Monday, February 20, 2012

❤ Jalan-Jalan Ke Penang - Hari Pertama ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok banyak nak cerita sebenarnya.. semua citer mengenai bulan 12 haritu.. terlambat nak cerita.. maklum ler nak cari mood nak bercerita kan.. tp gambar2 semua aku dah letak kat FB.. so sapa2 yang mmg dah friend dengan aku kat fb dah lama tengok la kan.. tu pun kalau bukak la album2 aku tu, kalau tak bukak pun, tak tau cerita gak..

Last disember plan ke Penang.. dah lama tak pi penang.. so kami bercuti kat sana selama 3 hari 2 malam la.. kebiasaanya kalau aku pergi jalan2 kemana2 aku mmg tak berapa suka/jarang snap pic pada hari pertama.. ntah la, maybe penat dalam perjalanan dan maybe sebab hari pertama biasanya tak de aktiviti yang best2 kot.. 

Masa pergi kami lalu Jambatan Pulau Pinang.. time balik baru naik Ferry


sampai hotel, posing2 sat kat depan cermin.. tu pasal gambar tak berapa clear..


gambar bilik hotel, semua blur2.. ntah la tangan ni parkinson jap kot masa snap gambar.. so tak yah letak la.. dah hilang penat, cakap kat hubby nak pi buat spa jap.. so aku dan kawan aku pi turun ke tingkat 2 cari SPA.. sementara hubby bawak anak2 pi mandi manda kat pool


ni antara pakej2 yang ada..


boleh pilih minyak apa yang kita nak untuk dimassagekan.


aku pilih  minyak De Stress.. konon2 nak hilangkan stress la gitu. heeheheh


Sementara badan aku dikerjain, anak2 sibuk mandi kat pool..  cantik pool dia.. besar giler.. ada slide, ada pasir2 dan ada macam2 game kat sini, ada congkak, futsal, dam ular, chess, pingpong, snooker.. pendek kata tak bosan la kalau mmg nak merehatkan diri di hotel semata2.. kot2 malas nak merayap kat luar kan.. kata pun gi holiday nak merehatkan badan kannnn


farhan mmg suka main pasir dari mandi pool.. adik dia je yang tergedik2 mandi pool


Malam pulak kami makan di Padang Kota... tp serius la kalau pergi penang ni, mcm tak mau singgah makan kat sini.. baik makan tempat lain..  mahal giler.. mmg derang tekan abis2 untuk orang yang bukan orang penang ni..


kami makan macam2 gak malam tu, tp tak semua pic aku letak kat sini..  sotong bakar ni boleh la tahan.. tp mahal .. sepinggan RM20. huhuhu, sotongnya berapa kerat je


sotong kangkung.. ok la boleh la tahan harga dia


ok ni kue tiew udang.. serius TAK SEDAP.. harga je mahal RM8.00, so aku makan udang je.. kue tiew tak makan.. tawar hebeh, mmg tak IN la dengan tekak aku.. eh jangan saman aku tau, aku tak mention  pun aku beli kat gerai yang mana kan????


ok lepas makan, kitaorang pi Batu Feringgi.. apa lagi, ronda2 pasar malam ler.. tp tak beli apa2 pun, just beli FM dan sehelai dua baju budak2.. pastu balik tidoooo

2 comments:

.:fyzz:. said...

salam kak mimi..bestnya jalan Penang..ingt kenangan masa dok penang..

kak mimi nmpak slim la skang nih..serius..:P

Unknown said...

nxt week sy nak jalan2 gi penang..saje survey dlm tenet terjumpa blog akk.salam perkenalan.