Thursday, December 22, 2016

Jejak Korea Cik Puan Mimi - Day 2

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

4 Disember 2016 (Ahad)

Namsan Tower ----> Hanok Village ----> Gyeongbukgung Palace  ---->Gwanghwamun ----> Cheonggye Stream ---->  Itaewon

TG = Tour Guide


Ok hari kedua aku di korea aku guna TG.. oleh sebab aku guna TG, so aku tak dapat membantu korang untuk study guna subway dan bas ni tau.. sebab aku mmg follow aje TG.. so aku mmg tak amik port berhenti kat mana, apa nama tempat.. hahah santai sangat kan... tp aku tau la nama2 tempat yg naik subway tu, mcm sindang, jamsil, dondaemun semua tu. cuma aku tak de la beria2 ingat atau catit lepas ni turun mana, lepas ni transfer line apa.. semua aku follow TG aje.. sorry sangat... Tapi kalau dari segi tempat makan ke.. apa nak makan ke... apa best barang kosmetik ke nak beli souvinir apa, insyallah aku akan share dalam entry2 aku seterusnya..

Malam sebelum tu TG wasap aku cakap esok jumpa di tempat breakfast pukul 9.00 pagi. so pagi2 lagi aku dah turun dan siapkan breakfast untuk anak-anak..  di Nungmaru Guesthouse ni breakfast dia tak lah banyak pilihan yang ada.. hanya disediakan roti, butter, jem, cereal, susu.. dan untuk air 3 in 1. cukuplah sebenarnya untuk alas perut .. tp aku siapkan nasi juga untuk alas perut anak-anak .. sampaikan ada keluarga dari malaysia tegur.. bawak brahims ke? aku angguk2 kepala.. mesti depa pikir .. perut melayu sangat ni.. nasi tetap tak leh tinggal.. hehehe.. aku panaskan nasi brahims pakai microwave aje.. 


Hari pertama kita sarap Nasi Goreng Ikan Masin Brahim.. kotak2 semua aku dah buang siap2 dari Malaysia.. aku bawak terus siap pack2 mcm ni.. senang jimat ruang dalam bag.. alhamduillah tak pecah nasi2 semua ni


Ok meh kita layan sekitar guesthouse jap.. guesthouse ni tak besar.. reception kaunter pun sebelah aje dengan dapur dia..


kat sini owner letak duit2 dr orang yang pernah menginap kat sini



ada toaster.. dan juga microwave.. kat bawah toaster ni

nak sewa wifi egg pun boleh kat Nungmaru Guesthouse ni.. tp aku tak sewa pun.. kat korea ni wifi bersepah2.. hehe


kat sini ada pembantu dia (baju hijau) yang akan tolong cuci pinggan kita dah makan.. bukan tak nak cuci sendiri.. tp mmg dia sentiasa ada kat ruang sinki tu.. mmg dia suruh letak pinggan dan cawan kotor .. 

Lepas makan kami terus jalan ke arah Myeondong.. sepanjang kami kat sini.. banyak betul jumpa replika kartun.. seronok lah anak2 asyik bergambar sana sini..




OK sementara tu, kami tunggu TG beli T-Money, kami pergi posing2 dekat replika robocar poli.. comel kan. 



bus stop pun comel .. bentuk bas

ni lah T-Money kami.. tak sure berapa TG topapkan sebab sampai ke hari terakhir masih berbaki duit dalam T-Money ni

Destinasi kami yg pertama adalah ke Namsan Tower.. kami naik bas ke sana. walaupun guesthouse kami dekat nak ke Namsan Tower, tp TG bawak kami naik bas.. tak sanggup agaknya tengok anak2 aku panjat bukit2 nak ke sana.. ada 2 cara nak naik ke atas sana.. yang pertama naik bas, dan yg ke dua naik cable car.. kami naik bas aje..  budak2 kemain happy naik bas.. (nampak nau korang jarang naik bas kat KL kan).. setiap kali kami naik bas.. tak pernah penuh dan tak pernah kene berdiri.. mmg bas kosong aje.. maybe orang suka naik subway kot..




Kami sampai area bas dan lepas ni kene mendaki bukit juga.. dalam 100 meter.. nasib baik kene mendaki dari area bas ni.. kalau jalan kaki mendaki dari guesthouse harus aku surrender awal2..  korang kalau nak datang korea ni mmg kene sarankan exercise la cukup2 kasi stamina kuat .. kat korea ni jalan banyak bukit.. penat giler kalau tak de stamina.. aku naik ke namsan tower tu pun mcm nak putus nyawa la.. dengan sejuknya.. tercungap2 masing2 bernapas. hehehe.. aku tak pasti kalau naik cable car cemana. tp aku rasa mmg semua orang kene mendaki dalam 100 meter ni jugak kot.. or yg naik cable car tu just naik anak tangga .. tak tau mana lg berbaloi.. 

baru sampai area bas.. bersedia untuk naik


Bermula la episod mendaki bukit.. haha nampak tak tu..



Sampai atas.. amik nafas barulah start berposing-posing














Lepas dah bergambar, kami masuk ke dalam kedai dia..


Aku sempat beli ubi keledek panas2... tengah sejuk2 ni mmg layan.. 


masa bayar tu, budak cashier bagi farhan coklat ni..  lepas tanya dengan TG .. dia kata coklat tu ada oink oink  so kami bg kat budak korea .. suka budak tu..





ok jom turun.. masa turun tak de lah mengah sangat..




Dah settle kat Namsan Tower, kitaorang gerak ke Hanok Village menaiki bas..

















dah abis masuk hanok village, kitaorang pun singgah Studio Arirang yang berhadapan dengan Hanok Village ni.. kat sini kitaorang amik pakej bergambar pakai hanbok .. memang teringin nak pakai baju hanbok ni .. ada tempat percuma je kalau nak pakai hanbok ni tp tak de service amik gambar.. tp kat sini ada pakej amik gambar  dengan jurufoto sekali .. 

Studio Arirang = Krw 50,000.00 untuk 1 family (sewa baju, bergambar, dapat sekeping gambar saiz A4, saiz B5 dan 3/4 saiz kecik) dan juga gambar tersebut akan di email terus kepada kita.. siap edit lagi kasi cun!

ini ler studionya.. dari jauh dah boleh nampak

laluan masuk ke studio.. di tingkat atas


bila dah masuk instagram jangan lupa #arirangstudio ni tau
Jom tengok kitaorang pakai baju hanbok ni










Lepas bergambar kami dibawa oleh TG makan tengahari.. area2 dekat dengan hanok village tu jugak. tp lupa apa nama kedai.





Gimbab


sementara tunggu makanan sampai, layan ubi keledek yg beli kat namsan tower tadi




Lepas makan, kitaorang terus naik subway.. sebab kita nak pergi Gyeongbokgung Palace..



Sampai je kat Gyeongbokgung Palace kitaorang amik gambar kat sini dulu ..



Nasib kami agak baik sebab masa sampai ni, tak sampai 5 minit ada upacara  changing of the guards .. aku ingatkan dah tak sempat tengok dah memandangkan kami sampai situ pun dalam pukul 2 ptg (ye kot).. tp best kat sini.. menderu2 wasap masuk.. dapat free wifi.. apa lagi cepat2 masukkan gambar dlm instagram & fb.. hehe



 




Gyeongbokgung Palace

Sementara tu tunggu TG belikan tiket nak masuk sini ... harga tiket tak sure sebab TG bayarkan










lepak sambil minum minum



Kesian burung ini kaki sakit. takleh terbang..


Dah puas kat area gyeongbokgung palace ni, kami terus ke Gwanghwamun Square.. jalan kaki sajer.. jalan santai2 sebab sejuk.. tak rasa apa2 pun ..

King Sejong

Katanya ada demontrasi jalanan.. tp mereka tak ganggu pun kita.. so tak de la risau sangat..




oleh sebab depan tugu ni ada banyak khemah dan tak leh amik gambar secara proper.. kita swafoto ajek sama The Statue of  Admiral Yi Sun-Shin
Perjalanan diteruskan ke Cheonggyecheon Stream.. bersih je tempat dia.. memang cantik. kat dalam tu ada ikan ..






Masa ni pun dah pukul 4 lebih.. kejap lagi dah nak gelap.. datang musim sejuk mcm ni lah.. awal malamnya.. pukul 5 lebih dah gelap mcm pukul 8 malam.. kami terus cari subway untuk ke Itaewon pulak..



Ekslator dia ada 2 jenis .. 1 yang jenis 2 baris.. dan ada yg sebaris mcm ni.. kecik ajer untuk sorang 



kebal dia ni.. orang lain berbungkus kesejukkan ... dia rileks pakai skirt pendek
Dah sampai area itaewon... naik ekslator yg luas sikit .. kat sini mmg displin sangat2.. kalau agak2 tak nak rushing sila la berdiri sebelah kanan .. yg kiri mmg kosong untuk sapa2 yang nak naik laju2.. dan lagi satu dia punya tinggi masyallah.. kalau naik tangga tu mau mencungap2..



Sekali lagi masa sampai kat Itaewon ni menguji kekuatan kaki.. kami nak ke Masjid Seoul untuk solat.. perjalanan tak jauh mana.. tp dia punya membukit tu, masyallah memang membetis la jugak.. naik tegang2 kaki aku naik bukit.. derang dah jalan jauh ke depan, tp aku tertinggal kat belakang.. mmg terasa sangat tegang2 urat kaki.. 4-5 orang Malaysia lalu sebelah aku pun ramah tamah menyapa.. sampai kat masjid tu, aku tukar boot dan pakai selipar.. solat untuk wanita kat tingkat 3.. nasib baik aku teringat nak amik wuduk dulu baru naik atas, kalau naik atas dulu.. mmg cari pasal lah.. tempat wuduk ada di belakang masjid.. sejuk woiii amik wuduk .. mengigil2 aku dengan emily kene air.. 

muka pun dah pucat .. malas nak touch up balik make up
Lepas solat, kami terus pergi dinner.. TG bawak kami dinner di Makan Restaurant .. rata-rata yang aku tengok, pekerjanya orang2 kita dan sangat sopan .. dalam kedai ni pun susun atur menarik dan yg penting ada wifi untuk anak2 aku. hehe








bulgogi


sup apa lupa nama dia. hehe

Grilled Chicken
Lepas makan kami naik bas semula ke myeondong.. ingat nak jalan2 cuci mata tapi teringat malam tu ada Final Gegar Vaganza.. kaki pun dah penat nak berjalan.. jom lah balik gueshouse.. kita kasi sapu minyak panas kat betis dan kaki.. kasi rest cukup-cukup.. esok nak pergi Nami Island.. yahoooo..


best dapat layan Final Gegar Vaganza .. wifi pun lajuuu.. tp tengok pun tak lama. sebab mata dah ngantuk sangat.. hahaha

Kita jumpa lagi di next entry..

5 comments:

emy said...

best nye korea...
dulu2 takdelah tingin sgt nak g..
tp bila tgk ramai dok g korea..
mcm terdetik ..best gak g ni..
explore benda baru kan...

http://storyofsuri-2.blogspot.my/

Anonymous said...

nak TG tempah dr msia or smpi sana baru tempah.....blh kasi no TG?

Hsna Rahman said...

tak terekpres rasanya nak cakap best

betuahnya dapat kesana..untung taw

Unknown said...

mak oih banyaknya gambar. best2 plak tu. semua pakat pi korea hujung tahun ni kan. musim sejuk bestnya! :)

FI said...

kak mimi.. mana cerita sambungan dia.... please sambung semula... im waiting!!!