Monday, December 9, 2013

Farhan Naufal dah jadi orang bujang! Alhamdulillah dah selamat berkhatan

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Lama tak membebel2 dalam blog.. tak tau nak citer apa sebenarnya.. cuti sekolah pun bukannya banyak aktiviti menarik pun.. tp minggu lepas mmg kami ada ke Johor Bahru.. nanti aku citer ok.. tapi harini aku nak citer pasal Farhan.. alhamdulillah,dia dah selamat berkhatan semalam.. mmg pada mulanya dia tak mau, tp aku pujuk2, akhirnya dia nak.. memula aku nak tengok sendiri cemana proses berkhatan.. tp emily tinggal sorang2 kat luar, so aku masuk kejap dan lepas tu aku keluar  .. risau kat emily pun ye jugak..

Masa mula2 injek tu mmg farhan nangis kejap.. terkejut! lgpun mmg sakit katanya.. aku tengok jarum tu pun beso gak.. adehh.. dua kali kene injek ko.. Farhan guna kaedah laser .. doktor tarik hujung kulit tu dan zap zap potong .. hangit satu bilik.. pastu jahit la.. adoii ngeri tau.. oh ye farhan berkhatan ni dekat je dengan rumah aku.. di Poliklinik Zainee.. RM 120 je, murah kan.. siap dengan ubat antibiotik, ubat tahan sakit, ubat gatal, dan ubat tahan bengkak..

sebelum keluar rumah

 
di poliklinik Zainee

 
Berdebar2 masa ni.. doktor suh papa menenangkan Farhan


 
Alhamdulillah dah sunat..

2 hari ni papa cuti.. nanti rabu sampai jumaat mak aku plak datang jaga farhan.. aku tak amik cuti, sebab cuti dah nak abis.. sib baik papa dan mak aku gilir2 jaga Farhan..

5 comments:

Chekgu Azrine said...

Tahniah farhan...
Be a good boy k

Lynn Hamzah said...

syukur alhamdulillah...
dah jadi orang besar dah...

Zana Nordin said...

gud job abg long...
comel jerrr farhan nie kan kak mimi.....tinggi lebih kurang adik jer...
nie lepas sunat mana tahu cepat meninggi si bujang akak nie....selaluneyr camtu ler kan..

so....selamat jadi anak bujang yerk abg....

onniesham said...

dah selamat dah. moga cepat sembuh k

Faiza Erina Rahmat said...

selamat da,,, semoga cepat sembuh,, hihihi