Thursday, September 11, 2014

Umrah di Bulan Puasa/Ramadhan - Madinah Al Munawwarrah

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Kalini aku tak buat entry hari2 macam dulu2 .. just buat Entry semalam, harini (di Madinah), insyallah entry suasana berbuka di Madinah dan juga Entry di Mekah.. so tak banyak entrylah.. sebabnya, kalini aku kurang bergambar.. ini kali kedua, so aku nak fokus lebih sedikit dibulan ramadhan. dan juga banyak tempat aku dah bergambar masa Umrah kali pertama dulu.. lebih kurang ajer gambar2nya ..

Ni dalam bilik hotel kami.. Hotel Elaf Taibah.. sapa2 nak duduk sini aku mmg recommend la.. hotelnya dekat, bersih dan luas juga.. dan ada wifi tp di lobi lah..


di tingkap tu la aku selalu skodeng kat luar masjid.. tenang je jiwa raga aku
nampak tu.. masjid nabawi dan lampu2 menerangi masjid.. orang tengah solat terawih masa ni.. kan aku baru sampai, nak bersihkan diri dulu time ni..
  


Ni hari esok masa nak ziarah luar.. di depan hotel aku.. Hotel Elaf Taibah.. dari sini dah boleh nampak Masjid Nabawi.. alhamdulillah.. dekat sangat2.. kurang la letih sebab bulan puasa kan.


 Berhadapan hotel aku, hotel Movenpick. kira sebelah-sebelah je.. 



Yang ni plak kat Masjid Quba... tunaikan solat sunat dhuha dan apa2 solat sunat disini, dapat 1 pahala umrah.. tp kene berwuduk siap2 dari hotel yer..




 Ni di Jabal Uhud..

 


 

Kita pergi ke kebun kurma..



Balik dari menziarah luar, terus pergi solat zuhur.. bulan puasa ni senang sikit, tak payah pikir nak breakfast dan lunch..

dalam masjid nabawi, curi2 snap gambar..
 

Balik dari Zuhur sementara nak ke Asar, kami singgah kat Bin Dawood.. beli jubah2 dan buah tangan kat sini..




Ni keadaan dari bilik aku.. panas sangat kat luar nampak kan? silau kat kamera ni.. tp seronok tengok luar, tak jemu2






 

Malam tu aku jumpa silent reader aku yang stay di Madinah.. Fadhlina Hakimi.. dulu dia add aku kat FB.. aku ni jarang approve orang2 yang aku tak kenal.. tp ntah kenapa dia aku boleh approve.. so bila aku nak pi umrah ni, aku contact dia.. nak tau keadaan umrah bulan puasa di madinah.. akhirnya jumpa gak kami di hotel malam tu lepas solat terawih..
 

Ni pulak pagi selepas solat subuh.. pagi2 lagi dah melontar.. masa ni mmg semua peniaga jual barang murah2 sangat.. mmg berbaloi beli masa ni.


Selepas cerah sikit barulah mutawif perempuan bawak kitaorang masuk Raudhah... group aku jemaah perempuan tak ramai.. dalam 7-8 orang je macam tu.. senang mutawif tu nak handle.. mmg dijaga betul2.. setiap benda dia nak cerita pd kami.. sampai kan dalam2 masjid tu semua dicerita satu2.. tp banyak aku dah lupa.. memori dah hampir expired la katakan.. masa kami solat pun, dia suruh sujud lama2.. dia kata tak pe dia jaga.. bila mak guard arab tu marah2 sebab sujud lama2, nanti dia beking.. dia kata kat mak guard tu "hajat, hajat"... solat hajatkan mmg lama kene sujud.. mmg dia kepong abis2lah kitaorang ni.. mmg dia suruh lama2 sujud.. terharu rasanya dengan kesungguhan dia jaga jemaah bawah dia..

baru lepas abis subuh, cuaca dah semakin cerah, payung pun dah buka

pintu nak masuk ke raudhah

ni la mutawifnya.. tp nama aku lupa.. sengal betul la aku ni
group kami... sebelah aku tu isteri Mat Over aka Sulaiman Yassin
Lepas dah balik dari Raudhah makcik2 ni semua ajak aku pi teman berbelanja.. aku ON je.. merayap la kami ni semua pi satu kedai ke satu kedai.. seronok gak layan makcik2 ni

 
 

kenal tak? asben aku dengan Mat Over
Ni cerita keesokkan hari, hari terakhir di Madinah.. nak buat ziarah wida.. selamat tinggal kepada rasullullah saw.. aku keluar awal pagi sebab nak lama2 dalam masjid nabawi.. setelah selesai semuanya, aku dan seorang makcik ni nak balik.. tiba2 kami jumpa anak arab ni.. masyallah comel sangat2.. dlm hati terdetik, kalaulah dapat anak lelaki cantik mcm ni, alangkah seronoknya. heheheh. budak ni pun baik sangat2.. aku panggil2 dia.. lambai2 dia.. dia datang.. aku cium2 pipi dia, dia tak marah, dia suka, senyum jek.. mak dia pun tak marah kita cium2 anak dia.. hehehe


Ok masa untuk tinggalkan madinah yang penuh barakah ni.. siap memakai ihram






Bag dalam perut bas.. nampak tak bag pink? bag aku ler tuuu. hehehehe.. Ok insyallah esok atau minggu depan aku citer pengalaman berbuka puasa di Madinah.. seronok sangat2

Umrah di Bulan Puasa/Ramadhan - Hari pertama berangkat

3 comments:

FadMN said...

best nya baca pengalaman akak.semoga nanti rezeki kami sekeluarga pulak dijemput ke sana.

FAD

Unknown said...

salam perkenalan...seronok baca pengalaman gi mekah...last week akak mimpi gi mekah...jemput la jengah blog akak...:)

Hirda Ibrahim said...

aku tertunggu2 entry ni.
tapi tenet lembs la pulak.
nanti aku khatam from entry mula k?