Mama Farhan & Emily
7 Disember 2016 (Rabu)
Vivaldi Park - Ski ----> Myeondong
Vivaldi Park - Ski ----> Myeondong
Ok harini kita sambung citer lagi ... mlm sebelum ke vivaldi park ni, tengok forecast weather mmg di jangka snow. tp snow hanya di tengah malam. maknanya subuh2 tu takde dah snow, dah berhenti.. so pagi2 masa kami keluar dari guesthouse mmg jumpa snow.. tp tak lebat... dapat la pegang sikit snow atas kete. oleh sebab pagi ni nak keluar awal pagi .. aku siapkan maggi goreng dalam cup aje setiap sorang ..
TG dah book kan bas untuk ke Vivaldi Park pukul 8.25 pagi. tak boleh lambat, kalau lambat ... bye bye lah hidu asap bas.. so pagi2 lagi TG kata pukul 7.50 pg kene naik subway untuk tunggu bas di station lain.. nasib kami baik.. kami sampai 8.20 pagi.. ngam2 tunggu 5 minit bas sampai.. pastu terus dia gerak.. selamat...
Kami sampai di Vivaldi Park lebih kurang pukul 10 pagi.. di sini aku teringin nak naik Gondola..sebab nak tengok view dari atas.. tiket untuk naik gondola
Adult = 10,000 won (return)
Kid = 6,000 won (return)
dah sampai atas, terus budak2 ni seronok main snow dan berposing2.
alhamdulillah merasa juga akhirnya main snow |
Kami kat sini selama 3 jam aje.. aku mmg plan tak nak lama2 sebab nak balik awal untuk pergi shopping di Namdaemun Market .. so TG setkan kami naik bas balik pukul 1 petang. ada kata puas ke sekejap sangat.. aku cakap alhamdulillah janji dah jejakkan kaki kat sana.. dapat pegang snow.. dapat kasi anak2 puas main2.. cukup lah.. ada yang aku jumpa kat sana naik bas pukul 6 ptg.. kalau ikut lg best lah lama2 kat situ.. tp mcm rugi plak bg aku.. lama sangat.. kejung kat atas tu lama2..
jom turun. kita pergi makan |
TG belikan kami Mee Udon untuk lunch |
Sampai kat station bas (lupa) kami terus naik subway untuk Namdaemun Market..
Ok kat sini TG bawak aku pergi beli souvinir .. kat dalam E-Lendang.. sebelum ni aku pernah survey harga2 souvinir.. tp yg TG aku bawak ni.. mmg jauh lagi murah.. silapnya aku lupa nak snap pic kedai apa sebab excited giler berbelanja.. (gambar2 souvinir aku letak entry lain). lepas tu TG bawak pergi beli brooch pulak.. mmg bestlah. mcm2 ada
Lepas dah shopping souvinir dan brooch, TG bawak kami dinner di Myeondong
TG bawa kami makan di Busan Jib..
Asam Pedas Korea |
Ikan Bakar |
No comments:
Post a Comment