Friday, May 19, 2017

Trip Gegirl ke Bandung, Indonesia - Day 4 (7 Mei 2017)

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Last day huk huk sedih campur gembira.. sedih sebab kejap sangat masa berlibur bersama kawan2, dah nak berpisah.. gembira opkos la sebab nak jumpa suami dan anak2 kan.. dah rindu semua yg kat rumah tu.. flight pukul 10 pagi.. supir janji nak amik pukul 7.30 pagi.. pukul 6.30 pagi kami dah tercongok depan cafe.. tapi belum siap lagi .. haha cepat no kami ni.. so kami pun apa lagi, amik gambar la lagi untuk pengabisan kali sebelum pulang.. 










Ngam2 pukul 7.00 pagi kami pun sarapan untuk terakhir kali di Chara Hotel, harini buffet, so boleh amik je apa yang ada.. yg hari2 biasa tu ala carte..



Pukul 7.30 pagi, kami pun gerak ke Airport Bandung. ala bukan jauh sangat pun. dlm 10 minit je.. kat airport semua berjalan lancar.. scan bag pun lepas.. bag pun tak banyak. kalini naik malindo kan. so  4 orang =  120 kg.. tp total kami cuma 80kg.. tengok.. bukannya banyak kami berbelanja. wakaka




Airport Bandung dah cantik.. walaupun tak banyak kedai boleh shopping, tp oklah ada jugak yang boleh cuci2 mata.. ada kedai buku, ada kedai ala2 7e, ada kafe utk minum2.. dan ada kedai Mayang Sari (jual brownies) .. so kalau ada yang tak sempat beli brownies di Kartika Sari, boleh je beli brownies kat Mayang Sari ni sebagai ole2 bawak balik mesia.. beli kat airport ni je..


Flight dah sampai, nampak troli bawak bag2 kami masuk dalam kargo

handcarry.. yang ni kalau masuk dlm cargo.. hancus berkecai.. haha
Fligth kami on time .. tak delay dan sampai di Malaysia tercinta pun tepat pada waktunya.. Alhamdulillah perjalanan pun lancar, tak de air turbulence ... kat Imegresen pun bag tak di scan .. jalan terus aje tanpa henti.. sampai kat luar.. suami dan anak2 dah tunggu untuk jemput kami.. Semoga ada lagi rezeki kami berempat berjalan sama2 di masa akan datang dan semoga persahabatan ini kekal selamanya .. Terima kasih Allah atas segala2nya..

4 comments:

mamapp said...

Seronoknya mesti hv fun

Anonymous said...

Assalamu Alaikum cik mimi
awak pegi bandung, ground arrangement buat sendiri ker? Chara Hotel dan Holik tu.

Cik Puan Mimi said...

Annyumous :- ye semua saya buat sendiri.. hotel chara boleh book di booking.com atau traveloka... Supir under Hayuka Bandoeng ( boleh cari di FB).. holik tu staff Hayuka yg mmg perkhidmatan dia di Pasar Baru. kalau amik service Hayuka. insyallah mmg disediakan staff seperti Holik yang akan menemani kita di pasar baru tu. Harap membantu

Unknown said...

Kak boleh suggest x kat mana kedai yg boleh tempah blazer yg murah dan berkualiti?