Mama Farhan & Emily
6 Disember 2016 (Selasa)
Everland Themepark
Harini kitaorang akan ke Everland .. everland ni jauh dari seoul.. kene naik shuttle bas .. so pagi2 lagi mcm biasalah tugas aku sediakan sarapan utk anak2.. harini siapkan nasi lemak ekspress ajelah. 2 minit ting! dah siap.. hehe
sila lah makan anak2 |
Bergambar depan Guesthouse .. takut esok2 dah lupa nak snap depan guesthouse ni..
mujur tak jauh tunggu bas .. mmg seronok duduk area myeondong ni. serba serbi dekat.. dari guesthouse ni jalan kaki dalam 5 minit dah sampai bus stop |
duduk belakang sekali.. |
ha penuh bas harini |
Tiket everland TG dah belikan siap2.. so tak kalut depan pintu utama Everland nanti..
Alhamdulillah dah sampai everland.. ngam2 kami sampai pkl 10 pagi kalau tak silap..
Mula2 TG suruh turun ke bawah dulu naik Human Sky ni.. dia suruh explore kat bawah tu dulu sebab macam-macam ada..
Kitaorang pergi Lost Valley dulu..
nampak tak tupai dalam tu |
Pastu kitaorang naik water bus ni.. mmg best sangat2.. puashati. budak2 pun suka
Lepas dah tengok binatang2 semua, kami start cover games yang ada.. ada yang aku snap gambar, ada yang lupa.. tp mmg banyak la games kat situ. orang tak ramai. anak2 puas main sebab tak beratur panjang pun
TG belikan kitaorang lunch harini Burger Udang.. sorang satu.. mmg kenyang sebab portion dia boleh tahan besar gak.
mmg sedap.. rindu nak makan lagi |
Kat dalam ni pun banyak tempat cantik2 untuk budak2 berposing.. aku layankan ajelah.. dah nama pun tempat kanak-kanak
bila terlampau sejuk kami akan cari tiang ni untuk panaskan badan |
Sampai satu tempat kami jumpa ada show mengenai krismas.. mmg lagu merry chismas sesaje.. ramai lah berjoget2 kat situ.. persembahan yang last tu siap turun snow tipu.. aku sempat record masa tu.. seronok sangat. Lepas abis show, ada sessi bergambar.. ala sebijik mcm kat USS di Madagascar tu.. lepas show nanti sapa nak amik gambar.. kene beratur..
Kami stay sana sampai malam gak.. kat sana malam sumpah serius mmg lawa sangat2.. rasa tak nak balik.. bila tengok lampu2 semua dipasang aihhhhh tak leh nak cakap.. mmg lawa suasana dengan muzik2 kat sana.. tiba2 teringat masa kat Hong Kong Disneyland .. lebih kurang mcm tu la.. rindu sangat2
Kami kene balik ikut jadual bas yang TG dah book tu.. kalau tak nanti kene tinggal. so kami balik on time la jugak.. satu hari pusing dalam everland mmg tak puas.. tp tak pelah cukuplah tu.. janji dah sampai kan.. kaki pun dah penat sangat2.. so malam ni kansel lagi nak ronda2 myeondong.. semalam dah ronda.. kita ronda myeondong esok plak... malam ni TG kata kita makan kat guesthouse je sebab masing2 dah penat .. dia dah tempah halal food. alhamdulillah walapun simple aje lauknya tapi mengenyangkan..
1 comment:
menariknya eveland
Post a Comment