Monday, November 11, 2013

Laman Grill

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Cuti Awal Muharam haritu kitaorang lunch kat Laman Grill. tapi sebenarnya plan nak makan mee sotong kat Seksyen 2 Shah Alam. ni gara2 en asben tengok JJCM hari ahad tu.. lepas kitaorang sampai kat medan selera Seksyen 2 tu, dah la susah parking, pusing la 4-5 kali pun tak dapat2 parking. so en asben suh aku turun dulu, cari kedai mee sotong tu.. nanti senang la bila dapat parking terus tuju ke gerai mee sotong tu.. bila aku dah masuk kat medan selera tu, puas aku pusing2 dalam medan selera tu tp tak nampak bayang gerai mee sotong tu.. tetiba ada satu brader kedai jual air ni tegur aku "dik, cari kedai mee sotong ek?, kedai tu dah 8 bulan tutup dik.. dalam 2-3 harini dah ramai orang cari kedai tu.." aku pun tanya balik, abis kenapa masuk dalam JJCM hari ahad haritu.. dia kata "maybe tu siaran ulangan, dah lama dah kedai mee sotong ni tutup".. grrrrr saba jelah.. dah la penat pusing 4-5 kali cari parking.. tau2 tak tutup.. so aku call en asben cakap kedai tu dah tutup.. pastu dia kata alang2 dah sampai Shah Alam, jom la kita pi makan kat Laman Grill.. Restoren Chef Zubir Masterchef tu. ok jom

Aku tengah bengang dengan cik notes aku ni.. sekarang ni gambar semua jd tak berapa cantik.. aku pun tak paham.. merajuk kah? kecik ati kah? datang bulan kah. hahahaha (agaknya dia kecik ati kot dengar aku nak tukar cik note 3?) oklah meh layan gambar2 aku yg tak berapa nak sharp ni








 


ni chicken chop aku.. pelik kan.. lain sikit dari chicken chop biasa tu..
ni yang tengah2 chicken chop tu.. mmg isi ayam semata-mata
ni orang panggil ayam boxing kot.. kepak ayam yang di kikis2 pastu terbalik kan.. sorrylah kalau silap.. aku bukannya terer sgt


pie kentang.. sedap jugak

yang ni lupa.. hahaha

ok pipi dah tembun semula.... mari kita berdiet ..  (dietlah sangat tapi minggu depannya makan nasi briyani gam Johor.. Syabas!)
** Chef Zubir tak de plak haritu, kalau ada, leh amik gambar kan. hehehe

5 comments:

Emy Omar said...

Sedap-sedap food kat situ ye kak..tempat pun nampak selesa.Chicken boxing tu nampak sangat sedap..yum..yum

Chekgu Azrine said...

Sure sedapkan sis..
Harga mhl x

lieyalatif said...

kak kelihatan semua sedap2 le kak...telan ailiyo tgk niek...bolehlaa cube terjah pasnie..dengar2 dah bukak branch kat bangi...tapi tak tau celah mane...nanti lieya pi skodeng2 lah heheeheheh

mane ade tembun kak...memten je laa lieya tgk....

Aida78 said...

sedapnya menu semua nampak sedap sgt ni...ni yg rasa nak g jugak ni...

~emi~ said...

Nampak sedap. huuuu...


btw jom singgah blog sy :)