Monday, June 25, 2012

Travelog Perjalanan Umrah Ziarah Istanbul, Madinah, Mekah - Hari Pertama

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Alhamdulillah aku dan suami selamat sampai ke Malaysia pada sabtu pagi pd jam 1.30 pagi.  Ok harini aku nak cerita mengenai perjalanan kami ke mengerjakan umrah. Aku akan cerita “hari by hari” la yer.. mmg agak panjang ler ceritanya. Gambar pun banyak.. kalau ada yang bosan dan tak suka, tak perlu baca. Niat dan tujuan aku tidak sama sekali untuk menunjuk2 apatah lagi riak. Tp sekadar nak berkongsi pengalaman, mana tau ada yang akan mengerjakan umrah sambil ziarah ke Istanbul. Insyallah mana yang baik boleh la dijadikan panduan, tp kalau rasa yang tak baik, jangan la ikut tau.. hehehe (sebenarnya beberapa bulan sebelum aku berangkat, aku selalu google umrah ziarah Istanbul, tp selalu kecewa sebab tak banyak benda aku dapat info, tu pasal aku berazam nak buat entry2 ni semua, sebagai panduan kalau ada yang nak ke sana)

Kami diminta untuk hadir ke pejabat Andalusia tepat jam 7.00 pagi. Aku sampai sana awal jugak ler, dalam 6.45 pagi.. Bfast dulu kat restoren mamak kat situ. Pastu terus ke pejabat Andalusia.. Tunggu punya tunggu tp bas tak muncul2 lagi. Dugaan pertama dah datang, rupanya bas kami rosak.. ada problem dengan brake. Tp aku bersyukur sebab dia rosak sebelum perjalanan. Kalau rosak dalam perjalanan gimana? So kami semua kene tunggu dalam pejabat sementara bas ganti tiba. Lama juga la kami tunggu bas tiba..


Pengurus kat situ faham situasi jemaah yang dah resah gelisah. Dia pun bagi gak kami saguhati dengan memberikan kami simkad MOBILY secara percuma pd semua yang hadir. Alhamdulillah rezeki pertama.. sebab kalau nak beli simkad, kene bayar SR40 lebih kurang (SR = Saudi Riyal).


Oleh sebab dah lambat sangat, Dato Daud Che Ngah ajak kami minum pagi kat sebelah pejabat.. (rezeki lagi) sambil member sedikit tips2 kat kami.. masa ni sedikit pun aku tak rasa marah or penat menunggu, aku anggap semua ni dugaan. Aku tak kisah pun kalau tak dapat melawat Singapura (dalam itenary ada lawatan sekitar Singapura). Maybe sebab aku dah selalu ke sana, so aku rasa kalau tak dapat melawat pun taka pa la.. tp kesian juga dengan jemaah lain yang tak pernah ke singapura. Tentu mereka hampa..

Bas sampai sekitar 11.00 pagi.. bayangkan betapa jemaah2 lain ada la yang rasa tak puas hati dan resah gelisah, tp aku faham, maybe mereka penat.. tak leh salahkan mereka juga..

Dalam bas, pihak Andalusia meminta maaf atas kelewatan dan mmg tak sempat sangat nak melawat sekitar Singapura. Sebagai ganti, mereka pulangkan RM100 setiap jemaah sebab tak dapat melawat. (aku anggap rezeki jugak la dapat balik RM100 tukan).

dalam ni ada RM100
Perjalanan dari Tol Sg. Besi ke Senai mengambil masa 3 jam.. serius mmg laju bas ni bawak, maybe nak kejar masa yang dah lewat.. aku dalam bas tido sepanjang jalan sebab malam sebelum tu aku tak tido langsung sebab kemas bag. Sedar2 dah sampai Restoren D’Ambang, Senai. Food dia oklah, tp sebab dah sampai pun lewat, mood nak makan pun kurang. Hehehe


Lepas makan, bertolak ke tol gelang patah untuk amik lagi jemaah dari Johor.. pastu terus masuk second link dan perjalanan lancar terus masuk singapura. Lebih kurang 5.30 petang sampai dan tempat pertama kami tuju adalah Masjid Sultan untuk solat jamak takhir Asar – Zuhur.

Masjid Sultan
Masjid Sultan
 Dah selesai solat jamak, kami di bawa ke hotel bajet untuk mandi dan tukar pakaian. Ala tak kisah pun, janji leh mandi kan.. bukan nak tido pun..


Jam 8.00 mlm tu kami dibawa untuk makan malam. Memula ingat derang bawak ke Restoren Zam zam, tp kami di bawa ke Restoren Anak Bapak (kat Singapore mmg suka letak nama citer2 P.Ramlee ni, Restoren Anak Bapak la, Restoren Labu Labi la. Hehehe) .. Food dia mmg sedap.. makan berhidang.. kami satu meja dengan jemaah yang lain.. Lepas makan, jemaah solat kat Masjid Kassim (disebelah Restoren) untuk solat jamak takhir isyak - maghrib.






 Ok dah settle semua, jom kita ke Changi Airport. Semua urusan bagasi dan check in family by family.. Alhamdulillah lancar semuanya.. kami naik Turkish Airline dan T.A ini memperuntukkan seorang 40kg untuk bagasi.. best kan?


 
Sementara menunggu boarding kami lepak2 sambil surf internet yang disediakan… ada gak tempat charge hp secara percuma.. best betul ler airport kat sini..

sempat lagi say good bye kat kawan2 di facebook..
sempat lagi tu charge kat sini.. ada macam2 jenis charger tau..
Flight kami berlepas jam 11.50 malam... naik T.A ni sebab jauhkan so adalah TV kat depan seat kita. Ada banyak giler movie dan games. Tp mata aku mmg mengantuk. So aku terus tertido sampai kul 1 pagi. Hubby kejut sebab stewardess serve makan malam. Lepas makan, tak dan nak tengok movie aku tido balik sampai la hubby kejut lagi sebab stewardess serve plak breakfast.. giler nyenyak aku tido (dasar kuat tido).. fuh makan tido makan tido ajer lah kerja aku dalam flight ni.. masa bfast baru aku tengok movie.. sebab lagi 1 jam mau tiba di Istanbul



berani minum air  SAKA?? wakakaka




 ❤❤ To be continued …..

9 comments:

mamasuri said...

bestnyer dpt g umrah...sy tunggu travelog di next entry awak...sy jarang tgk org bt entry g umrah..excited jugak nak tau ni...

Mimi said...

SubhanAllah, setiap dugaan ada hikmahnya...seronok sgt baca entry ko...cepat2 sambung k...seblm ni jarang dpt baca entry org gi umrah ziarah istanbul...elok sgt ko buat entry ni utk reference kemudian hari...

Mooniqueen said...

Gud info... Lepas ni kalau nak gi mekah, boleh la tgk entry ni... Cepat update lg pic.. Memang teringn nak sampai ke tanah suci, belum Ada rezeki je lagi...

Hirda Ibrahim said...

yer..
sila citer details yer...
kot2 le ada rezeki aku nk pi sana.

ratna said...

Kat cni pun ada air saka tu kak mimi..gelak giler masa memula jumpa. Pdhal air mineral jer...

Ibu Siti said...

air saka tu mmg part kelakar...hahaa...

onniesham said...

setiap dugaan ada hikmahnya kan. seronok baca entry ko ni.

nifalnin... said...

seronoknya bc travelog kak mimi nih
nanti sambung lg tau

leh wat rujukan nanti.. insyaALLAH...

Gorgeous_Arie said...

ty sbb buat travelog nih :) excited to read n very interesting. utk pengetahuan we all akan gi umrah ziarah istanbul next month cuti skolah :)