Wednesday, June 13, 2012

❤ Spray Wudhu ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Masa aku pi kursus umrah haritu, derang ada jual Spray Wudhu.. mula2 confius juga apa kegunaan dia, tp aku beli gak.. balik tu aku try google.. ok baru la aku faham.. Kadang2 bila kita berada dalam masjid, sementara masuk waktu solat fardu, kita banyakkan solat sunat, baca quran dan berzikir... jadi bila dah lama2 duduk, kadang2 kita terkentut or terbatal air sembahyang.. pastu kalau kita nak keluar gi bilik air untuk amik wudhu semula, takut payah sebab orang dalam masjid kan ramai, takkan nak main langkah2 orang je kan. pastu takut plak orang lain cop tempat kita.. dah kita rugi sebab kita tak dapat masuk balik dalam saf .. So untuk memudahkan.. kita guna spray wudhu, jadi kalau kita terbatal wudhu pun, kita tak yah bangun dari saf, kita ambil wudhu dari saf tempat kita nak sembahyang tu jek..

 ni ler gambar botol spray wudhu tu



kena baca syarat2nya dengan betul.. kat bawah aku ada tulis cara-cara penggunaannya



Ok kat bawah ni adalah cara-cara untuk mengambil wudhu menggunakan spray wudhu :-
1. Mula2 Niat

"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala".
2. Sapu seluruh muka dari dahi hingga ke hujung dagu dan juga sisi muka di depan telinga dan niat sekali di dalam hati. "Sahaja Aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Sahaja aku mengangkat wudhu' kerana Allah Ta'ala".
3. Pastu spray tangan kanan dan ratakan keseluruhan tangan dari siku hingga ke hujung jari.

4. Spray ke tangan kiri pulak dan lupa ratakan air tu dari siku sehingga ke hujung jari.
5. Pastu spray ke kepala dan meratakan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut. tp bagus juga kalau dapat menyapu seluruh kepala.
6. Ok seterusnya spray kaki kanan dulu, ratakan air di hujung jari kaki, tumit, buku lali dan kaki.  
7. Dan terakhir sekali spray kaki kiri pulak dan ratakan air di hujung jari kaki, tumit, buku lali dan kaki juga

9 comments:

rasp said...

memang memudahkan ada spray nie kan sis...
zaman sekarang byk yg dipermudahkan untuk kita dah...

Unknown said...

gud info ler kak mimi
tak pernah tahu pun kewujudan spray wudu' nie..
betul gark tu..
bila dah kat sana...org dah ramai
kadang2 susah utk pergi ke tandas utk ambil wudu' balik...

Jasfyra said...

sgt bagus la spray wuduk ni kak..bagus sgt info akak ni

Mooniqueen said...

Baguslah spray ni... Baru tau...

Apa apa jer said...

terima kasih kerana telah membeli botol spray wudhu.kami bagi pihak syarikat berterima kasih atas pengalaman tuan menggunakan botol spray wudhu,alamat fb syarikat facebook.com/hajiumrah2u.berminat untuk menjadi pengedar boleh hubungi saya Bistari 0179411812.flyers bergambar cara penggunaan botol spray telah kami cetak untuk kemudahan pengguna

Apa apa jer said...

terima kasih kerana telah membeli botol spray wudhu.kami bagi pihak syarikat berterima kasih atas pengalaman tuan menggunakan botol spray wudhu,alamat fb syarikat facebook.com/hajiumrah2u.berminat untuk menjadi pengedar boleh hubungi saya Bistari 0179411812.flyers bergambar cara penggunaan botol spray telah kami cetak untuk kemudahan pengguna

yusop junaidi said...

Salam mcmana nak order botol spray wudhu

Mohd Firdause said...

Bagus ni...boleh guna untuk mendaki gunung yang takda sumber air

Unknown said...

Assalamualaikum. Nak tanya macam mana nak jaga supaya aurat tidak terdedah semasa berwuduk cara spray ni? Sbb kita berwuduk di tempat org ramai. Confius..tolong beri pencerahan. Terima kasih.