Thursday, December 15, 2016

Jejak Korea Cik Puan Mimi - Mukadimah & Itinerary

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Pada 3 Disember hingga 9 Disember yang lalu, aku dan keluarga telah bercuti ke Seoul Korea.. Alhamdulillah kami dah pun selamat sampai di Malaysia terchinta ni jumaat haritu.. segala yang dirancang berjalan lancar.. setahun kot aku kumpul duit nak bercuti ke korea ni.. biasalah untuk orang2 mcm aku yang travel setahun sekali gini la gamaknya..  aku akan make sure aku akan kumpul duit secukupnya dulu… aku tak nak ada rasa menyesal di kemudian hari .. bukan kita nak melancong tempat yg sama berulang kali terutamanya untuk trip2 yg jauh macam nie…   aku ni plak jenis kalau berjalan tu suka merancang dari awal.. sebab aku suka menikmati percutian tu, bukan jenis asal boleh je pergi bercuti .. lagi2 aku bawak anak2.. so kenelah prepare betul2 kan... tapi tak delah sampai percutian tu bermewah2 dan juga bukan ala2 backpackers … bagi aku asalkan penginapan selesa, cukup makan dan semua tempat dapat pergi dah syukur sangat-sangat..

Oleh sebab aku nak menikmati keindahan bumi korea ini dengan lebih santai, kalini aku ke korea menggunakan khidmat Tour Guide Student (TG)..  ada orang kata tak susah mana pun jalan kat korea ni, boleh je pergi sendiri ... ada orang lain pulak suka dengan Travel Agent (TA) sebab semua ikut je apa yang diplan oleh TA, jadi ikut suka koranglah ... tapi aku plak mmg awal2 dah plan nak pakai TG sebab lebih flexibal.. dia ikut je apa yang kita nak kan.. antara sebabnya satu aku rasa lebih selamat dan tak payah pening2 kepala nak study cara naik subway .. kalau aku pergi sendiri kang bila sampai kat subway mula la tercongok2 baca peta tak paham.. takut habis masa macam tu je dekat sana dan tak sempat nak pegi macam-macam tempat.. compem dah lari dari jadual yg kita  plan.. hahaha dah la bengap nak baca peta. so tak payah la buang masa.. kita kasi serah pada yang pakar.. I followww ... tapi kalau korang rajin study psl subway, tak de hal.. banyak je apps yang ada boleh dirujuk.. aku jek yang tak berapa nak rajin.. malas ler tewww.. 

Alhamdulillah syukur sangat2 sebab sepanjang kami kat sana, semua jenis transport kami merasa naik tau.. daripada van (Hyundai Strarex untuk airport transfer pergi balik), pastu kami naik bas sangkut2, kami naik subway, kami naik train ITX, kami naik teksi dari station gapyeong ke nami island dan bas ekspress nak ke vivaldi park...  mcm2 transport semua kami naik. anak2 pun seronok..  tapi kalau ada jenis orang yang tak suka naik transport awam ni better cari lah travel agent yg siapkan private bas.. lebih memudahkan.. 

Bab makan pun 1 hal gak nak mencari.. dah la pergi musim sejuk.. perut cepat lapo, kang mula la nak marah bila tak jumpa cari kedai makanan halal.. pastu dah sampai kedai kang mula la tak tau nak pilih apa.. ha sekali lagi kita serahkan pada yang pakar untuk mengorder makanan sebab diorang boleh suggestkan makanan yang sedap-sedap  .. kita pun tak was2 kan.. yang lagi best sebab dah masuk dalam harga pakej.. so tak yah fikir-fikir atau berkira-kira makanan tu mahal ke tak.. kita makan aje ..

Lagi 1 bab shopping pun aku rasa mudah kalau ada yang boleh berbahasa korea ni.. at least TG itu boleh la tolong kita nak communicate kan? mcm nak tawar2 ke, nak tanya harga ke? Pastu plak kalau kita dah tau nak aim apa contohnya brooch ke, kain silk ke, souvinir ke, TG tu tentu dah tau dah kedai mana yang murah dan berbaloi.. terus je tuju kedai tu.. tak yah singgah banyak2 kedai, jimat masa.. betul tak, betul tak... 

Kebetulan pulak, mmg masa aku untuk bershopping souvinir agak terhad disebabkan dalam jadual, semua tempat aku nak pergi. so masa untuk shopping souvinir tu aku sempat selitkan pada hari ke 4 iaitu lepas balik daripada vivaldi park.. masa ni TG aku terus bawak aku ke tempat shopping.. tp serius aku cakap.. mmg berbaloi sangat2.. sebab apa berbaloi.. nanti aku cerita pada hari ke 4. sabar naa...

Panjang betul mukadimahnya... baiklah kita teruskan lagi membebel ... Ok yang pertama kita share pasal itinerary dulu la yer..  Inilah serba sedikit jadual perjalanan yang aku sendiri pilih dan tetapkan.. pada mulanya aku plan nak terbang pada malam hari dan sampai esoknya di Korea pada awal pagi dan boleh terus jalan2.. tp husband cakap why not kita amik je awal sehari dan sampai korea petang/malam pun tak pe.. kita just rehat-rehat, santai-santai sebab takut budak-budak penatkan.. esoknya baru kita start jalan2 dengan lebih fresh .. (sebab ada pengalaman masa pi Gold Coast kan.. sampai je terus jalan2.. agak penat juga la sebab ada budak2.. kalau hanya orang dewasa je, boleh je terus jalan2 pagi tu, tak de masalah)

Aku ke Korea ni 7 hari 6 malam tetapi aku guna khidmat TG ni sebenarnya 4 hari je (ahad hingga rabu) .. hari ke 6 (khamis) aku free & easy sebab nak ke lotte world tu tak perlu guna TG.. senang sangat nak pergi... hari 1st day dan last day ke Airport tak perlu juga TG. hanya korean driver je yang akan jemput dan hantar pi airport..

So inilah itenary aku, alhamdulillah 95% apa yang aku listkan tercapai dengan jayanya tanpa sebarang musibah atau halangan.. yg lagi 5% tu just benda2 kecik je contoh mcm aku plan nak makan pau kukus kt nami island.. tp tutup la pulak.. pastu ada la benda kecik2 lg.. tp sikit pun tak merosakan agenda perjalanan aku ni..


Percutian 7H 6M 

Day 1 – 3 Disember 2016 (Sabtu)
(free n easy)
Incheon International Airport
Airport Transfer (pick up by korean driver)
Check in Guesthouse


Day 2 - 4 Disember 2016 (Ahad)
Namsan Tower
Gwanghwamun
Gyeongbukgung Palace
Cheonggye Stream
Hanok Village
Itaewon Street
Seoul Mosque

Day 3 - 5 Disember 2016 (Isnin)
Nami Island

Cat Cafe

Day 4 - 6 Disember 2016 (Selasa)
Everland


Day 5 - 7 Disember 2016 (Rabu)
Vivaldi Park - Ski
Namdaemun Market

Day 6 - 8 Disember 2016 (Khamis)
Lotterworld

Day 7  - 9 Disember 2016 (Jumaat)
(free n easy)
Check out Guesthouse
Incheon International Airport
Airport Transfer ( send by korean driver)


Kalau perasan eh tak pergi Myeondong ke? ala tempat syurga kosmetik tu.. hahaha sebenarnya guesthouse aku iaitu Nungmaru Guesthouse terletak di area Myeondong.. kalau berjalan kaki hanya 5 -10 minit sahaja. so tiap2 malam aktiviti wajib sebelum balik guesthouse mesti singgah Myeondong untuk cuci mata & cuci poket.. hehehe ..

Kalau ada siapa-siapa yang berminat, korang bolehlah hubungi En Hafiz di http://jelajahkorea.blogspot.my/ atau wasap beliau di 019-3944174 .  Itinerary korang boleh bincang untuk diubah, tak semestinya ikut itenary aku.. tak de masalah.. harga pun boleh bincang dengan En Hafiz sebab harga aku base on tahun ni.. kalau tahun depan mungkin dah berubah. maklumlah duit kita makin jatuh.. huhuhu

Panjangnya la aku citer berkenaan dengan itinerary.. ok nanti kita sambung lagi ok.. 

1 comment:

Akak Kembang said...

kak mimi syoknya ... org pun tgh kumpul duit ... dah 2 tahun kumpul tak penuh2 tabung ... kekekeke ...