Thursday, May 11, 2017

Trip Gegirl ke Bandung, Indonesia - Day 1 (4 Mei 2017)

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Assalamualaikum semua.. lama tak bersiaran di alam maya ni.. harini free sikit, jadi boleh lah update blog yang makin bersawang.. last week aku dan 3 orang kawan baik telah ke Bandung untuk sessi shopping sebelum raya... aku, ipah dan dilla (kawan masa di sekolah menengah) dan lieya latif (sapa tak kenal saje je kan) akan bersama-sama selama 4 hari.. kalini kami ke Bandung menaiki Malindo Air.

Ok malam sebelum hari kejadian aku, ipah dan dilla naik ERL dari KL Sentral ke Putrajaya.. ok mesti pelik kenapa tak direct ke KLIA .. ni semua gara2 nak jimatkan perbelanjaan la.. kalau amik direct ERL ke KLIA kene bayar RM55 kan.. tp sebab kami amik transit.. harga jauh lagi murah.. ok mcm ni.. kami amik tiket dari KL Sentral ke Putrajaya hanya RM14 sahaja.. kebetulan lieya pun dari putrajaya so kami jumpa dia di sana.. dari stesen Putrajaya ke KLIA plak hanya RM9.40... ini bermakna total perjalanan hanya RM 23.40 .. jimat tak? hehe (perjalanan mcm ni disyorkan pada yang tidak rushing macam kami la.. kalau korang nak cepat, terus aje naik ERL direct ke KLIA ok) ..

Dila, Ipah dan aku



sesampainya di stesen putrajaya, kitaorang pikap lieya plak
Mlm tu kami lepak tido di Surau KLIA .. mmg la flight kami awal pagi kan.. so kami takut pagi2 tu kami rushing sangat. tu yg datang awal2.. esok pagi lepas drop bag, cuci muka, solat subuh, kami minum ringan2 di KLIA.


pekene white coffee

dan kek mable buatan ipah.. 


dalam flight ada di sediakan makanan.. alhamdulillah nampak mcm makanan ringan kan, tp kenyang.. 
Oleh sebab aku tak berapa boleh tido di surau tu, so pagi tu dlm flight aku bantai tido walaupun ada disediakan tv kecik depan seat.. so far over all aku puashati naik malindo.. food dapat, tv ada dan tak gaduh pasal luggage over weight.. 

Alhamdulillah kami selamat mendarat di Bandung jam 11 pagi waktu indonesia .. keluar2 dari airport, supir aku dah nampak aku dari jauh.. tak payah lagi dia pegang sepanduk nama.. nampak sangat selalu pergi bandung kan.. ok untuk perkhidmatan supir boleh deal dengan Hayuka Bandoeng (cari di FB)


Tempat mula2 kami tuju ke Pasar Baru lah ... depannya pun dah ada hotel pasar baru kan. sapa suka shopping kat Pasar Baru berbaloi la duduk situ, tp macetlah sikit ..


tu dia ceria masing2 nak melontar duit.. bersama supir kami bernama Ronnie

benda bertama kami cari ialah telekung
Cantik2 telekung yang kami beli ni. semua kaler pastel. material pun ok.. harga tak la mahal sangat. sebab design ni ala2 design siti khadijah.. so sedap pakai lah.. ok di Pasar Baru ni Hayuka Bandoeng menyediakan seorang pekerja dia untuk temankan kita berbelanja.. (kami dapat yang bernama Holik) .. mereka ini tidak perlu dibayar perkhidmatanya, tp sebagai mengenang jasa, kami bg tips juga memandangkan dia akan bawa kami kedai mana yang murah, so tuju aje ke kedai tu.. takyah nak survey2 lagi (aku tau depa pun akan dapat komisen kan sebab bawak ke kedai tu, tp ok what.. win win situation).. pastu Holik akan bawak semua barang kami yang berat giler tu .. kami lenggang2 aje.. haha kejam kan..


Lepas puas shopping, kami makan siang di Rumah Makan Simpang Raya.. nasi padanglah apa lagi..




Lepas dah kenyang, supir kami bawa ke Rumah Sulam.. di sini terdapat banyak sangat Rumah Sulam.. kalau nak pergi semua, mmg tak terpergilah.. so untuk trip kalini kami singgah 2 rumah sulam (hari pertama dan hari kedua). Rumah Sulam pertama namanya MS Collection.. kedainya besar dan ada wifi.. kat sini ada perkhidmatan tempah baju.. (tp yg datang ukurnya di hotel malam nanti).. rumah sulam kedua kita citer nantilah ye..



disediakan minum air kopi secara gratis
Lepas dah penat membeli belah di rumah sulam dan tempat yang lain2, kami makan makan pula di Kedai Makan Belacan..

masa ni start dah hujan renyai2
cantik tempat makan dia.. ada live band lagi



dinner kami malam tu.. Mee Godok, Nasi Goreng Kambing, Nasi Goreng Seafood dan Mee Goreng apa ntah

Lepas makan, kami semua balik ke hotel untuk check in.. kalini aku check in di Hotel Chara Bandung.. kenapa aku pilih hotel ni, ada 2 sebab.. sebab pertama hotel ni ada 2 katil queen bed.. so boleh duduk 4 orang terus dalam 1 bilik.. selalu jumpa sebilik 2 orang aje kan.. memang plan nak duduk semua sebilik senang nak kirai hasil shoppingan malam tu..  ok sebab yang ke dua, hotel ni bersebelahan aje dengan SPA AMAIA.. so malam tu jugak boleh pergi ke SPA.. lepas abis spa boleh naik bilik terus.. tak yah susahkan Supir lagi..

tu dia.. tu baru hari pertama kan.. nampak sikit, tp bila keluarkan hasil dari plastik, banyak jugak..

nilah biliknya.. 2 queen bed.. selesa sangat..  bukan 2 super single tau..
 Lepas letak je bag, rehat sekejap dan datang pula Ari nak ukur badan untuk kain sulam.. sehari aje siapnya.. upah dia sepasang baju Rp170 (lebih kurang RM60 sama mcm kat mesia) tp yg best sebab siap dalam masa 1 hari (plg lama pun 2 hari) tak yah la hantar tailor kat sini kene tunggu kadang2 berminggu-minggu kan.. lepas ukur badan, terus kami pergi SPA kat sebelah.. malam tu tido nyenyak sebab nak cover tido hari semalamnya.. jumpa citer esok pula..

5 comments:

Unknown said...

Mama farhan n emily..mmg holiday yg the best dlm hidup i bersama best friends i yg baik hati n baik rupa paras ni..tq sygku mimi...

Cik Puan Mimi said...

Insyallah ada rezeki kita pergi jalan2 lagi ye Mama Alice

Unknown said...

Harga supir perday dia kira mcm mana ye? Hotel pilih area mana ye?btl2 town bandung ke?

Unknown said...

Pn. Mimi. Hotel chara adakah selesa? Sy akan pergi bln 12 ini.. Masih mencari hotel yg sesuai.. Sy tgk review sb ade 2 katil queen.. Buat masa ni hotel yg sy nampak sesuai Hotel chara, sb kmi pergi 2 keluarga, 1 keluarga 3 ank, 1 keluarga 4 ank. Pn. Mimi nk tanya hotel cemerlang n red doorz berhampiran pasar baru adakah sesuai juga? Kami stay lama, sb itu, mahu 2 hotel berbeza. Terima kasih pn. Mimi

Cik Puan Mimi said...

Unknown- hotel chara ni bg saya ok.. selesa.. hote ni hanya 3 bintang mcm tu. sebelah hotel ni ada spa.. saya juga cadangkan puan survey jugak hotel IVORY kerana hotel ni juga mempunyai 2 katil queen (sesuai untuk 4 orang).. berdekatan dengan Jalan Riau..