Friday, December 16, 2016

Jejak Korea Cik Puan Mimi - Day 1

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

3 Disember 2016 (Sabtu)


KLIA2  ----> Incheon International Airport ----> Check in Nungmaru Guesthouse ----> Myeondong

Hari yang ditunggu pun tiba.. lama giler nak tunggu pergi korea. maklumlah beli tiket Air Asia punyalah lama. hehe .. apapun bersyukur sangat sebab semua dah prepare awal2.. mcm biasa kalau nak pergi jalan jauh or oversea aku biasanya beli sedikit makanan segera .. dalam pakej dengan tour guide mmg disediakan makan tengahari dan malam. tp untuk breakfast guesthouse hanya sediakan roti bakar & cereal aje + susu dan 3 in 1 ... mana nak masuk tekak aku pagi2 makan cereal.. 


Jam 3.30 pagi kitaorang dah keluar rumah... mmg saje keluar awal risau takut tak terbangun dan lambat ke KLIA2. baiklah pergi awal2 kan.. budak2 pun tak meragam.. 


Masa sampai tu ingat nak lepak minum kopi kat Mccafe, tp ramai yg tido atas kerusi.. siap tido merengkut lagi so semua kerusi penuh.. last2 kitaorang masuk kat starbuck tp kaunter dah tutup pulak. kebetulan ada 1 meja kosong dan kami dapat duduk situ.. budak2 siap layan ali baba bujang lapuk kat ipad.. semua tahan mata dari tido.. 


Mujur ada cable kat meja ni.. dapat la charge hp kejap.. kiranya kitaorang dapat duduk selesa la kat sini.. kalau bernasib baik dapat kerusi yg panjang leh la baring2..



Pukul 4.30 kitaorang beratur nak drop bag.. orang pun tak ramai sebab masih awal lagi.. then terus masuk ke departure hall.. pkl 6 pg tu terus solat subuh kat area sana.. senang tak kelam kabut..


Before naik flight, Hafiz wasap aku suruh amik gambar berempat sebab dia nak bg gambar ni kat korean driver. Senang nanti korean driver nak cam kami bila dah sampai.


Flight kami delay setengah jam. ntah apasal lambat sangat bergerak.. tp syukur sebab perjalanan smooth .. tak de air pocket pun.. landing pun dengan baik..





Seat aku row area belakang2 sikit .. kalau sebelum ni aku naik AAX masa pergi Gold Coast, kalau duduk area belakang sekalipun, penumpang akan dapat makanan awal.. sebab pramugari akan sorong makanan serentak ... bermula dari seat belakang dan dari seat depan.. so tak de la lama sangat menunggu makanan.. tapi kalini naik AAX pramugari serve makanan dari seat depan sampai seat belakang. bayangkan betapa lama menunggu orang yang seat belakang nak dapat makanan.. lebih daripada sejam.. orang depan dah tersandar kekenyangan orang seat belakang tak dapat makanan lagi.. sabar ajelah..

mcm biasa la prebook meal wajib ada nasi lemak pak naseer.. 
Kami sampai di Incheon Airport lebih kurang jam 3.15 petang.. syukur sebab imigresen tak panjang lansung. mungkin tak bertembung dengan flight lain kan.. beratur tak lama. tak sampai 20 minit dah settle.. macam tak percaya pulak cepat sangat urusan ..




Sampai kat pintu luar aku tengok driver tak sampai lagi.. so swafoto dulu dengan anak2.. sementara tu aku wasap Hafiz tanya pasal driver.. tak lama hafiz balas kata driver dah ada kat luar airport, tp hafiz dah suruh jemput kami kat dalam. yelah kami mana kenal driver tu cemana rupa kan.. oh ye hari pertama ni tak de TG tau .. just free & easy, so depa tak caj kami untuk perkhidmatan harini.. bayaran untuk driver plak TG dah uruskan.. semua termasuk dalam pakej ground kami..





Bila keluar airport, masyallah sejuk sangat2.. masa ni kami tak pakai apa2 langsung glove ke winter jaket yang tebal.. tp nasib baik sekejap aje kat luar tu.. terus naik van hyundai starex ni dan rasa warm je..






Perjalanan dari Airport ke guesthouse dalam masa sejam.. dari terang sampailah gelap.. kat sana gelap awal.. maklumlah musim sejuk kan.. budak2 pun masih keletihan.. semua tertido dalam kereta.



Sampai di Nungmaru Guesthouse, driver bawak van sampai ke atas depan guesthouse .. tau je lah jalan kat korea ni berbukit2... jadi tak de la kami risau angkut bag naik bukit kan.. dah la 4 bag besar.. sejuk2 pulak tu nak angkut bag .. sampai di guesthouse owner dia sambut kami dan terus tolong bawak bag kami naik ke bilik.. masa ni suhu makin sejuk sangat.. tak tahan rasanya..



Inilah bilik kami selama 6 malam. biliknya tak luas sangat dan tak sempit sangat.. just nice untuk kami berempat.. dengan 1 katil double dan 1 katil double decker. wifi pun sangat laju.. puas hati.. 


ada peti ais mini dua tingkat sebelah katil budak2 ni .. kat sebelah gantung hanger tu sebenar nya ada TV.. tak snap gambar pun..  kami solat kat area bag pack tu.. mmg ngam2 je bilik ni..

depa sediakan kabel ni.. banyak plug boleh guna. tp kami bawak extension plug kami sendiri

disediakan sinki, cerek lektrik dan cawan untuk bancuh air..

dalam kabinet di bawah sinki tu ada perkakas2 yang boleh digunakan..

bilik kami tak de kunci atau kad mcm kat hotel tu.. just tekan no bilik .. dan tombol ni dari dalam.. sangat2 security lah.. 

bilik air pun dalam bilik, tak kongsi dengan orang lain.. shampo dan sabun mandi botol besar disediakan.

plan nak cari makan kat Myeondong malam tu, tp budak2 dan bapak budak dah lapar.. so aku masak air dulu.. bukak maggi kasi alas perut dulu..
Pukul 8.30 malam kami tukar baju dan terus keluar ke Myeondong.. mmg plan nak cari street food je malam tu.. alhamdulillah kami makan kebab, nutella pancake dengan roti ikan  .. gambar dan cerita pasal street food nanti aku buat entry kemudian..








beli stokin kat sini.. beli 10 helai percuma sehelai KRW10,000.




Masa ni beli kebab.. sedap makan panas2.. 




Balik dari Myeondong, kitaorang borong sikit susu2 ni untuk simpan dalam peti ais.. beli untuk minum seminggu kat sana.. kedai ni murah sikit.. dekat dengan Nungmaru Guesthouse.. 4 botol KRW4,500 aje.... (hari last day aku beli kat airport 4 botol KRW 6,000)


beli perisa pisang dengan strawberry..

malam tu sebelum tido, kami charge penuh2 hp, powerbank dan bateri kamera..sib baik bawak extension plug.. tak delah berebut2 kan..

Malam tu tido awal sebab esok TG cakap jumpa dia pukul 9.00 pagi di tempat breakfast... bye.. jumpa lagi..

1 comment:

Akak Kembang said...

Nmpk selesa sangat guesthouse tu ... tak sabar tggu citer strsnya