Friday, March 30, 2012

❤ Ketika Cinta Bertasbih ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Kali pertama tengok citer ni, aku terus jatuh cinta .. jatuh cinta dengan jalan citer dia.. indah betul cerita ini berlandaskan agama islam.. tutur kata, jalan ceritanya, wataknya.. semua la.. dan yang paling best, dah tentu lagu nya.. bait2 lagu ni mmg menusuk ke kalebu.. ala2 islamik la.. kalau nak tengok tau liriknya, aku ada letak kat bawah sekali.. boleh dengar youtube sekali..

Ketika Cinta Bertasbih ini (KCB) sebenarnya filem, dan ianya ada 2 filem iaitu  KCB 1 dan KCB2.....KCB 1 di keluarkan pada 19 Jun 2009 dan KCB 2 pula di keluarkan pada 17 September 2009 .. citer ni mmg hot /top di Indonesia la satu ketika dulu.. sebenarnya aku dah tau lama citer ni, tp baru sekarang nak buat review.. hehehe

Bg aku citer ni hebat, mmg menekankan aspek keagaaman.. batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan  memang dijaga .. bayangkan walaupun dalam citer ni pelakon melakonkan watak suami isteri, tp tiada adegan pegang2 tangan, peluk2 jauh sekali  yer.. even di pagi raya pun tak de salam2 cium tangan suami... kalau part sakit pun, tiada sekali pun mereka bukak tudung/aurat.. mereka akan pakai tudung jugak.. betul2 citer ni berlandaskan agama islam .. kagum betul aku.. lg satu, aku banyak belajar tentang hidup dalam citer ni.. nak citer lelebih pun tak reti, korang tengok sendiri baru korang faham..

buku ni aku baru beli kat MPH.. sebab minat, aku beli gak walaupun harganya RM70... 
ada seribu lebih muka surat ..


ok mari kita sama2 tengok youtube citer KCB 1


jom layan.. fahami jalan citer filem ni bebetul.. baru boleh faham jalan citer filem seterusnya


dah abis tengok?? jom sambung tengok KCB 2 plak


baru la tau apa kesudahan filem ni kan..



lepas aku tengok KCB 1 dan KCB 2, aku dapat tau, citer ni disambung ke Sinetron.. iaitu KCB Spesial Ramadhan (ada 56 episod) .. suatu ketika dulu astro tengah promo Channel Astro Pelangi 141/142, so dapat la aku tengok beberapa episod KCB Spesial Ramadhan ni. oleh sebab tak langgan, tak dapat la aku tengok kesudahan citer ni.. kebetulan tahun lalu, hubby ke jakarta dan aku pesan cari dan beli DVD citer ni kalau jumpa..  memang rezeki aku, suami aku jumpa kat salah satu kedai di salah satu Mall di sana.. suami aku yang amat2 faham dengan minat aku lalu dibelikan DVD ini untuk koleksi peribadi aku.. 

ni ler koleksi DVD nyer





Lepas citer KCB Spesial Ramadhan, bersambung plak sinetron KCB Meraih Ridho Ilahi dan sinetron Dari Sujud ke Sujud tetapi DVD citer ni belom ada di pasaran Indonesia. so kene la aku bersabar sikit nak dapatkan DVD ni.. Sinetron Meraih Ridho Ilahi dan Dari Sujud ke Sujud ni dah ditayangkan di Channel Astro Pelangi 142, tp sebab tak langgan aku tak dapat la tengok citer ni.. nak tengok kat youtube plak tak puas. sebab banyak episod .. tak pe, nanti aku tetap akan cari gak DVD nyer. dalam citer Dari Sujud ke Sujud nanti ada watak baru iaitu watak Marsyanda .. sapa tak kenal Marsyanda kan? mmg hebat lakonan beliau..



ok jom kita dengar bait2 lirik lagu KCB ni plak ...

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

4 comments:

Dilla Kim FHKD said...

wah... sy pn peminat ketika cinta bertasbih ni... lagu best sgt kan...
kat mana akak beli collection dvd tu?
nk beli gak. hoho

rasp said...

i lum tgk yg edisi ramadhan tu...
tapi citer & lagu nie mmg best kan sis...

wanie said...

wanie pun suka cerita ketika cita bertasbih ni...best sgt jalan cerita dia

Zana Nordin said...

wah kak....
rasanya zana ada copy novel tu..download dari internet...tp dah lupa dah link dia apa

salute ler kak
kiranya almost semua cerita nie ko dah ada...tinggal a few jer lagi tu..insya allah..ada rezeki nanti, dpt ler ko kumpul semua kak..

citer2 indon yg berunsur keagamaan mmg bestkan kak..jalan cerita dia...lagu2 dia...semua best, indah utk dihayati