Tuesday, January 17, 2017

Jejak Korea Cik Puan Mimi - Day 3

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

5 Disember 2016 (Isnin)

Nami Island 
----> Myeondong


Sorry lama terstop pulak nak citer pasal korea ni.. maklumlah awal2 tahun ni macam2 nak buat kan.. dengan kerja opis dengan kerja rumah, dengan anak2 pulak.. pendek kata, bila dah penat, mmg malas la nak memblog... 


Ok dah jangan membebel.. harini kita sambung balik citer pasal Korea ye..Entry harini sangat panjang ye.. sebab gambar agak banyak. maklumla puas bergambar di nami island kan.. hehe ok hari ke 3 di Korea, hari yg di tunggu-tunggu


Ok entry dalam ni gambar bercampur.. gambar2 di nami island semua oleh jurufoto. manakala gambar2 biasa tu dari kamera hp aku je. hehe.. oh ye lupa nak bgtau korang.. sebenarnya hari ketiga ni aku amik jurufoto/tourguide yang mmg stay kat sana juga.. nanti kat bawah aku letak ye page FB dia dan contact no dia.. servis puas hati.. peramah & kepala giler2, mulut pun laser .. hahaha .. eh pandai melayan anak2 aku gak .. 

Ok pagi2 mcm biasa kita breakfast dulu..

pagi ni kitaorang breakfast nasi briyani kambing


Lepas makan, TG kami bawak kami naik bas .. aku rasa naik bas kat sini pun best sebab boleh tengok suasana bandar seoul tu.. kalau naik subway aje apa yang nampak kan? mcm2 jugak diterangkan oleh TG aku tu.. siap tunjuk aku pasar yang dia selalu pergi beli barang basah.. hehehe ..


tunggu bas kat sini
Lebih kurang setengah jam kitaorang turun di station Gapyeong .. kami nak naik ITX.. TG dah beli tix awal2 so dalam ketapi ni tak yah la berebut2 nak cop tempat..





ni no seat kami .. 

ada jual2 air dalam ni. tp tak beli pun. 



depan Gapyeong Station




tempat wajib gambar ni.. hehe




kami naik feri nak ke nami island

ada bendera Malaysia lah!
Ok aku letak gambar aku posing2 kat dalam nami island ni ye.. serius tak rugi korang amik jurufoto kat sini. gambar cantik2.. view pun lawa2.. puashati sangat2.. aku letak gambar ajelah ye.. malas nak taip caption.. tp aku letak tak semua lah. nanti muntah pulak tengok .. hehe













Kami ke Asian cuisine iaitu halal restoren di sana. Walaupun ramai yg rekomen makan nasi goncang, tp rasa tak berani plak nak mencuba .. tp serius aku cakap makanan di Asian cuisine ni mmg sedap sangat2.. nak2 chicken teriyaki tu. Must try ok

lepas dah posing TG bawak kitaorang makan ...  



lepas makan, kitaorang naik atas untuk solat.

Lepas makan dan solat, kitaorang pun amik gambar lg untuk sesi petang..









ok cukup2lah tu gambar dari jurufoto.. menyampah pulak orang tengok karang.. oklah kat bawah ni kita sambung citer..



Lepas dah puas bergambar di Nami Island, kita stay sampai magrib sebab TG kata nak solat dulu sebelum balik.. kat sana kan magrib awal.. kat sini aku frust tak dapat makan pau kukus sebab tutup pulak kalini .. tak de rezeki..



babai Nami Island.. ada rezeki kami datang lagi .. 
otw ke Myeondong

pintu gerbang Myeondong
Sampai di Myeondong, kami dinner dulu.. kalini kami makan restoren di Yoogane. famous gak la di kalangan blogger2 ni.. Kami order Marinated Seafood Fried Rice + mee ramen (kot) haha









Nasi Goreng Seafood
Mee Ramen (kot)


Lepas makan, kami pusing2 sekitar Myeondong.. 




Emily sangat suka dengan characters Line & Friend ni.. so wajib la masuk






Ok lepas dah shopping serba sedikit, kami pergi ke Cat Cafe.. tp citer cat cafe aku letak gambar kendian lah.. dah banyak sangat ni..  Ok kalau nak amik jurufoto mcm aku ni.. korang boleh pergi ke page di bawah ni.. servis mmg tip top.. nama owner page ni Shahrul.. dia dah lama duduk kat korea.. dah expert sangat2 ni.. dia pun buat servis tour guide.. ada contact no kat bawah ni.. kalau nak tau harga sila lah contact beliau.. harga mmg tak mahal pun.. insyallah mampu nak bayar.. 


1 comment:

adarnadzmie said...

Salam mimi...

lama akak x jengah blog.. rindu pulak...

best sgt tgk mimi update citer pi korea... :)