IXUS aku kan dah lesap… tu yang nak beli kamera compact baru tu.


b) Aku nak jam tangan baru, sebab yang lama dan tak sedap pakai. Teringin nak jam antara Bonia or Guess.. Insyallah kene kumpul duit dulu.. atau maybe aku amik duit dividen asb je lah. hehehe


pic :- googled

c) nak handbag coach yang ni.. tp alhamdulillah dah tercapai hujung tahun haritu.. suka pattern dan kaler coach ni walaupun design ni agak dah lama.. akan tetapi tahun ni TERbeli lagi sebijik coach plak masa singgah ke JPO.. tu entry lepas ni ok. hehehe (tahun ni aku dapat 2 biji ler.. )

4. Nak beri perhatian penuh untuk anak2

Maybe sebelum ni aku leka, jarang amik perhatian kat kerja2 sekolah anak, so tahun ni, aku nak jadi guru besar kat rumah tu. Haha nak pegang rotan, siap la korang kene buat homework .. no Ipad, no TV, no game, no youtube…

5. Bercuti

Tahun ni ada la plan juga 2-3 nak berjalan, tapi semuanya masih dalam perancangan lagi.


a) Insyallah kalau jadi, tak de aral melintang, ada Family Day opis hubby ke Pulau Pangkor. Aku pun mmg teringin nak pi Pulau Pangkor.. tak pernah pergi.. so pergi ikut Family Day pun tak pe la.. mesti seronok jugak kan 


b) Insyallah bulan 2 nanti aku sekeluarga akan repeat ke USS.. bulan 6 yang lepas tak puas ke sana.. banyak tempat aku tak sempat nak cover, maklum la kaki sakit.. so kalini kalau boleh nak cover mana2 yang tak sempat la.. katanya ada benda baru.. Transformers ke apa ntah.. farhan dah kata nak pi tengok..

c) Yang ni masih dalam perancangan lagi .. insyallah akan diberitau kelak

Rasa2nya tu ajer lah buat masa ni.. kang banyak2 sangatkan tak terdaya nak melaksanakan plak kan..

9 comments:

~aSHa~ said...

semoga azam tercapai dan diberkati olehNya

Hirda Ibrahim said...

aku doakan wishlish ko for 2012 will tercapai. especially nk conceive bb no 3 tu.

siti said...

kak umo brp ni...aa sama la susah nk lekat anak ke 3..dok tgu gak ni hehe

Iena@MaMaJannah&Rizqi, said...

SELAMAT KEMBALI MIMI..seb baik ko masih ingat password blog ni...hahaha...wishlist no 1 tu aku dah istiharkan wishlist sepanjang hayat..selalu jadi blacklist jer..hahhaah...
nak lagi cerita farhan emily kk...cepat updated...hehheh

umilia said...

takpe kak..yg pntg kite da niat dan perancangan dan usaha..selebihnye kite beserah pd Allah..insyaAllah yg baik akan dibalas baik..

.:fyzz:. said...

salam..hi kak mimi lama tak hapdet blog..rindu nk tgk tulisan kak mimi..
emm best la yg wish list no 2..eh yg nk dpt adik buat emily n farhan..insyallah pijot doakan..AMIN

Lynn Hamzah said...

salam...dah ada dah wishlist akak...lynn nie masih belum senaraikan lagi wishlist lynn...

Zana Nordin said...

utk azam yg no 1 dan 2 tu...
sama macam aku kak..he he he.....time raya jer merasa nak kurus sikit..gamaknya..takde cara lain aku nie nak kurus..kena puasa....nak ikut jejak langkah ko kak.....jom kita puasa isnin dan khamis...sambil2 tahmbah pahala....boleh gark kuruskan badan...


wah..coach tahun baru dah ada 2 tu...tu baru awal tahun...sure akan bertambah dan bertambah nanti tu

hOtMaMa said...

Azam yg pertama tu sama la mcm saya.. ala2 azam sepanjang tahun gitu.. tp tak pernahnyer menjadi.. manakan tidak, makan tak hengat dunia.. hihihi.. apa2 pun semoga azam awak tercapai.. hehe