Thursday, March 26, 2015

Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil - 30 November 2014 (Day 1)

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Akhirnya harini barulah aku rasa nak share citer2 masa percutian bersama Pak Nil pada cuti sekolah akhir tahun lepas. hehehe.. aku pun tak tau kenapa lama sangat nak citer kat blog. maybe sebab gambar banyak, malas nak sort, tak de mood dan macam2 lagi. alhamdulilah mood dah datang. hehe

Kami ke Penang menaiki bas yang disediakan. Kesian plak nak suruh hubby drive pagi2 dan balik nanti nak drive lagi kan. sure penat... so kami amik keputusan naik bas sahaja.. tak perlu risau  jalan jem ke, ketinggalan cruise ke apa ke kan..  jam 5 pagi kami dah bangun ... maklumlah kene ada di depan Berjaya Times Square sebelum 6.30 pagi. kawan hubby yang tolong hantarkan.. singgah di stesyen minyak untuk solat subuh.. sampai kat depan Berjaya ngam2 pukul 6.20 pg.. lege... anak2 muka ngantuk lagi tu..



Sampai RnR Tapah, barulah breakfast.. amik simple2 aje.. malas makan berat..


 

Dalam bas, urusetia bg kami tag ni sorang 1. kene pakai sepanjang masa,.. untuk membezakan kami yang berenjoy-enjoyan dengan Pak Nil dengan penumpang lain yang tak amik pakej ni..


Sampai di Penang lebih kurang pukul 12 tenghari (kot!! tak ingat sangat). hahaha

 

Kami beratur di kaunter khas ... Kaunter Belayar bersama Pak Nil

Manakala orang lain beratur di kaunter agent2 yg mereka tempah

 


Sebelum masuk ke kapal, dapat tuala sejuk lap muka.. mmg best la.. tengah2 panas lak tu


Pastu ada 1 lg kaunter dia akan collect pasport kita untuk derang cop siap2 untuk kami nak masuk ke Phuket dan Krabi nanti.. so nak masuk sana tak yah pening2 nak beratur cop kat imegresen.. mereka yang uruskan


Disini mereka akan bagi kami kad sorang satu.. kad ni sangat penting dan kene jaga betul2.. di dalam cruise ni semua pembayaran tidak melalui tunai .. kene swap aje guna kad ni.. nanti last day baru mereka akan check kad2 ni samada kami ada beli apa2 barang.. so kalau kad ni hilang mmg bahaya lah.. orang boleh swap sesuka hati beli barang.. mcm2 ada jual dalam cruise ni tau... pastu kad ni pulak kami kene tunjuk masa nak turun kapal masa ke Phuket dan Krabi nanti. kalau tak de kad ni tak boleh turunlah.. umpama pasport jugak lah ni.. nak masuk bilik cabin pun guna kad ni.. so mmg sangat2 penting.. kad ni tak perlu di pulangkan.. boleh amik buat kenangan.. dah sah2 nama kita atas kad tu kan..

 
Besar dan panjang sungguh cruise ni.. masa ni mmg happy sangat2.. orang beratur mmg panjang.. tp tak lamalah.. di samping tu ada musician main kat depan tu.. so tak boringlah..


Masuk aje dalam cruise, pertama sekali kami kene book/register untuk Gala Dinner.. Gala Dinner ni makan malam bersama Kapten Kapal.. kalau korang tengok Romantika Sazzy Falak dengan suami dia, akan nampak derang makan dengan Kapten Kapal.. Malam Gala Dinner ni adalah sangat2 terhad.. tak semua orang boleh join.. ada 2 sessi. so kene booking awal2. tapi kalau tak dapat join malam Gala Dinner ni pun don worry, tetap dapat dinner jugak di Deck2 yang disediakan.. cuma ada extra Aktiviti lah kalau join Malam Gala Dinner ni.. lg best sebab di layan 1st class.. hehehe.. Malam Gala Dinner ni diadakan pada last day dalam kapal...

Lepas dah masuk dalam cruise, semua peserta yang join Pak Nil akan ke Deck 5 berjumpa dengan Pak Nil. Disediakan jamuan ringan untuk kami tenghari tu.. tapi sebenarnya mcm2 ada.. kenyang perut jugaklah...




 Dalam Deck 5






 
 
Ok masa ni best.. 5 orang ni terpilih sebab bawah kerusi mereka ada kertas cabutan bertuah tau.. tp antara 5 orang ni, sorang ajer yang bertuah dapat hadiah.. (kertas cabutan lain semua di tulis "tak bernasib baik" lbih kurang mcm tulah) nak tau siapa yang bertuah dan apa hadiah dia? tengok gambar bawah satu lagi


Nilah budak yang bertuah tu. dalam 4 lelaki, dia yg bertuah.. dapat hp Samsung Notes 3  hadiah dari Pak Nil sendiri.. bertuah badan ko dik.. akak ni mmg jarang bertuah. hik hik hik


Dah abis sesi dengan Pak NIl, jom la kita tengok2 apa yang ada dalam cruise ni

 

Lepas tu ada sessi keselamatan la.. yelah kalau apa2 senang..

 
 



Lebih kurang pukul 6 petang, ada Dinner Barbeque.. sebelum tu ada menari2 dan macam2 lagi lah.. so budak2 ke orang tua ke boleh join menari2 tu.. sakan emily dan farhan join mereka joget2 kat depan tu




 
Hari pertama best sebab dinner tepi kolam.. makanan banyak sangat2.. sampai tak larat.. hahahaha 

 


Tu dia... dessert melambak2.. refill sokmo... 




Anak aku yg sorang ni, dah mengeletis nampak kolam.. so papa dia lah kene turun cabin amik baju mandi.. sambil mandi sambil makan.. #sukatikolahnak


 

yang barbeque ni mmg puashati.. tak kedekut langsung.. ko nak banyak mana amik.. tak de sukat2 atau catu2.. kalau nak kambing penuh pinggan pun tak de hal.. nak ulang amik 10 kali pun tak de yang marah. hehehe

 





Makan sampai nak nak maghrib baru kami balik ke cabin .. sengkak perut. hahaha..



ok gambar ni bukan bilik aku.. ni bilik berdua rasanya.. kalau bilik berempat pun kat atas papan putih tu boleh bukak, jd mcm double decker.. aku memula tu cuak gak cemanalah anak2 aku nak tido kalau kene bukak katil belah atas.. kang jatuh pulak..


Alhamdulillah, bilik aku tak macam tu.. bilik aku dapat segi empat memanjang.. semua katil di bawah, dapat sorang 1 katil.. tak yah jadi double decker

belah kanan ni katil aku
 
belah depan mengadap katil aku, katil emily dan farhan

sebelah kiri katil hubby aku
Selimut/blanket yg dibekalkan.. sejuk dalam ni...kuat ekonnya.. tp mmg sedap tido... belayar atas air la katakan. hahaha.. oh ye cabin kami yg murah punya, tu pasal tak de view laut.. kalau yg mahal, ada cermin kaca boleh nampak laut.. tp aku rasa baik tak yah nampak, kang mabuk laut pulak jadiknya.. sedangkan aku yg tak nampak laut ni pun, kalau duduk diam2 (nak2 time solat) rasa berhayun2 gitu.. pening2 lalat juga lah aku ni.. so kalau tak nak terasa berhayun2, kenelah jalan2.. 



Toilet dia kecil comel jek.. lepas lah untuk sorang. hehehe



Malam tu ada aktivti lagi, tp aku tak join. anak2 aku semua keletihan dan nak tido awal.. sekian sahaja cerita hari pertama..  panjang berjela2 kan.. letih nak menaip . heheh

No comments: