Friday, June 10, 2016

Mini Gathering @ Sambut Puasa bersama Ex Vokay Muar 92-93

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Dah lama aku & Supermom Vokay ni nak buat gathering.. dalam group wasap aku tu terdiri daripada kawan2 perempuan je lah. dah nama pun group supermom kan.. so senang tak de kaum lelaki.. aku kalau tak de lelaki ni rasa ok sikitlah nak jumpa-jumpa, nak laga2 pipi ke kan.. tujuan gathering ni sebab dah hampir 23 tahun tak jumpa ye.. lama giler.. dan kebetulan kami buat perjumpaan ini adalah untuk menyambut puasa sekali... so pilih punya pilih, kami set date 4 Jun 2016.. kebetulannya pulak dah cuti sekolah.. dan kebetulan juga nak balik kampung di Johor sambut ramadhan .. oh ye venue gathering kalini adalah di Muar memandangkan aku Ex Vokay Muar.. so ramailah kawan kawan aku yang masih duduk di sana.. jadinya kami2 yang duduk luar dari Muar ni terpaksalah turun ke Muar. hehehe.. panjang betul mukadimahnya..

Oleh sebab aku dari KL, malam 3 Jun tu aku dah turun muar.. aku stay kat Hotel Elite Muar 1 malam .. esoknya pagi2 aku dan en asben dah keluar untuk pergi sarapan.. dah alang2 datang Muar kan, haruslah cari makanan2 org Johor .. mmg faveret aku dan en asben pun.. 

orang muar je makan satay pagi2.. ni betul2 baru masak.. terus sampai kat meja
mee rebus
lontong
Jam 10.30 pagi aku dah check out hotel dan gerak ke rumah kawan aku tu.. alhamdulillah Akmal sudi memberi keizinan menjadikan rumah dia sebagai port gathering untuk kalini.. kami pakat2 bawak sorang sikit makanan.. tapi tiada paksaan.. mcm aku, aku tak bawak apa2 makanan memandangkan aku dari KL, susah nak bawak makanan kan (dah la bermalam di hotel pulak). so aku bg gift bunga sorang satu kat kawan2 aku.. gambar ada kat bawah... kawan aku Dilla dari KL pun tak bawak makanan, tp dia bagi duit raya awal2 pada semua anak2 kami.. dan yg lain2 semua mmg bawak makanan.. special thanks to Kak Ani sebab dia tukang masak .. dialah yang banyak sponser makanan2 kampung.. dah la masak sorang-sorang (asben dia ada gak tolong).. ok jom aku kenalkan kawan2 aku..

yg ni opkos la kan tuan blog ni.
inilah Dilla yang bagi duit raya awal2 pada anak2 kami
inilah Kak Ani tukang masak yang mmg pakar sangat2.. setakat masak lauk kenduri ke rewang ke serah je kat dia..
inilah Akmal tuan rumah yang kami buat perjumpaan ni.. Thanks Akmal sebab sudi pinjamkan rumah.. 
ini Nani.. kawan 1 dorm.. aku katil  atas, dia katil bawah. hehe
ini Min.. satu dorm dengan aku juga

ni Fidah.. dia ni paling cantik.. sweet je muka dia.. baru dapat baby tau
ni Ipah.. kawan sebelah katil aku belah kanan.. aku, ipah dan diana (gambar bawah) sekelas dan kami 3-3 ni mempunyai ketinggian yang sama.. orang panggil 3 stooges.. cehh
nilah Diana.. sama pendekkan dengan aku 
ini Gihan.. suami dia pak imam.. suami dia yang bacakan doakan kesyukuran dan untuk sambut puasa
dan ini Nozie.. dia dari JB.. 1 kelas katering dengan aku gak.. 
Sebenarnya tak ramai pun yang dalam group wasap supermom kami tu.. cuma ada 16 orang.. yang hadir 12 family (1 family lagi tiada dalam gambar sebab dia tiba setelah aku balik) dan lagi 4 family tidak dapat hadir sebab ada hal yang tak dapat dielakkan.. ok amaran.... gambar kat bawah ni bakal mengundang dugaan yang tinggi. kalau tak tahan, scroll laju2 ok.. hehehe 

mee rebus ada
asam pedas ikan pari

ikan masin
ulam-ulaman

Sayur turi masak lemak
sambal tempe
sambal kering
telur masin

lengkong

kuih bakar
lengkong milo
lengkong mangga

meriahkan

Gihan bawak goodies bag untuk anak2

aku bawak bunga orkid dari Kaison untuk kawan2 tersayang

tuan rumah siapkan soda bandung yang super special sedap! rasa sebijik macam kat kenduri kawin

kami semua 1 dorm kecuali si kecik tu. hehe 
kecoh masa budak2 ni sampai
ni suami gihan.. dia yang bacakan doa selamat dan doa sempena menyambut bulan ramadhan


fidah dengan baby keciknya baru 3 bulan..



ok kawan aku Ipah bawak kek durian.. serius ni lah kek durian yang sedap pernah aku makan.. dia ni mmg dari sekolah (kamikan budak katering) pandai masak kek dan kuih.. serah aje kat dia.. dan sekarang mmg amik tempahan kek dan kuih2 raya.. tak padan kecik tu, serba serbi pandai..

tak sabar nak potong.. lepas potong kek jer, semerbak bau durian keluar..
Oklah oleh kerana aku tak leh lama sebab nak balik ke Johor plak, aku paksa budak2 ni bergambar ramai2.. macam2 ragam tau.. aku letak a few pics aje lah. kang muntah darah pulak tengok gelagat mak2 usia 40 tahun ni... oleh sebab aku ipah dan diana paling pendek.. so kami kene duduk lah kan.. kang tak nampak lak kecomelan kami ni. hehehe




Semoga persahabatan kami berkekalan dunia dan akhirat .. aku sayang korang semua..

2 comments:

Farhana Baharin said...

tergugat sungguh tgk makanan time2 gini kan..telan ailior je laaa, seronok kan dpt gathering dgn kawan2 lama, lagi2 mmg dh lama tak jumpe.

eh, ari tu kan mcm ternampak u kat selayang mall. klu tak salah la.. :)

Selamat berpuasa.

adarnadzmie said...

meriah dgn menu2 sedap... telan air liur akak tgk...hehe

bestkan dpt bertemu kawan2 lama...