Thursday, May 31, 2012

❤ Umrah Ziarah Istanbul - Madinah - Mekah 2012 ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan dan Emily

Assalamulaikum buat semua sahabat blogger mahupun silent reader yang saya kasihi dan hormati, dengan rendah hati, saya dan suami saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya selama ini ada terkasar bahasa, terguris perasaan kepada semua kawan2 dan rakan2 blogger samada secara sedar mahupun tidak.. Insyallah saya dan en suami akan menunaikan Umrah pada tahun ini. (31 Mei 2012 hingga 16 Jun 2012). Di saat entry ini dibaca, kami sedang di dalam bas menuju ke Singapura kerana kami akan menaiki pesawat Turki Airlines dari Changi Airport, Singapura.

 pic :- googled

Alhamdulillah tercapai jugak hasrat kami ingin menunaikan umrah pada tahun ini. Mohon doa kalian agar kami selamat di sana, dan selamat pulang ke tanahair.. Kami menggunakan khidmat Andalusia Travel & Tour. Mudah-mudahan pilihan kami tepat.. Insyallah.. Sekarang ini adalah musim cuti sekolah dan harganya agak mahal sedikit berbanding pada hari2 biasa (bukan cuti sekolah) .. Pakej ini adalah RM7590 seorang( harga untuk sebilik 2 orang, tp kalau 4 orang sebilik harga lagi murah sikit) dan kami pergi ke sana lebih kurang 16H/14M insyallah... dan sekarang di Mekah/Madinah adalah musim panas.. semoga perjalanan dan urusan kami berjalan lancar dengan izin Allah.. Amin

  pic :- googled

Insyallah perjalanan kami akan menuju ke Kota Singa terlebih dahulu dan melawat di sekitar bandar tersebut dan pada malamnya kami akan terus terbang ke Istanbul.. Kami mengambil pakej umrah ziarah ke Istanbul kerana ingin melawati tempat-tempat sejarah islam..

 pic :- googled

Saya pergi bersama suami sahaja, anak2 kami hantar ke kampung bersama bibik dan mak akan jaga di kampung .. Doakan kami mendapat umrah yang mabrur dan selamat segala-segalanya.. Insyallah

Buat Farhan dan Emily tersayang, maafkan mama dan papa kerana tinggalkan kamu berdua di kampung dan melepaskan tanggungjawab sementara kepada nenek dan umi.. insyallah kalian berdua selalu ingatan mama dan papa, jaga diri baik2.. jangan nakal2 dan sentiasa ingat mama dan papa yer.

p/s: Plan nak menunaikan umrah ni dari bulan 2 nak pegi, bertangguh ke bulan 3, bertangguh lagi ke bulan 5, dan tanpa disangka, belek2 kalendar, rupanya Allah nak hadiahkan kami tarikh 31 Mei 2012 bersamaan 10 rejab iaitu genap 9 tahun menjadi suami isteri (tarikh dalam tahun islam).. Alhamdulillah hadiah ulangtahun perkahwinan yang tidak ternilai .. Syukur pada-MU YA ALLAH

entry autopublished

11 comments:

Mimi said...

Selamat berangkat & selamat kembali...semoga mendapat keberkatan dalam ibadah dan mendapat umrah yang mabrur..insyAllah..Take Care and early wish from me: Happy Anniversary!

~aSHa~ said...

Alhamdulillah...semoga selamat sampai di sana dan selamat kembali...

semoga mendapat 'apa yang dihajati' bila pulang nanti....

Mooniqueen said...

Semoga sis n hubby selamat pergi n kembali di sana.. Semoga saya berpeluang n ada rezeki untuk menjejakkan ke tanah suci..

.:fyzz:. said...

selamat menunaikan umrah kak mimi n hubby..insyallah farhan n emily OK di smping nenek di kg..take care..selamt beribadah..

Unknown said...

alhamdulillah
akhirnya hasrat akak suami isteri nak kesana tercapai dan dipermudahkan....
aturan dari Allah adalah sangat manis kak....syukur alhamdulillah

Zana doakan akak selamat pergi dan balik..dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang berada di sana...

mamaamni.blogspot.com said...

alhmdulillah..mga akk n hubby slmt mngrjakn ibadah di sana dan dalam lindungannya...aminnn

mamaamni.blogspot.com said...

alhmdulillah..mga akk n hubby slmt mngrjakn ibadah di sana dan dalam lindungannya...aminnn

attyfir said...

semoga selamat pergi dah kembali ye mimi, semoga mendpt umrah yg mabrur..

dan selamat ulangtahun perkhawinan jugak utk mimi dan hubby,semoga jodoh dan kasih sayang kalin berpanjangan hingga ke syurga.amin.

Hirda Ibrahim said...

insyaAllah...semoga dipermudahkan.
jgn susah hati about the kids. derang sure ok duduk dgn maktok tu.

onniesham said...

hadiah anniversary yg paling brmakna

Akmal said...

Salam terima kasih atas perkongsian. saya sempat juga baca sampai habis :) Sy ingin berkongsi pakej percutian all in ke istanbul kami.

http://wiyatravel.com/pakej-ke-istanbul/

ada juga pakej ke tempat2 lain. boleh lawati http://www.wiyatravel.com