Tuesday, December 22, 2015

Farhan & Emily Hello Gold Coast Australia - Day 1

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Wah lama betul aku tak update blog kan.. balik dr GC pun dah sebulan, tp tak sempat nak update apa2 entry.. hujung tahun aku agak sibuk sikit, maklumlah kan cuti sekolah panjang.. tiap2 minggu bercuti aje aku ni.. balik dari bercuti, kerja2 ofis pun kene settle lagi.. tak abis2.. kebetulan ni bos pulak bercuti panjang, barulah aku boleh tarik napas lege sikit.. barulah boleh update entry.. hehe panjang betul mukadimahnya..

Tak tau nak mulakan dari mana.. ingat nak share dulu itenary dan cost, tp aku rasa aku nak share experience aku kat sana dululah kan.. entry dah last2 nanti baru share cost dan itenary ye..


Alhamdulillah kami sekeluarga selamat pergi dan balik dari Gold Coast, Australia.. bersyukur juga segalanya berjalan lancar tanpa ada apa2 kejadian yang tak diingini..  semua planning berjalan seperti yang kami aturkan.. dari segi masa, makanan dan perjalanan..  kami bawak stok bekalan makanan pun ngam2 untuk 6 hari tu.. semua stok makanan licin dan kami cuma 2-3 kali je makan kat luar.. lain2 masak sendiri.. kalini kami sekeluarga ke GC bersama dengan kawan en suami.. kawan sepejabatnya.. kami beli tiket ke GC ni awal tahun bulan Januari... Masa tu dapat tiket murah sangat.. mcm tak percaya masa tu AA offer tiket ke GC RM 2,200.00 untuk kami berempat /return (tak masuk meal dan luggage lah).. terus laju2 clik2 website AA beli tiket..  lepas dari tu barulah aku start study mengenai GC.. walaupun ni adalah kali ke dua aku ke GC, tp banyak benda aku kene ambik tau.. sebab masa pergi kali pertama tahun 2005 ikut asben bertugas rasmi ke sana. so banyak mengekor ajelah kan... Masa tu pun Farhan baru 3 bulan... aku tak bawak dia dan tinggal kat kampung.. sekarang ni anak pun dah 2 orang.. dah besar dan suka jalan2 mcm mama dia gak.hehehe so agak berbaloi bawak mereka time2 cenggini kan.. ok lah asyik menceceh je kan.. marilah kita mulakan.. 

Baju2 farhan dan emily aku gulung2 dan masuk dalam bag kecik.. sangat2 menjimatkan ruang..


bag yang ni aku letak separuh makanan dan jajan2.. separuh lg kawan aku bawak.. walaupun separuh, makanan ni pun dah 5kg beratnya.


kiraorang park kat Putrajaya Central.. berbaloi2 park kat sini.. murah dan jimat.. aku park 8h7m parking RM 30 je.. cost untuk naik erl RM36.80 (return untuk 4 orang).. total tak sampai RM70 pun.. jimat banyak berbanding parking di KLIA 2.









menunggu masa untuk berlepas

aku duduk dengan emily dan eisya

farhan dengan papa dia



kene isi borang.. kene declare lah apa2 yang patut

prebook meal.. 

Alhamdulillah kami sampai kt GC lebih kurang pukul 8 pg.. semua berjalan lancar.. yang paling terkejut sekali, bag langsung tak kene periksa (beria-ria aku siapkan list of food supaya senang imigresen cek) .. lepas cop pasport kene beratur untuk periksa bag.. tp ada sorang pegawai ni nampak kami dan amik borang yang kami declare. dia just tanya apa yang kami bawak untuk declare.. aku jawab "just packed food and powder milk" tunjuk kat kawan aku.. pastu dia tanya ANY MEAT? kami kata NO.. dia tick kat borang dan cakap "OK EXIT 1 ".. kami pun tarik bag tengok2 dah sampai luar airport.. yabedabeduuu selamat .... pdhal masa ikut lane 1 tu, kami dah nampak ramai orang beratur kene bukak bag kat lane satu lagi .... mcm2 gak kitaorang bawak.. milo 3 in 1 pun ada.. haha nasib2 lah kan..

muka gumbira sebab tak banyak kerenah kat airport masa ni

masing2 hilagkan kepenatan duduk lama dalam flight


orang yang kami sewa kereta dah sampai.. dia tolong susun bag kami

tu dia.. 6 bag sekali sumbat... pandai dia susun

anak2 kami

kami sewa keta dengan Family Car Rental

baik orang ni.. ajar kami cemana nak return kereta ms kat airport nanti..


nilah dia kami2 yang akan bersama selama beberapa harini.... kami sewa Tarago (Estima 2004) 8 seater.. condition kereta memuaskan .. tak de problem langsung

Tempat pertama kami ke Tweed Heads.. saje jalan2 alang2 dah lalu sini.. pastu budak2 nampak playground, kasi can kat depa main sebab dah seharian kan dalam flight






kami mak2 ni duduk makan jajan je sebab ms ni blom makan apa2 lagi.. kat belakang tu pantai.. cantik tp panas pulak.. malas nak jalan2 tengah2 panas
Lepas tu kami ke Robina Town.. mmg agenda pertama nak ke sini sebab konon2 nak survey harga corelle..


Sampai2 je nampak Chemist Terry White.. ala2 Guardian kita .. ada sale perfume sempena nak krismas.. murah sangat ye.. mcm tak percaya.. dah tentu ori.. sebab dalam mall.. bukan jual tepi2 jalan.. kalau korang kaki perfume sure pening nak pilih yang mana satu .. yang pasti 30 tu bukan RM30 tau. hehehe




Hari pertama sampai kami tak beli dulu.. just survey2 harga.. nanti hari ke 4 baru aku borong perfume..


Pastu kitaorang semua lunch di Ali Baba Kbabs & Wraps.. sedap juga lah sebab dah lapar kan. hehe





tak tau apa ni.. main tunjuk2 aje. hehe





yang kat belakang2 tu of course lah tak halal kan..
pastu kami singgah ke Big W.. nak survey corelle.. harga dia tak de sale.. tp kalau nak beli, still murah dari harga yang orang jual di Malaysia ni.. kiranya berbaloi gak beli. aku beli ke tak?? ok tunggu gak hari ke 4 .. ms tu baru dah ada mood nak membeli.. hari pertama kita kasi cuci2 mata ..








masih ada lg jual Milo dlm tin.. kat malaysia rasanya mcm dah tak de kan (ke aku yg tak jumpa)

Pastu anak aku terjumpa satu kedai ni.. buat anak patung sendiri.. boleh pilih nak anak patung yang mana.. pastu masukkan bulu dlam tu, dan boleh bg dia nama, pakaikan baju dan macam2 lgi la..

emily tengah pam bulu2 dlm anak patung kucing dia..

pastu dia pilih pewangi untuk letak dalam kucing tu.. kasi wangi sepanjang masa

pekerja dia tengah jahit badan anak kucing tu bila dah penuh bulu2 dlm dia


boleh pilih baju 
dia ajar cemana nak pakaikan baju
bagi nama kat anak kucing dia.. siap dapat ala2 surat beranak

inilah anak patung kucing pilihan dia

kemain beso kotak dia emily


inilah kedai dia.. Build A Bear Workshop.. kata emily dia tak sangka ada kedai ni kat Australia.. dia selalu tengok kat
Youtube ada di London je.. rezeki ko lah nak
Dalam pkl 3 lebih kami ke apartment.. kami book Apartment Surfers Beach Holiday Apartment.. 3 bedroom untuk kami berlapan.. alhamdulillah so far kami puashati.. condition semua ok..

ruang makan



dapur dia tak de api. pakai elektrik, pandai2 la nak adjust api tu.. 1st time aku guna dapur mcm ni..


2 kali aku basuh dan guna dryer.. alhamdulillah bawak balik baju bersih ke KL ... tak yah jenuh nak mendobi bila balik KL

bilik emily dan eisya

ini bilik aku.. bilik lg satu kawan punya, aku tak snap gambar pun .. aku mmg request nak 3 bedroom dengan semua katil king.. tak mau single2 bed 

nilah food yang kami bawak .. kebanyakkan barangan Brahims lah.. mmg memudahkan.. aku just rendam dan panaskan dalam periuk rice cooker je.. tak guna pun microwave sebab kalau rendam nasi tu lg lembut .. semua ngam2 je makanan ni sampai balik.. mmg dah kira setiap hari apa yang nak dimasak dan bawak bekal apa untuk masuk themepark.. ada juga kawan bawak beras nasi arab mendhi..

bawak gak sabun.. ada lebih kami tinggalkan aje.. cleaner dia boleh guna nanti.. ms sampai tu kami terus guna sabun thoharah tu untuk samak perkakas dapur

malam tu kami masak lauk simple2 je.. masak nasi putih dan masak sardin.. kari ayam dlm tin just panaskan aje
Nampak tak katil dan cadar extra kat atas gambar ni.. oleh sebab kami berlapan, mereka bg extra 2 tilam lg.. konon2nya setiap bilik untuk 2 oranglahkan.. tp kami tak guna pun.. sebab mmg cukup2 je semua.. kan memasing badan kecik2.. so tak perlu pun bukak tilam extra tu.. depa ingat kami ni mcm depa kot badan besar2 tak muat katil, hehehe.. Lepas dinner, kami semua keluar jalan2 kat bandar Surfer Paradise je.. haha pakai baju tido aje budak2 ni.. belasahlah kan .. sapa nak marah.. ok sebelum pergi australia, aku mmg dah survey nak parking kat mana memandangkan kat sana parking adalah sangat2 mahal.. nasib kami baik, ms aku survey2 tu aku dpt tau ada parking (Chevron Renaissance) di sebelah Circle On Cavil.. berhadapan dengan Hotel Vibe kalau tak silap.. dan yang bestnya dah berkali2 kami park kat sini tp dapat free parking (free dlm masa 2 jam, lepas 2 jam depa charge aud 7.00). hehe

nampak tak Chevron Renaissance tu ... ha masuk parking kat bawah tu

lepak2 amik angin






Kitaorang terus pergi kedai Hard Rock untuk beli baju yang nak pakai hari ke 3 nanti.. nak beli esoknya takut tak sempat.. so beli awal..  

tengah test baju

ni pilihan aku dan en suami

muka rock abis, siap tatoo bagai .. tp baik ramah mesra orang kedai ni..

emily paw aku lagi anak patung Hard Rock tu.. grrrr

kasi budak2 ni makan aiskrim


pastu singgah masuk woolworth jap

besar betul lada benggala ni

roti pun murah gak

ni lah yang aku beli kat Hard Rock tadi

my 1st FM HRC

anak patung kenit ni..

Ok kita sambung lagi yer nanti.. nti aku share total cost aku last part nanti

3 comments:

Chekgu Azrine said...

Wow..best..
Bila la dpt pegi...hehe

Farikica said...

Gold Coast memang best kan... bnyk tmpt nak pegik.. theme parks aje dah berlambak2... hehehe.. banyak ya bawak food... saya pon bawak dulu , makanan kat sana mahal2...

lieyalatif said...

best2.... bagus akak update details nanti senang nak buat rujukan utk siapa2 nak pergi....

nak share jek kalo next time nak beli product brahims leh try pi brahims shoppe...murah beza sgt2 dgn dekat mall...

http://wanderlustdj.blogspot.my/2015/05/membeli-produk-brahims-dengan-harga.html