Salam Bismillah
Mama Farhan dan Emily
Ni aktiviti dah lama jugak.. aktiviti aku rasa mmg bagus untuk budak.. biar lebih kreatif dan berkembang otak kanak2. kalau sapa2 rajin nak bawak budak2 buat aktiviti macam ni, meh la singgah ke OU.. deret2 dengan Chillis.. dekat jugak dengan MPH.
kalau rasa nak buat sesekali je, hanya RM50 sekali masuk.. tp kalau anak2 suka datang sini, baik amik pakej, murah sikit rasanya
masa masuk tu kene register dulu la.. pastu nanti teacher dia akan pakain baju khas untuk anak2 supaya baju derang tak kotor dan comot. yelah nak main dengan water kaler kan.. kalau kene baju, jenuh nak sental.
Emily dah standby nak mewarna.. kemain dengan spec merah dia tu. kuat melaram anak dara aku ni
untuk kali pertama, teacher akan ajar cemana nak kaler semua la.. step by step, pastu baru anak2 buat sendiri.. mengikut kreativiti dan minat derang..
aktiviti ni akan mengambil masa lebih kurang 1 jam - 2 jam, bergantung pada craft yang depa nak buat, kalau craft yang senang, cepat la siap, kalau susah, lambat la nak siap.. but dun worry, teacher akan bantu... masa ni korang leh tinggalkan anak korang di sini.. depa mmg akan jaga dan pantau.. takkan sewenang2nya orang lain akan amik anak kita.. so masa ni korang nak shopping ke, nak makan ke, nak tengok wayang ke (kalau sempat la) sukati la.. tak de hal punya.
tengok betapa khusyuknya.. aku panggil pun dia bolayan..
biasanya aku perasan anak2 cina suka ke sini.. maybe mak pak derang nak shopping so derang diletakkan di sini.. or mmg anak2 cina ni suka benda2 kreatif kot?? tp bg aku , aktiviti mmg menyeronokkan kanak2 la..
untuk cepat kering bila dah cat warna kat craft tu, depa bagi hair dryer untuk keringkan ..
lepas dah siap semua, boleh cuci tangan.. ada disediakan pantry. masa ni kebetulan bibik ni tengah cuci tangan anak majikan dia.. dia tolong cucikan tangan emily sekali.. terima kasih ye bibik..
yeh dah siap.. saya boleh balik.. sebelum balik, sila bayar RM50.00 ye..
ok ni la hasilnya.. carriage untuk princess
ada macam2 hasil craft yang boleh dilihat kat sini.. anak2 boleh pilih mengikut umur derang.. rasanya cuti sekolah mmg sesuai bawak anak2 ke sini.. tak de la anak2 bosan sangat
1 comment:
wah..mmg menarik ler kak aktiviti mcm nie
for sure bebudak suka...
kalau ler ada kat kluang..
kan best...
emily pun nampak enjoy sangat ngan xtvt yg ada tu..
panjang kemain rambut emily
siap eyeshadow kaler merah gitewww
he hehe..anak2 dara kita mmg suka melaram yerk kak
Post a Comment