Wednesday, July 25, 2012

❤ Photoshoot @ Lake Garden ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ingat Entry ni??? ok gambar dah siap! happy sangat sebab ada 94 keping gambar.. semua cantik2.. mmg puas hati.. tp takleh la aku share 94 keping gambar tu kat sini. muntah hijau hulk hogan nanti.. so aku letak la beberapa gambar yang aku nak share dengan korang..

4 beranak

anak aku dengan aksi konon2 bukak baju spiderman

aku dan my lil girl

anak papa

anak mama

buah hati mama

dah sama besar padahal beza 2 tahun

me & en suami tersayang

suka gambar ni

dah tukar uniform


main kat playground







❤❤ aku memang suka buat photoshoot tetiap tahun .. sajer kenangan seumur hidup.. nampak anak2 membesar depan mata.. boleh tengok beza dari mereka kecil sampai besar.. sayang keluarga saya ketat2 ...

Tuesday, July 24, 2012

❤ Cameron Highlands ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Macam yang aku cakap semalam aku pi Cameron Highland awal bulan Julai haritu.. tp tak tau la kenapa trip kalini aku tak feel sangat nak bergambar2. maybe aku baru balik dari Umrah.. so tak de la beria2 sangat.. pergi CH ni pun sebab nak bawak anak2 berjalan (kesian derang tak pi mana2 masa cuti sekolah haritu kan) so bawak la derang happy2 sikit.

Hari pertama langsung tak pegang kamera.. sebabnya hari pertama tu sampai dah pukul 2.30 petang.. kebetulan pi CH ni ada jemputan kawin adik kawan, so singgah makan dulu (makan free) hehehe.. sedap giler rendang kambing dia.. dua kali tambah lagi okeh..

Petang tu kami gi makan durian .. atas sikti dari Pasar Brinchang tu.. lepas makan durian, plan nak pi makan aiskrim kat Raju... sekali tu Ya Allah ramai giler orang.. tak de parking. so kami keluar balik.. turun2 je lalu KEA FARM, jalan jem teruk!!! dari kul 6.00 petang aku sampai kat pasar malam brinchang lebih kurang 8.30 malam.. mmg mood dah kelaut dah.. sebab penat dalam keta.. hujan lak tu.. sampai kat pasar malam tu plak tak de parking .. semua penuh.. lg la sakit hati .. nak turun tak boleh, so pandang ajer la pasar malam tu.. jadi hari pertama mmg tak de gambar.

Hari kedua, kami keluar pi jalan2 kat area MARDI (sama tempat dengan Zana pergi tu).. makan2 strawberry celup coklat.. murah dan yang penting sedap dan coklatnya cair.. tak likat cam selalu orang jual tu.. so coklat dia siap boleh colek2 lagi..

memula beli 2 batang.. last2 tambah lagi 3 batang. sedap punya pasal.. dah la murah
see .. coklat dia cair tau.. sedap dicolek2.. kalau yang biasa aku makan tu coklat tu dah keras kat strawberry.. tak syok







 Pastu kami pi petik strawberry.. kira cam acara wajib ler.. tp masa ni gerun sikit sebab hujan lebat.. so tanah agak licin .. kena hati2 la masa pi petik ni..









ni ler hasilnya


 ❤❤ aku mmg suka gi CH ni. kalau boleh tetiap tahun nak pi. tak pernah jemu2.. korang bagaimana?

Monday, July 23, 2012

❤ My Lovely Cactus ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Just nak share a few cactus yang aku beli masa awal bulan Julai haritu masa gi Cameron Highland.. aku mmg peminat cactus.. suka tengok bentuk dia yang unik. aku letak kat opis je.. alhamdulillah cukup cahaya dan sejuk.. aku letak kat tepi tingkap supaya dia dapat matahari, dan of course la dalam bilik aku ada ekon kan..

Oh ya, cactus2 ni semua akan membesar tau.. ada yang sampai melengkar2 lagi..  ok selamat menjamu mata (jamu tekak tak leh, puasa kan)




 
 
 



 ❤❤  - harini nak buka puasa apa yer..

Friday, July 20, 2012

❤ Salam Ramadhan Al-Mubarak... ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Insyallah esok kita akan mula menjalani ibadah puasa.. Dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, diharapkan ianya akan membawa sinar yang baik untuk kita semua bagi mendekatkan diri padaNya.. Ingat, berbukalah secara berpada-pada dan jangan membazir tau

pic googled


Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ” “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: 

- Tak memohon ampun dan maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
- Tak memohon maaf terlebih dahulu antara suami dan isteri
- Tak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. 

Maka Rasulullah saw pun mengatakan amin sebanyak 3 kali. Cuba kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng"amin"kan adalah Rasullullah saw, dan dilakukan pada hari Jumaat. 

Oleh yang demikian, dengan rendah hati aku ingin memohon ampun dan maaf jika aku ada membuat apa2 kesalahan, baik yang sengaja maupun yang tidak sengaja, terkasar bahasa dan menyakitkan hati, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan dan  dirahmati Allah s.w.t, Insyaallah….


 
 ❤❤ harini aku cuti, balik kampung MIL..sajer nak berpuasa kat kampung. minggu depan balik kampung aku plak

Thursday, July 19, 2012

❤ Sneak Peek - Photoshoot @ Lake Garden ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Sabtu baru2 ni aku pergi photoshoot di Lake Garden.. bila aku post gambar kat FB, ada yang kata aku buat photoshoot sempena pre hari raya.. gara2 aku pakai jubah... sebenarnya tak.. semua hanya kebetulan sahaja ... aku beli groupon photoshoot ni sebulan sebelum aku gi Umrah kalau tak silap.. Aku, Sham dan Hirda beli groupon ni sama2 tp pi photoshoot hari yang berlainan.. kami beli sebab murah .. RM39 ajer (harga sebenarnya RM450).. tp untuk anak lebih dari satu macam aku dan hirda kene tambah RM30.. tp still murah dan berbaloi..


 sebelum kami berphotoshoot, kami snap 2-3 pic dulu.. jom tengok

baju aku dan emily ni lebih kurang sama. beli di Madinah ... Tudung plak Fareeda vs Ariani.. heheheh
kesayangan hamba..
 
cemanalah agaknya hasil photoshoot tu nanti. emily ni bukan suka tengok kamera.. adoooiii


 ❤❤ tak sabar nak tunggu hasil photoshoot ni lagi seminggu!!